CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 30 September 2014

smartphone rosak lagi untuk kali ke 4 dan resepi siput sedut masak lemak cili api


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera, harapnye hepi-hepi perasaan hari ni..
biase la tu perasaan ade hepi , ade teruje dan kadang tu sedih dan sebagainye lah..huuu, semalam bie tengah rider r atas bukit sambil kona baring gitu..tetibe hujan lebat turun selebat-lebatnye ...perrghhh.. jawabnye basah lenjun lah bie..heee dan yang pasti smartphone tak sempat diselamatkan...
telah dimasuki air..dah macam akuarium... tapi tak pecah lah seperti pic kat atas ni... huu.. pic sebagai hiasan peganti pic smartphone yang x dapat nak dicandid! jadi semalam 29 / 09 / 2014 pukul 6 ke atas chef obie tak dapat menjawab panggilan anda ataupun membalas sms anda, walaubagaimanapun pagi ini bermula pukul 7 chef obie telah reply segala pertanyaan semalam. Terima kasih kerana sabar menanti jawapan daripada chef obie.oooo... smartphone rosak untuk kali ke 4 dalam tahun ni aje... oyeaa...

p/s kepada anda jika pernah meghubungi chef atau mengikuti program-program yang chef jalankan sebelum ni , dengan rasa rendah chef obie mohon sekiranya anda dapat SMS @ call chef  ke Hotline 017 2260719 sebagai referrence chef .

dalam pada tu chef obie ingin sharingkan satu resepi masakan.. iaitu 

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Baek punyer..



Bahan-bahan
Bahan A
11/2 kilogram siput sedut
2@ 1 1/2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat kira-kira 1 biji kelapa
1 biji ubi keledek
sedikit Sayur Sawi ( dipotong 1 inci )
1 helai daun kunyit

Bahan B (Dikisar)
10 bji cili api
2 biji cili merah
10 biji bawang kecil
1 inci kunyit hidup
Garam dan gula secukup rasa.

Cara Membuatnya

Masukkan daun kunyit, keledek, santan cair dan Bahan B ke dalam periuk.
Masakkan bahan-bahan itu sehingga mendidih dan keledek empuk atau lembut.Masukkan siput sedut dan sayur sawi dan santan pekat 
Masakkan sehingga mendidih.
Sedia dihidangkan mengikut kesukaan anda dan sambil tu layan lagu dari wings- Sejati !

saje layaaan... boleh kan..



Terima Kasih

Komen
2 Komen

2 ulasan:

cheq da berkata...

Chef nti boleh bilang la smartphone yg rosak tu supaya boleh buat muzium..hihihi

Chef Obie berkata...

huuuu...macam tu pulak ea..
dipikirkan pikir kan juge.. buat muzium...

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign