CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Sabtu, 20 Oktober 2012

Resepi Cream Of Mushroom Soup

Mencari-cari resepi mushroom soup yang mudah dan sedap? Obie lihat banyak resepi-resepi menarik dari blogger-blogger masakan yang lain kagum! masyarakat kita telah terdedah dengan pelbagai jenis masakan luar, satu perkembangan yang positif.Ditambah pula sekarang sesiapa sahaja boleh menonton Astro AFC ( Asia Food Channel )lebih besar impak pendedahan dunia masakan luar kepada kita semua.Sukanya Obie! Malam ni obie ingin berkongsi resepi "CREAM OF MUSHROOM SOUP", obie yakin anda telah jumpa salah satu diantara resepi yang sedap boleh dicuba. Obie akan jelaskan bahan-bahan yang perlu digunakan dan cara-cara memasak dengan penerangan sahaja ( tanpa gambar ). Tapi bahan-bahan obie tunjukkan gambar supaya anda boleh kenal akan rupanya. Bahan-Bahan Untuk membuat Mushroom soup obie
2 sudu besar Unsulted Butter
350gm White Button Mushroom
350gm Brown Button Mushroom.
3 atau 4 biji shallots atau bawang merah kecil( dicincang )
1 sudu kecil daun thyme segar
1 helai Daun Bay
1/2 cawan extra Virgin olive oil ( mudah didapati dipasaraya seperti tesco )
1 1/2 cawan Air Rebusan Ayam
1 sudu besar Tepung Jagung ( jenama apa pun boleh digunakan )
1 sudu kecil garam
Daun Chives untuk hiasan juga boleh digantikan dengan daun parsley.
Daun italian parsley juga boleh diganti dengan daun parsley tempatan.
1/2 sudu kecil Lada hitam.
2 sudu besar Air perahan lemon. Cara-cara 1. Cendawan terlebih dahulu dicuci bersih, dikeringkan menggunakan kitchen towel,ambil sebahagian cendawan dicincang ,sebahagian diptong dadu dan dihiris. 2. Panaskan mentega,bawang merah sehingga layu sahaja.Jangan sampai hangit. Masukkan daun bay dan cendawan yang dicincang tumis sehingga layu juga. 3. Masukkan Stok ayam atau sayuran dan cream masak biarkan hingga mendidih, masukkan tepung jagung.kacau perlahan lahan..matikan api 4. Gunakan hand mixer atau blender semuan bahan tadi sehingga lumat. 5. Panaskan menggunakan api sederhana,masukan cendawan yang dihiris dan didadu,lada hitam,daun thyme dan garam. 6. Hias dengan menggunakan cream dan chives ataupun parsley. 7. Siap untuk dihidangkan. Mudahkan apa yang obie kongsikan bersama anda, harap mencuba dan pastikan mushroom soup ini dihidang panas-panas, Syok!
Inilah dia " CREAM OF MUSHROOM SOUP " anda mesti cuba pasti memuaskan hati.

Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign