Obielicious

BENGKEL SENI MASAKAN PERNIAGAAN BERSAMA CHEF OBIE - KEK/COKLAT/3D/BROWNIES/COOKIES/ENERGY BARS ( 28 OKTOBER 2017 - Sabtu ) - Whatsapp 0172260719 / 016 9166010 ( HOT ! ) KELAS MASAKAN DAN BAKING PERSENDIRIAN + TESTIMONI PELAJAR ( HOT !)

FILE KIT + CD ROM PELBAGAI PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN serta TESTIMONI PELANGGAN .

( hot ! ) 24 EBOOK MASAKAN , KEK ,PASTRI DAN BAKERI CHEF OBIE UNTUK MALAYSIA , SINGAPURA , NEGARA BRUNEI DARUSSALAM & INDONESIA SILA WHATSAPP SEGERA 0172260719 FREE 3 EBOOK ( Harga dlm Ringgit Malaysia )
( hot ! ) PENULIS JEMPUTAN MAJALAH MASAKAN TEMPATAN & PHOTOSHOOT UNTUK MAJALAH & MEDIA MASSA / ELETRONIK

Tempahan Katering Untuk Pelbagai Majlis / Pejabat & sebagainya - SKY CHEF & KHUZRASA Katering Kuala Lumpur Hubungi Segera chef obie 017 2260719 , Puan Khurzaidah 019 6460409 Call @ whatsapp

bE mY Heartbeat..!

Isnin, 10 Julai 2017

Hentikan Sikap Sifat Suka Mengeluh : Info Kuih Karipap , Resepi Karipap Pusing Dan Kuih Tiram Untuk Berniaga Kecil Kecilan

Hentikan Sikap Sifat Suka Mengeluh : Info Kuih Karipap, Resepi Karipap Pusing Dan Kuih Tiram Untuk Berniaga Kecil Kecilan

Bila baca tajuk diatas sepertinya anda telah biasa dengar , chef pun dah biasa dengar , tetapi yang membuat chef ingin menulis sedikit isu berkaitan dengan tajuk ini kerana , Ada rasa tanggungjawab untuk berkongsi sesuatu mungkin sedikit pandangan dan sedikit pujian . Mohon maaf dulu jika ade kekurangan.

Yang baik mungkin boleh dijadikan sempadan dan yang buruk itu boleh dijadikan teladan...

Chef dilinkungi oleh teman-teman , follower FB yang dikenali atau tidak , gang-gang group masakan, rakan-rakan media dan macam-macam lagi. Dalam ramai-ramai teman yang sudi follow perkembagan diri chef , ada segelintir yang agak sukar dan susah kehidupannya. Ada yang berpendidikan tinggi tapi terbatas pergerakannya kerana penyakit yang dialaminya , ada yang menjaga anak-anak syurga yakni OKU , ada yang struggle mencari rezeli disamping menjaga kebajikan orang tuanya yang uzur , sakit , cacat dan sebagainya.Malah positifnya mereka menerima dan cuba sedaya upaya memperbaiki kualiti hidup dan diri.Syabas!

Chef doakan Anda yang bernasib sebegini semoga teguh bertabah dan hadapilah ujian kehidupan dan sentiasa bersangka baik , kerana Allah adalah sebaik-baik perancang. Semua yang tertulis mengenai perjalanan hidup kite adalah berdasarkan kemampuan diri kite , kasih sayangNYA kepada kite dan Anda adalah Insan-insan TERPILIH untuk menjalaninya. Positif diri , kesenangan , keindahan sedang menanti anda ! InshaAllah.
Mohonlah apa sahaja dari Allah swt bukan dari makhluk !

Dont Giveup ! Kipidab !

Berbeza pula kepada yang sentiasa mengeluh mengenai nasib diri dan keluarga .Ada yang diuji dengan perhubungan dalam keluarga , teman-teman dan rakan sekerja. Ada juga diberi karier yang bagus berpangakat dan bekerja pula dengan "gomen" tapi tetap mengeluh itu ini dengan meluahkan rasa kecewa dengan kehidupannya yang tak mampu memiliki rumah idaman tanpa ada rasa sedikit bersalah pun meluahkannya dalam group whatsapp sekolah mahupun group teman baik Tanpa memikirkan sensitiviti teman-teman yang lain yang jauh lebih sukar kehidupannya berbanding dengan sipengeluh , macam-macam ragam manusia sedar atau tidak sedar kita telah menyakiti hati insan lain.Ada yang hanya menunjuk-nunjuk kemewahan diri dan keluarga kepada rakan-rakan lain sama ada melalui media whatsapp , FB , IG , telegram dan sebagainya lagi.

Lebih banyak yang buruk dan negatif akan kita terima hari-hari..semuanya melalui dihujung jari aje...semua input -input ini kite lihat dan terima hanya dari sebuah smartphone sahaja.Chef bukanlah insan yang berhak untuk menghakimi mereka-mereka ini.Tapi chef sedar walau tinggi mana chef pergi walau jauh mana pun chef meneroka baik dari segi karier ,mahupun kehidupan chef..yang chef tahu ..chef tetap macam dulu juge..baik bersama teman-teman mahupun saudara mara .Keluar berjalan pun tetap dengan tshirt cartoon dan jeans , selipar ataupun sneakers tu aje la , kalau pergi majlis barulah cuba menghormati tema majlis. Tak pernah nak bangga dan dengan apa yang dikecapi.Yang pasti chef tetaap cool dan bersyukur sebab diberi peluang menikmati semua ini.gitew....

Chef sedar semua yang chef nikmati sehingga hari ini semua adalah ujian dariNYA , kesenangan , kesusahan , kesederhanaan , kegembiraan , kehormatan , Kasih Sayang , Dihargai dan banyak lagi yang tak mampu dihuraikan ini adalah PINJAMAN SEMENTARA sahaja. Kerana HEBAT mana anda pun... KAYA mana anda pun , BESAR pangkat mana pun anda..BERDARAH ADO-ADO ke semua itu TIDAK BERMAKNA APA-APA PUN YANG JELAS TIDAK MEMBAWA MATI TIDAK MEMBAWA KE KUBUR.

Hanya amalan tanggunjawab sebagai Muslim & ilmu-ilmu yang berkat bermanfaat mampu memberi sinar kepada kehidupan insan lain dan yang baik dapat membantu anda disana .InshaAllah

Mohon terasa jika ada yang sebegitu dan mohon share jika ada rasa sebegitu juga..

Chef juga manusia dan ade kekurangan dan kesilapan dalam berbicara, mohon maaf jika apa yang chef sedang tulis ini sekadar renungan untuk diri sendiri juga...

Semoga kembali ceria kepada hati-hati yang sedih , pagi ni chef nak berkongsi sedikit ilmu , mudah-mudahan ada manfaatnya bersama.Chef pilih tajuk KARIPAP , memang lah command sangat kuih ni , tapi anda pasti ada yang tak tahu juga jenis-jenis karipap dan asal usulnya




Semoga bertambah sedikit lagi ilmu hari ni yea..

Jom layan..

Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia,
Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa,
bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang.
Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap,
adakalanya inti ubi keledek juga digunakan.
Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut,
yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa.
Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam.
Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa.

Di Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok.
Dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil curry puff,
tetapi bezanya ialah bentuk curry puff tidak semestinya seperti karipap.
Juga, perbezaan dari segi pembuatan pastri karipap
dan curry puff tidak sama.
Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan dipanggil kelim.
Kuih karipap juga merupakan kuih rasmi dalam mesyuarat kerajaan atau pun swasta.
Biasanya ia di sertakan dengan kopi dan teh o panas menyebabkan keadaan mesyuarat rasmi lebih ceria.

Karipap daging

Karipap daging merupakan karipap berinti daging dari lembu dengan kentang. Karipap jenis ini merupakan inti karipap yang paling banyak dibuat di Malaysia. Pastri atau kulit karipap ini sama seperti karipap kentang. Inti kentang berlada hitam lebih enak dibuat dengan daging.

Karipap ayam

Inti karipap ini ialah daging ayam bersama ubi kentang. Penggunaan bahan perasa serbuk kari lebih bersesuaian dengan daging ayam. Ia juga, merupakan pilihan karipap yang sering dimakan sebagai sarapan mahupun di kala waktu petang.

Temosa/Karipap ikan

Temosa atau karipap ikan dibuat sama seperti karipap lain, tetapi ia mempunyai inti asas yang diperbuat daripada ikan yang digoreng kering bersama bawang dan isi kelapa muda. Rasanya lebih lemak dan tidak pedas.Terkenal di Pahang

Karipap sardin
Karipap sardin merupakan karipap berinti ikan sardin dalam tin yang kerap digunakan sebagai inti karipap ini di Malaysia. Pastri atau kulit karipap ini sama seperti karipap kentang mahupun karipap daging. Bagi membezakan karipap jenis ini dicam atau dikenalpasti, kebanyakkan karipap sardin dibuat berbentuk jenis panjang atau pun bulat berbeza dengan karipap biasa yang berbentuk setengah bulat.

Karipap pusing

Karipap pusing merujuk kepada kulit yang digunakan bagi menghasilkan karipap itu. Kulit karipap ini digelek berlapis-lapis dan akan menghasilkan corak berlapis-lapis yang cantik dan lebih garing.Karipap ini juga lebih sedap berbanding karipap yang lain kerana kulitnya yang lebih garing.Intinya dari keledek atau kentang dan bahan perasa dari serbuk kari.

Karipap mini


Karipap ini bersaiz kecil dari karipap yang ada. Kebanyakkan isi karipap ini diisi dengan serunding ikan.



Resepi Karipap Pusing Rangup

(KULIT LUAR)

Doh Minyak:-

350gm tepung gandum

30gm marjerin/ minyak masak
air ais+garam

Cara Membuat

1.satukan dan Gaulkan tepung bersama marjerin.
2.Kemudian, masukkan air dan garam sedikit demi sedikit.
3.Uli menjadi doh. agak2 kalau keras boleh ditambah air, kalau lembut sangat tambah tepung sikit


(KULIT DALAM)

Doh Marjerin:-

150gm tepung gandum+2sb tepung jagung

100gm marjerin
Cara Membuat :
1.Tepung dan marjerin digaul sebati hingga jadi doh,
2.Jika doh keras boleh tambah marjerin,jika lembut sangat tambah tepung sedikit.
3.kemudian, Doh bahagian dalam dibuat bebola kecil, kemudian balutkan dengan doh bahagian luar. Buat sehingga habis
Boleh double kan resepi.

Manakala untuk resepi Inti Karipap

Bahan

500 gm ubi kentang di buang kulit dan dipotong dadu kecil
3/4 cawan Air
1 paket Rempah Kari Ikan @ Daging 
1 Biji Bawang Merah ( kisar )
2 sudu besar Udang Kering
sedikit daun sup dihiris
4 sudu besar Gula pasir
3/4 sudu besar Garam
1 sudu kecil perasa atau stok pati ayam

Cara Penyediaan :

1.Panaskan minyak , tumiskan bawang dan udang kering sehingga pecah minyak, masukkan rempah kari.Kacau mesra dan masukkan air.

2.Masukkan kentang dan biar mendidih, kacau perlahan-lahan.

3.Apabila hampir mengering , masukkan gula garam dan stok,kacau sehingga megering, taburkan daun sup kacau sebentar dan matikan api. 

4.Sejukkan dahulu inti sebelum digunakan .Bagi mengelakkan karipap cepat basi atau rosak.

Anda boleh gunakan resepi karipap pusing ini untuk kegunaan anda sama ada untuk berniaga mahupun untuk keluarga.InshaAllah anda buat pasti menjadi,..






RESEPI KUIH TIRAM atau KUIH LIDAH BUAYA 

Bahan

500gm tepung gandum
1 biji telur
2 sudu margerin atau mentega
sedikit garam ( satu sudu kecil )
160ml air ( air sejuk lebih baik untuk kuih lebih rangup )
**6 sudu tepung jagung** ( Bahan Batter pelincir )
**6 sudu minyak**
gula aising secukupnya atau gula kastor


Cara Penyedian :

 1. Uli semua Bahan Menjadi Doh,Canaikan. Kecuali yg bertanda** 

2.bahan bertanda ** disatukan kacau sebati untuk dijadikan pelincir.

3.bahagikan doh kepada 4 bahagian.

4.Setiap bahagian dicanai lebar , kemudian sapukan bahan pelincir dipermukaan doh yang telah dicanai.Kemudian gulung doh seperti anda membuat karipap pusing.

5.Potong kepada 5 bahagian , canaikan memanjang.

6.Gorengkan dalam minyak yang panas , bolak balikkan kuih tiram, apabila kekuningan dan rangup sila angkat dan toskan.

7.taburkan atau mesrakan gula aising atau gula kastor pada kuih tiram yang telah digoreng. 

Selamat mencuba.!

Resepi-resepi seperti diatas ini, anda boleh gunakan untuk majukan diri , mungkin perkongsian chef ini tidak seberapa tapi ia amat berguna untuk anda yang tidak tahu untuk membuat nya.


resepi ini chef obie telah kongsikan kepada program komuniti di lembah pantai KL & komuniti Kampung Pasir Segambut KL




Yang Benar ,




chef obie
Profesional & Selebriti Chef
60172260719

MGJ CONSULTANT KUALA LUMPUR
Owner Cooking Baking Class . Workshop . Demonstration
Penulis Buku & ebook Masakan 
Penulis FILE KIT MEMBUKA PERNIAGAAN PEMBEKAL BAHAN BAKERI
Penulis FILE KIT MEMBUKA RESTAURAN WESTERN FOOD
Penulis FILE KIT MEMBUKA KEDAI KEK DAN BAKERI 


Terima Kasih & Semalat Maju Jaya





Info Kelas Masakan Untuk Bizz KL





Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign