CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 5 Jun 2017

10 Ramadhan 1438 H / 2017 Resepi Murtabak Popular

10 Ramadhan 1438H / 2017 Bersamaan Hari Isnin..
Cuaca hari ini agak panas ..
jadi korang jangan main panas diluar lam-lama , tapi kalau dah kerja nya berpanas ..maknanye korang mesti dah bersedia setiap hari nak menghadapinye...banyakkan minum air masa buka dan sahur.

tadi bie singgah solat di masjid banting.belakang taman putera , terjumpa la abang bai roti..jadi teringin nak menikmati roti dolu dolu tu..roti krim dan roti butter tu..
sekali terjumpa lah gula-gula lejen..masa zaman sekolah..





Hari ni bie nak share resepi Murtabak...

Ya... RESEPI MURATABAK MINI CHEF OBIE


Bahan kulit murtabak

500gm Tepung gandum
260ml air
1 biji telur gred C
1 sudu kecil garam
1 sudu besar Marjerin.

Inti Mertabak

4 biji kentang potong dadu
2 biji telur
100gm ayam kisar
Gula , garam
1 senduk kuah kari ayam

Bahan Kari ayam

300gm ayam potong kecil
2 sudu besar rempah kari ayam daging
2 biji Bawang kecil di mayang
1 batang kulit kayu manis
1 kotak santan
1 batang cili kering digunting
½ cawan air asam jawa

Cara Penyediaan

1.kulit murtabak- satukan ke semua bahan uli sehingga menjadi doh, rehatkan dan tutup dengan plastic atau kain. Biar ia rehat 1 jam , kemudia bentukkan bebola kecil, dan boleh di canai nipis.

2.kari ayam- tumis bawang dan kulit kayu manis hingga naik bau , masukkan daun kari kacau garing kemudian masukkan ayam dan santan, biar mendidih, boleh masukkan air sedikit dan air asam jawa, masukkan gula dan garam sebagai perasa. Siap untuk dimakan bersama murtabak.

3.Inti muratabak- semua bahan dicampurkan bersama, menggunakan garfu kacau dan tuang ke bahagian tengah kulit murtabak dan bungkus, masak ke dua belah bahagian di atas pan atau kuali.

Resepi ini telah dikongsikan dalam Majalah SAJI keluaran Mac 2015


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign