CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Rabu, 6 Ogos 2014

Bantu Derma Gaza Palestine Melalui SMS


Bantu Palestin dengan menderma melalui TKKMM
Oleh NURULANUAR MANSOR

CYBERJAYA 6 Ogos - Perkembangan teknologi terkini sewajarnya diguna bagi membantu meringankan kesengsaraan rakyat Palestin yang pada ketika ini hebat diserang oleh rejim Zionis.

Antara kaedah bantuan yang boleh digunakan ialah dengan menderma melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) seperti Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM).

Ketua Koordinasi Wilayah Suruhanjaya SKMM, Mohd. Hussin Ali menjelaskan, TKKMM cetusan idea Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Shabery Cheek itu telah dilancarkan pada 24 Julai lepas.

Menurut Mohd. Hussin, TKKMM ditubuhkan bagi membolehkan rakyat Malaysia menghulurkan derma membantu rakyat Palestin tanpa mengira agama dan bangsa.

Tambah beliau, tiada caj yang akan dikenakan ke atas penderma yang menyumbang melalui tabung yang dijayakan dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan itu.

"Sejak mula dilancarkan hingga kini, TKKMM telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM94,305. Oleh itu SKMM sebagai penyelia tabung merancang menggerakkan program selama sebulan bagi membolehkan lebih ramai menghulurkan bantuan.

"Satu lagi kelebihan tabung ini ialah 100 peratus jumlah yang didermakan itu akan disampaikan oleh kerajaan kepada pihak pimpinan Palestin apabila program ini selesai," jelas beliau ketika ditemu bual Utusan Online di ibu pejabat SKMM di sini hari ini.

Menurut Mohd. Hussin menjelaskan, orang ramai yang ingin menghulurkan derma boleh berbuat demikian dengan cara menaip GAZA dan hantar ke talian 13999.

Contohnya:

GAZA RM50

Kemudian tekan butang hantar ke nombor 13999.

Penderma boleh memilih untuk menderma sebanyak RM1, RM3, RM20, RM30 dan RM50. 

Kredit - UTUSAN ONLINE
by ANUAR MANSOR 

Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign