CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Jumaat, 24 November 2017

Malay Delicacies chef obie : RESEPI CUCUR BADAK MEDETOP

MALAY DELICACIES chef obie : RESEPI CUCUR BADAK MEDETOP

Jumpa lagi chef obie , okay..kali ni resepi kuih tradisional melayu..mudah dan sesuai untuk anda yang mencari resepi yang besar untuk menu majlis anda dan sebagainyelah...selamat mencuba

Bahan Serunding Kelapa Medetop

4 biji kelapa Parut
4 sdb Serbuk Kunyit
4 biji Bawang Merah kisar
4 btg serai diketuk
4 sdb Biji ketubar disangai dan kisar
3/4 cawan gula
2 sdb garam
100gm udang kering kisar
1 cawan minyak kelapa #MEDETOP
Cara Penyediaan :

 


1.Satukan ke semua bahan diatas bersama kelapa parut ( kecuali minyak kelapa medetop )


2.Masak adunan serunding ini demgan api perlahan , kacau sehingga mewangi dan adunan menjadi ringan dan berbutir.


3.Masukkan kelapa medetop tuang ke atas adunan , kacau mesra , dlm 4 minit kemudian matikan api , dan biar sejuk diluar. Ketepikan sebelum digunakan sebagai inti kepada cucur badak.

Bahan Doh Cucur Badak

6 kg Keledek merah ( boleh campur sedikit keledek putih tetapi tidak digalakkan kerana penyerapan air yg lebih- sila rebus hingga empuk dan tapiskan sebelum dilenyek )
1900 gm Tepung Gandum
1 cawan Tepung Ubi
2 sdb garam

Cara Penyediaan:



1.Satukan ke semua bahan , uli sehingga menjadi doh ( doh agak lembut jadi buatlah dgn penuh kasih sayang )


2.Sila timbang setiap doh yg dibulatkan kpd 40-45gm , manakal serunding 5gm.



3.Bentukkan menjadi bebola dan dileperkan.Buat sehingga selesai.



4.Panaskan minyak medetop, goreng sehingga warna keemasan.

Chef obie
MEDETOP COCONUT COOKING OIL
MEDETOP VCO

Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign