CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 8 September 2016

RESEPI KUIH KERIA POPULAR

#kuihkeria

Petang-petang ni apa kata hakak-hakak yg ada masa boleh ke dapur buat kuih keria...sempoi punye..makan kuih keria panas-panas bersama dengan kopi O sambil menikmati pemandangan Jerebu diluar...😄😄😄😄
Cancel program nak jogging petang ni..udara x sihat kt luar tu..konon !

Resepi Kuih Keria Sempoi chef obie

Bahan-bahan
500 gm Ubi keledek 
80 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Cara Membuat

1.Rebus keledek keledek hingga empuk 
kemudian  lenyek .

2. Masukkan garam,tepung gandum, uli hingga  sempurna dan tidak lekat di tangan, senagkata menjadi doh yang cantik,jika doh agal lembik jangan risau,chef tidak galakkan anda menambah tepung terlalu banyak, kerana ia akan menjadikan kuih keria kurang sedap...( optional - jika anda ingin mudah membuat doh keria tambah lagi tepung gandum sehingga ia tidak melekit di tangan )

3.Apabila telah siap menguli doh keria, bahagikan doh dengan menimbang doh seberat 35-45  gm setiap satu-atau mengikut suka dan kreativiti anda,kemudian
bulatkan ,leperkan dan bentukkan lubang bulat di tengah-tengah doh keria anda.

4.Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasan, kemudian angkat dan toskan minyaknya . Biarkan sejuk

Untuk Gula Kuih  Keria

150 gm gula pasir
5 sudu besar air

1.Gunakan kuali, masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat

2.Kemudian Masukkan keria gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali

Segera tutupkan api.

3.Teruskan mengacau sehingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih.Siap untuk hidangkan segera

Boleh follow my ig : chef_obie_official
chefgunawanmalaysia.blogspot.com


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign