CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 13 Januari 2014

Spice Mixtures : Rempah Sambaar India Selatan


Assalammualaikum wbt,
semoga ceria sentiasa,
Maaf lah yea bie baru dapat update ilmu rempah ratus yang nak dikongsikan bersama ni,
Dalam pada minggu lepas keadaan kesihatan kurang sikit, tapi Alhamdulillah kembali sihat sedia kala,
hari ni bie akan bercerita mengenai rempah ratus daripada India Selatan.
Orang dari india selatan membuat sendiri rempah ratus untuk masakan mereka,
terutama untuk masakan berasaskan sayuran dan kombinasi masakan dhal,
masakan berasaskan daging dan masakan berasaskan air seperti sup @ broth – Gaya masakan Brahmin

Mereka panggil rempah ratus ni dengan panggilan “ Sambaar” atau serbuk sambaar,
Sambaar ni merupakan rempah ratus klasik daripada india selatan.

Serbuk @ rempah Sambaar ini boleh juga didapati dikedai menjual rempah ratus india juga dipasaraya
– pasaraya besar.Serbuk sambaar ni umpama serbuk kari bagi orang india selatan.


Resepi Serbuk @ rempah Sambaar
(dapat menghasilkan 34 sudu besar )

16 batang Cili Kering
12 sudu besar Biji Ketumbar
4 sudu besar Jintan Manis
4 sudu kecil Lada Hitam
4 sudu kecil Urad Dhal ( kacang dhal putih )
4 sudu kecil Channa Dhal ( kacang dhal kuning )
4 sudu kecil Mung Dhal ( kacang dhal mung kuning )
3 sudu besar Serbuk Kunyit
4 sudu kecil Halba


Cara membuat

1.Gunting cili kering buang bijinya, Sangai @ masak tanpa minyak di atas kuali @ frying pan bersama biji ketumbar , jintan manis , lada hitam dan halba, gunakan kan api sederhana. Sangai sehingga naik bau atau mengeluarkan aroma.Letak dalam mangkuk.

2.Ulangi langkah diatas dengan sangai 3 jenis dhal iaitu urad dhal, channa dhal dan mung dhal, jangan sampai hitam apabila disangai.

3.Kemudian apabila rempah ratus telah disejukkan, tiba pula untuk kesemua bahan yang telah disangaii digiling atau blender sehingga menjadi serbuk, kemudian masukkan serbuk kunyit, kacau sekata. Siap.
Korang dah boleh gunakan serbuk sambaar ini dalam masakan .

Cara menggunakan sama seperti untuk membuat masakan kari, jika masak dhal juga menggunakan rempah sambaar ini sebagai rempah utama.


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign