CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 28 April 2015

Biskut Coklat Terbaru : Mama Styles Cookies


 Resepi Ciptaan Terbaru Chef Obie yang diberi nama “styles cookies”, memilik keunikan dari segi saiz bentuk,warna dan rasa.Selain mudah ia juga menyeronokkan untuk membuat cookies fusion ini.Mereka yang suka dengan sesuatu yang simple tetapi menarik boleh gunakan resepi style cookies ini.Chef obie menyediakan 10 jenis “styles cookies” sebagai pilihan di hari raya mahupun untuk pelbagai sambutan.

Ia juga sesuai untuk dijadikan goodies dan hamper.Styles Cookies tidak memerlukan coklat masakan mahupun coklat kompaun sebagai hiasan ia dihasilkan tanpa perlu sokongan coklat untuk kelihatan cantik dan sedap.Hari ini chef kongsikan salah satu resepi menarik 'Styles Cookies- iaitu Mama Styles Cookie.


Mama  Styles Cookies 
( mesti gabungan coklat & vanilla )

Bahan Doh Plain

250gm Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung ( brown &polson )
50 gm Nestum dikisar halus
250 gm Mentega / marjerin
160 gm Gula Aising
1 sudu kecil Esen Vanila

Bahan Doh Coklat

150 gm Tepung Hairan Kek Coklat Moist
100 gm Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung ( brown &polson )
50 gm Nestum
250 gm Mentega / marjerin
160 gm Gula Aising

Cara  Membuat

1.Satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh.
2.uli dan gulung doh memanjang atau menggunakan piping bag pastikan saiz seperti sebatang straw,perlu diingat styles cookies saiz setiap doh yang diuli perlukan saiz seakan sebatang straw minuman. 
3.Cara buat doh coklat- satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh seperti doh plain.
4.Susun setiap doh yang telah diuli menjadi seakan straw minuman atas Loyang atau dulang.Susun rapat-rapat antara setiap doh yang telah diwarnakan dan diuli.Apabila telah siap disusun.Sejukkan sebentar dalam peti sejuk selama 30 minit.
4.Keluarkan doh dari peti sejuk, potong bersilang seperti bentuk 3 segi, anda boleh memotong memanjang jika suka,Styles cookies hanya sesuai bentuk 3 segi dan 4 segi kerana keunikannya dan tiada pembaziran doh.Hias dengan gula manik
5.Bakar pada suhu 160’c selama 18 minit.



Mama Styles Cookies ini boleh anda gunakan untuk hidangan biskut raya tahun ini, malah kepada anda yang ingin membuat bisnes pun sesuai- tak kire lah bisnes biskut raya mahupun hamper dan goodies.Mama Styles Cookies ini juga telah dikongsikan resepinya di Majalah AROMA terbitan Suri Media Sdn Bhd untuk keluaran edisi hari raya tahun ini, anda juga boleh dapatkannya dipasaran sekarang!

 Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik

Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign