Obielicious

BENGKEL SENI MASAKAN PERNIAGAAN BERSAMA CHEF OBIE - KEK/COKLAT/3D/BROWNIES/COOKIES/ENERGY BARS ( 28 OKTOBER 2017 - Sabtu ) - Whatsapp 0172260719 / 016 9166010 ( HOT ! ) KELAS MASAKAN DAN BAKING PERSENDIRIAN + TESTIMONI PELAJAR ( HOT !)

FILE KIT + CD ROM PELBAGAI PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN serta TESTIMONI PELANGGAN .

( hot ! ) 24 EBOOK MASAKAN , KEK ,PASTRI DAN BAKERI CHEF OBIE UNTUK MALAYSIA , SINGAPURA , NEGARA BRUNEI DARUSSALAM & INDONESIA SILA WHATSAPP SEGERA 0172260719 FREE 3 EBOOK ( Harga dlm Ringgit Malaysia )
( hot ! ) PENULIS JEMPUTAN MAJALAH MASAKAN TEMPATAN & PHOTOSHOOT UNTUK MAJALAH & MEDIA MASSA / ELETRONIK

Tempahan Katering Untuk Pelbagai Majlis / Pejabat & sebagainya - SKY CHEF & KHUZRASA Katering Kuala Lumpur Hubungi Segera chef obie 017 2260719 , Puan Khurzaidah 019 6460409 Call @ whatsapp

bE mY Heartbeat..!

Jumaat, 31 Julai 2015

Resepi Kek Lumut Sarawak


Resepi Kek Lumut Sarawak 
Bahan-bahan : ( loyang 7 ” x 7 “)
3/4 cawan tepung gandum – diayak,suku cawan tepung suji

1/2 cawan nestum ,1/2 cawan horlicks

3/4 cawan gula kastor

250 g mentega
4 biji telur A @ B
pewarna hijau secukupnya
5 sudu besar seri kaya ( kaya roti )
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla

ebook masakan PERCUMA


Cara Membuat :
1.Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
2.Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
3.Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna kelajuan sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
4.Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
5.Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks juga nestum gaulkan sebati.
6.Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
7.Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
8.Kukuskan selama 2 jam 30 minit. 
tips- tambah air panas jika air kukusan hampir kering


Terima Kasih

Khamis, 30 Julai 2015

Ucapan pagi ini untuk hari lahir insan-insan yang tersayang



Bismillahirrahmannirrahim


Assalammualaikum wbt ,



Selamat pagi dan salam sejahtera..syukur kepada Allah swt kerana memberi ruang untuk kita terus melaksanakan rutin harian & ibadah kepadaNYA , moga segala kekurangan diri ini masih diterima dan kehidupan ini sentiasa dalam keberkatan, InshaAllah Amiin.



Hari ni chef ingin mengucapkan Selamat hari lahir kepada adik- adik kesayangan chef obie yang baru lepas hari jadinya..iaitu Fahmy Anuar , Akmal Jamil juga anak buah chef Muhammad Amirul Rafique.



Manakala hari ini juga merupakan hari lahir abang angkat chef - Ustaz Adek Zuheimie Ismail yang berada di Tempines , Singapore



Semoga kalian semua Sentiasa dalam lindunganNYA , diberi kesihatan yang baik dan dimudahkan segala urusan dunia & ukhrawi. Amiin.





Terima Kasih

Selasa, 28 Julai 2015

Nota Cinta Rakyat Biasa

Nota Cinta Rakyat Biasa

Bismillahirahmannirrahim, 

Assalammualaikum wbt ,

Pasti Rakyat Malaysia Dikejutkan dengan Isu Hari ini,
Chef bukan orang politik mahupun pendebat politik..chef bukan bijak berbicara tentang politik.Cuma sebagai rakyat Malaysia yang biasa-biasa dan ada sikit naluri ingin berkongsi pendapat sebagai rakyat.. bukan sebagai ahli politik atau pendebat politik.Maklumlahlah kita kan rakyat biasa.. yang perlu berdikari untuk meneruskan kelangsungan hidup...bersusah payah memikirkan untuk menghadapi pelbagai isu dari " kepandaian pemerintah yang sedia ada."

Fahami betul-betul- " kepandaian pemerintah yang sedia ada "ini dari kacamata  seorang chef sebagai rakyat biasa...
Bukan bermaksud memerli atau menghina cara pemikiran dan tindakan pemerintah yang sedia ada ini, tapi fahami dari perspektif diluar daya kotak pemikiran kita sebagai pemerintah yang telah diberi amanah dan kepercayaan rakyat yang telah memilih mereka yang berkelayakan untuk mentadbir negara yang diCintai ini.
Pemimpin atau pemerintah perlu bijak dan cerdik, kepandaian dan pengaruh sahaja tidak cukup.Ingat sokongan rakyat kepada anda tidak berbelah bahagi sebelum ini , janganlah anda kecewakan.
Bagi chef sebagai rakyat biasa pasti terkilan , terfikir dan terpaksa memikirkan banyak benda yang tak sepatutnya difikirkan pun sebelum ini.
Jadilah pemimpin yang memimpin.
Pemimpin yang baik adalah yang mengutamakan orang bawahannya- bawah pimpinannya, dan paling utama ialah keadaan Rakyatnya.
Tidak ramai rakyat Malaysia yang mampu berdikari diatas kakinya sendiri tidak kiralah ianya melayu , cina , india , sikh mahupun kaum bumiputera walaupun kita sering dimomokkan berdirilah diatas kaki sendiri dan mampu berdiri dengan sendirinya dan tidak semua level confidentnya sama seperti golongan sedia ada hebat seperti level educate & skill yang seimbang EQ & IQ nya.
Sehinggakan pernah chef berharap akan hadir insan-insan seperti Tun Mahathir dan Tun Daim Zainuddin mungkin hingga 20 orang banyaknya..itu pun dah lebih dari cukup untuk memacu negara dan tidak mustahil memimpin dunia .Pasti mustahil..sekadar berharap..tiada apa-apa akan berlaku.Jangan gelak.!
Kerisauan mengenai senario politik dalam negara pada chef ia membimbangkan.Ini pendapat rakyat biasa macam chef bukan orang politik.
Tidak ingin melihat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan dari kepincangan dalam pentadbiran kerajaan.Tidak ingin melihat kehancuran negara perlahan-lahan tanpa disedari.Kerana apabila Sesebuah Kerajaan Negara telah ditumbangkan oleh rakyatnya, adalah mustahil untuk kembali seperti keadaan sediakala.Penyesalan kemudian tidak berguna. 
Tidak ingin melihat parti politik baru pula muncul atau ideologi baru muncul akibat isu hari ini,Walaupun tidak mustahil boleh berlaku.Jika ianya berlaku ,akan bertambahlah lagi perpecahan orang melayu dan rakyat yang lain.Ingat ini pendapat rakyat biasa seperti chef bukannya pendapat ahli politik.

Apa yang terjadi hari ini tetap menjadi sejarah kita Malaysia, 
YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN sebagai mantan TPM,
Anda telah membuka pandangan dari  mata chef, anda seorang yang tenang , cerdik dan bijak dalam menerima perletakkan jawatan TPM dengan redha.Harapan chef janganlah ianya berakhir sampai disini.Teruskanlah kesetiaan anda ,perjuangan anda , amanah anda setia bersama UMNO demi memperkukuhkan lagi keyakinan orang melayu dan rakyat.

Mesej kerdil daripada chef obie kepada rakyat Malaysia , tidak kira melayu , cina ,india , sikh , bumiputera dan lain-lain
Tidak kisahlah kamu dengan ideologi dan pendirian kamu nak berparti apa pun, selagi ianya tidak mengundang lebih barah dalam negara itu sudah memadai.  
Chef bukan fanatik dengan parti dan chef juga bukan ahli PEMUDA Umno & BN , tapi chef tetap mengundi BN. Chef mengundi di Bukit Bintang KL , sepanjang chef mengundi pun tidak pernah chef berkubu di dalam kubu kawasan BN bukit Bintang apatah lagi di sogok atau diberi duit kopi, tidak pernah walau sekali.Ia nya dari dalam diri chef sendiri tanpa ada paksaan.Chef ada pendirian dan tanggungjawab sebagai rakyat biasa.
Sokongan chef semenjak mula mengundi tetap tidak berbelah bahagi terhadap apa sahaja yang pihak kerajaan BN & UMNO rancangkan.Chef tidak ingin melihat pecah belah sesama melayu Islam.Apa yang chef inginkan kesatuan melayu & memastikan ketuanan orang melayu tidak hanya tinggal sejarah.

Mohon maaf kepada PM, chef juga berhak berbicara seperti orang lain juga tentang keadaan isu dalam negara.
Teruskanlah dengan perancangan terbaik anda untuk negara,Selamat Maju Jaya

"Negara Demokrasi Rakyat Bebas Bersuara"
.

Yang Benar ,
 chef obie "sayangkan Malaysia". 


Terima Kasih

Resepi Ikan Berlada Popular

Jom cuba resepi 

Ikan Keli Masak Berlada yang Popular ni...



Bahan-bahannya.

6 ekor ikan keli
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
12 biji cili merah
Sedikit air asam jawa
Garam
Gula
Minyak masak
Serbuk Kunyit


Cara membuat.

Tips bersihkan ikan keli -

Ikan keli disiang dan dibersihkan sebersih-sebersihnya terlebih dahulu. Boleh gunakan limau nipis atau asam jawa untuk menghilangkan bau dan lendirnya boleh juga dilumur garam biarkan seketika kemudian bilas..

1, Anda perlu gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng sehingga ikan keli garing.

2. Bawang besar, bawang putih dan cili merah hendaklah ditumbuk atau dikisar kasar. Kemudian tumiskan bahan-bahan yang itu sehingga hingga cili masak kemudian masukkan air asam jawa dan juga sedikit garam beserta gula.



3.Setelah semuanya mesra anda matikan api, dan tuangkan sambal itu di atas ikan keli yang telah digoreng. Siap.. dan memang sedap dimakan bersama nasi putih . 



Terima Kasih

Perhatian Chef , Homebaker dan Cake Decorater Dapatkan Segera : Air Compressor With Air Brush And FOC Air Brush Colour




Attention! Cake Decorater

Pembuat & Penghias kek 



AIR COMPRESSOR WITH AIR BRUSH extra FOC AIR BRUSH COLOUR

mudah dibawa ke mana-mana 
MURAH & BERKUALITI digunakan oleh pastry chef hotel tempatan & luar negara.

kini di PASARAN pada HARGA RUNTUH! 
Ya Pada HARGA RUNTUH..
Sila PM ..

BUKAN LAGI RM5K ,4K ,3K , 2 K @ 1K...
Macam X percaya aje ? 
Ya BENAR Harganya di luar jangkaan Anda,

Sila PM utk mengetahui HARGA 
AIR COMPRESSOR WITH AIR BRUSH

Ia juga menjadikan kreativiti menghias dan mendeko Kek -kek dan cupcakes anda lebih VOGIE DA VASS
AWESOME!LEBIH MERIAH!!!!!
& yg pasti ianya
MUDAH DIBAWA KEMANA-MANA.

Menjadikan ANDA SEPERTI PROFESIONAL dlm menghias Kek.

PM chef obie ... chef obie tetap LAYAN ANDA ..walau sekadar ingin tahu harganya sahaja.

HARGA YANG MURAH TERMASUK KOS  PENGHANTARAN !

Air compressor with air brush (Professional Cake Machine )

PM - whatsapp / telegram / messenger
017 2260719
chef obie


Terima Kasih

Isnin, 27 Julai 2015

Resepi Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap


RESEPI DAGING MASAK KICAP MUDAH DAN SEDAP

Bahan-bahan (10-12 orang)

1kg daging lembu
16 biji bawang merah – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
11/2  inci halia – dikisar
5 sudu besar cili kisar
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
10 sudu besar kicap manis
4 sudu besar kicap masin
Garam dan gula ( optional )




Cara Membuat

Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dah buah pelaga sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan tumis seketika (dalam 3-5 minit). Masukkan kicap manis dan kicap masin.
Masukkan daging dan sedikit air. Kacau sehingga sekata. 
Masukkan garam dan gula secukup rasa( optional- jika anda rasa perlu gunakan ). Masak sehingga daging empuk.Siap untuk dihidang

Tips- Anda boleh lebihkan air jika ingin lebih kuah



Terima Kasih

Resepi Laksa Johor Popular


Resepi Laksa Johor


Bahan:


1 paket spageti (direbus terlebih dahulu)



Bahan A: Direbus dan dikisar (asingkan)


1 kg ikan kembung / selayang@sardine / selar mata besar
120 gm udang basah
1 sudu besar udang kering



Bahan B (dikisar):


4 biji bawang besar
10-15 tangkai cili kering 
1/2 inci  halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 batang serai 
2 keping asam gelugur@ keping
1 1/2 cawan santan pekat
1 liter air
1 paket kerisik
3 sudu besar rempah kari

Bahan hiasan:
8 biji limau kasturi
1 biji timun (dihiris halus)bahagian tengah dibuang
segenggam tauge segar
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah dan hijau
Sedikit daun kesum/daun selasih

Bahan sambal belacan:
15 btg Cili kering ( direbus terbih dahulu )
1 inci belacan (dibakar)
Garam secukup rasa
3 biji limau kasturi @ 1 biji limau nipis ( perahan air sahaja )

Cara membuat

Pertama sekali- Rebus spageti dan tos terlebih dahulu.

Rebus ikan, udang, udang kering dan asingkan tulang dan kisar hingga halus bersama air rebusan.

Untuk menyediakan kuah , tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B sehingga wang

Apabila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam beberapa  minit.

Masukkan ikan, udang, udang kering dan ikan kurau kering yang dikisar tadi.

Masukkan santan pekat , kerisik diikuti dengan air dan masukkan asam keping.

Perasakan garam dan gula secukup rasa.

Masak sehingga kuah pekat dengan api kecil selama lebih kurang 1 - 1 ½  jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk.





 sambal belacan laksa johor

* mesin atau tumbuk kesemua bahan dan hidangkan bersama kuah laksa.





Terima Kasih

Tempahan Kek Fondant : Kek Fondant & Sugar Lace



Share & LIKES



Fondant cake / kek fondant with Sugar Lace 
Design Malay Traditional Kerongsang Flora blue + pink orange

Classic Butter Cake with Poppy Seed

Chef Obie ( Ampang / KL / Shah Alam / Putrajaya )

Whatsapp / Telegram



Terima Kasih

Tempahan Kek Fondant 3D : Kek Buku Novel Cinta





Share & LIKES


Kek / Cake Themes Book @ Novel 

Classic Butter Cake with Poppy Seed

Whatsapp / Telegram

Chef Obie 0172260719

Ampang / kl / Putrajaya / Shah Alam










Terima Kasih

Tempahan Kek Fondant 3D : Cake engine Honda / Kek Enjin Honda



Share & LIKES


CAKE ENGINE HONDA / KEK ENJIN HONDA 


Classic Buttercake with Lemon Poppy Seed

Chocolate Buttercake with Buttercream Marshmallow


Whatsapp / Telegram / SMS 

0172260719 chef obie

KL / Ampang / Shah Alam / Putrajaya









Terima Kasih

Info Dapur Profesional : Tugas Chef Eksekutif



Sekadar berkongsi sedikit info 

Mengenai tugas seorang Chef Eksekutif... info ni antara tugas asas sahaja..ada banyak lagi tugasan & tanggungjawab yg lain

Seorang Chef Eksekutif Mempunyai Pelbagai Jenis Tugas Dan Tanggungjawab Dalam Dapur. Yang Paling Penting… 
Seorang chef eksekutif mempunyai pelbagai jenis tugas dan tanggungjawab dalam dapur. Yang paling penting ini adalah untuk memastikan bahawa hidangan masakan kualiti disampaikan kepada jadual dan melihat bahawa apa-apa masalah yang timbul akan diperbetulkan. Oleh itu, chef eksekutif adalah bertanggungjawab untuk meluluskan semua barangan makanan yang disediakan yang meninggalkan dapur beliau. Apabila restoran tidak diduduki dengan aktif yang melayan pelanggan, seperti di antara waktu makan, tukang masak eksekutif dijangka untuk mengubah suai dan membuat menu baru seperti yang diperlukan supaya mereka kekal berkesan bagi maksud untuk restoran atau pertubuhan lain. Chef eksekutif juga boleh dipanggil untuk menggunakan masa ini untuk membuat pelbagai hidangan baru untuk beliau atau dapur beliau. Di samping itu, chef kepala juga melakukan banyak tugas pentadbiran, termasuk pesanan bekalan dan melaporkan kepada ketua pertubuhan.




English

1. An executive chef has a range of duties and responsibilities in a kitchen. Most important is to ensure that quality cuisine served on the table and see that any problems that arise will be corrected. Therefore, the executive chef is responsible for approving all food items provided that leaves his kitchen. When the restaurant is not occupied with active that treats customers, such as between meals, the Executive Chef is expected to modify and create a new menu as needed so that they remain effective for the purpose for restaurants or other establishments. Executive Chef can also be called upon to use the moment to make a variety of new dishes for him or her kitchen. In addition, the head chef also do many administrative tasks, including ordering supplies and report to the head of the organizations.


Terima Kasih

Jumaat, 24 Julai 2015

Katering Open House Paling Budget Di Kuala Lumpur & Chef Obie Di Majalah Aroma Hari Raya 2015


Menu Paling Budget untuk Open House Hari Raya Kali Ini Ialah RM10 perpax- Simple & Puas Hati!


Menu Open House 1
( paling popular 2015)


Nasi Impit
Kuah Kacang - Ayam
Sayur Lemak Masak Lodeh
+ Telur Rebus
Sambal Tumis Ikan Bilis Marbeles 

Air Sirap + Oren Sunquick


Menu Open House 2

Nasi Impit
Kuah Kacang
Sup Soto Ayam + Condiment 
( Daun Bawang, Bawang Goreng , Hirisan Daging Ayam ,Soo Hoon Goreng Dan Sambal Kicap )

Air Sirap + Oren Sunquick 


Menu Open House 3

Nasi Impit 

Laksa Johor + Condiment
( Hirisan Timun , Kacang buncis , Daun Kesom , Hirisan Cili Merah Dan Sambal Belacan Kering untuk laksa johor )

Air Sirap + Oren Sunquick



Menu Open House 4

Nasi Impit

Mee Rebus + Condiment
( Telur Rebus , Bawang Goreng, Daun Bawang , Hirisan Cili Merah & Hijau )

Air Sirap + Oren Sunquick 



Menu Open House 5

Nasi Impit

Sayur Masak Lodeh 

Ayam Masak Merah atau Rendang Ayam Minang atau Ayam Masak Kalio

Air Sirap + Oren Sunquick

Hubungi Segera Untuk mendapatkan perkhidmatan katering kami-
Seluruh Lembah Klang- Kuala Lumpur , Ampang & Putrajaya

Kepada anda yang telah menggunakan perkhidmatan Katering Open House kami- sama ada syarikat korporat , jabatan kerajaaan dan Persendirian- Terima kasih semoga perkhidmatan kami memuaskan hati anda semua.

Chef Obie 017 2260719
Puan Khurzaidah 019 6460409
Encik Iez 017 4777069

Pihak chef obie juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Editor majalah Aroma , team Aroma Perak & Kuala Lumpur & Team Eksklusif EDEC Putarjaya. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir & Batin







Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign