CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 23 Disember 2013

DIY - Resepi Telur Pindang


Mesti korang pandai makan telur pindang ni kan..
Bie memang suke dengan telur pindang..
jadi tak salah lah kan kalau Bie sharing resepinye...
korang boleh lah mencube sendiri..
boleh dikecilkan resepinye..
ape pun resepi yang bie beri ni
pun dah kire kecik juge...

Resepi Telur Pindang @ telur rebus berempah
( Masakan Johor )


Telur Ayam atau itik 20 biji
Jintan Manis 1 sudu kecil
Biji Ketumbar 1 sudu besar
Cili Kering 10 batang
Bawang merah 8 ulas ( kulit bawang tidak dibuang-dicuci bersih )
Bawang putih 4 ulas ( kulit bawang tidak dibuang-dicuci bersih )
Serai 2 batang
Halia 2 inci
Lengkuas 2 inci
Daun Jambu Biawas ( muda ) segenggam atau seikat ( boleh beli dipasar borong )
Asam Jawa 2 sudu besar
Garam 3 sudu besar

Cara Membuat

1.Rebus terlebih dahulu telur .pastikan air biar mendidih dahulu barulah masukkan telur dan biarkan 3/4jam barulah diangkat dan disejukkan.

2.Bahan – bahan seperti jintan manis, biji ketumbar , cili kering, halia, bawang merah dan bawang putih ( berserta kulit sekali )dimasukkan ke dalam blender, kisar hingga kesemua bahan separuh halus.

3.Manakala daun jambu ditumbuk atau diramas sahaja.

4.Panaskan periuk dengan menjerang air separuh periuk terlebih dahulu,pastikan air melebihi paras telur yang ingin direbus.Masukkan kesemua bahan tadi juga perahan asam jawa, masukkan garam dan rebuslah sehingga 4 jam lamanya dengan api yang sederhana, setelah siap bolehlah diangkat.

Info daripada chef- sebelum diangkat telur keluar dari periuk-sebaiknya setelah matikan api biarlah telur itu dalam periuk 15 minit,kemudian barulah diangkat.
Telur pindang sinonim dengan majlis perkahwinan, kenduri, juga boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan sebagai lauk tambahan daan boleh juga untuk dijual.


Terima Kasih

Komen
4 Komen

4 ulasan:

Wani Sukarno berkata...

saya x pernah makan telur pindang hii tq chef bg resepinya ... tapi punya la susah gak resepi nya

Chef Obie berkata...

kalau mcm tu.... cik kena r try makan / merase telur pindang ni..
ade restoran / katering yang menjual dan menyediakan telur pindang ni...

dah rase baru tau ok ke atau tak dengan selera kite...

atau blea r mencube resepi dari chef

:)

Unknown berkata...

chef mcm mne telur tu jd hitam sedangkan chef tak letak kicap pn??..sye search byk resepi tp yg ni pling mudah tp saya xjmp lg yg isi cili kering.. yg laen kebanyakkannye letak daun salam, daun senduduk dan lain2...

Chef Obie berkata...

salam,
terima kasih bertanye..

haaa ni die pencerahan daripada chef.
resepi asli tidak menggunakan kicap untuk mendapatkan warna hitam atau gelap ialah
melalui rebusan bahan-bahan diatas, terutama kulit bawang daun jambu dan sebagainya,dengan rebusan 4 jam atau lebih akan merubah warna telur pindang.

chef rekemen sila gunakan resepi ini...

ilmu yang chef terima daripada perkongsian ilmu bekas tukang masak sultan johor, semoga roh Allahyarham dicucuri Rahmat... Resepi ini juga telah digunakan dalam majlis di istana pada waktu itu. Resepi lama ni...sebelum chef dilahirkan telah digunakan..heeee

p/s - penggunaan daun salam, daun senduduk, daun soh semua boleh digunakan...

Semoga pencerahan ini dapat membantu cik iva iv

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign