Obielicious

BENGKEL MASAKAN PERNIAGAAN POPULAR MASAKINI 3 "S" BERSAMA CHEF OBIE MASAKAN PANAS SIZZLING ( 30 SEPTEMBER 2017 - Sabtu ) - Whatsapp 0172260719 / 016 9166010 ( HOT ! ) KELAS MASAKAN DAN BAKING PERSENDIRIAN + TESTIMONI PELAJAR ( HOT !)

FILE KIT + CD ROM PELBAGAI PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN serta TESTIMONI PELANGGAN .

( hot ! ) 24 EBOOK MASAKAN , KEK ,PASTRI DAN BAKERI CHEF OBIE UNTUK MALAYSIA , SINGAPURA , NEGARA BRUNEI DARUSSALAM & INDONESIA SILA WHATSAPP SEGERA 0172260719 FREE 3 EBOOK ( Harga dlm Ringgit Malaysia )
( hot ! ) PENULIS JEMPUTAN MAJALAH MASAKAN TEMPATAN & PHOTOSHOOT UNTUK MAJALAH & MEDIA MASSA / ELETRONIK

Tempahan Katering Untuk Pelbagai Majlis / Pejabat & sebagainya - SKY CHEF & KHUZRASA Katering Kuala Lumpur Hubungi Segera chef obie 017 2260719 , Puan Khurzaidah 019 6460409 Call @ whatsapp

bE mY Heartbeat..!

Resepi Kuih Tradisional

Hubungi  & Follow chef obie

chef nak berkongsi kata kata positif untuk Anda..dan juga diri sendiri sendiri..

" WAKE UP SMILE ,
AND TELL YOURSELF
TODAY IS MY DAY !
 
AND TRAIN YOUR MIND 
TO SEE THE POSITIVE
IN EVERY SITUATION "

 


 
 IG : chef_obie_official
whatsapp 0172260719
email :gunawan.jamil@gmail.com

website: chefgunawanmalaysia.blogspot.com
malaysiapropertiespure.blogspot.com



KELAS / KURSUS MASAKAN UNTUK PERNIAGAAN SILA KLIK LINK DIBAWAH INI
KELAS MASAKAN BIZZ & TESTIMONI PELAJAR
whatsapp : 0172260719 chef obie
 








RESEPI APAM BUTTER GULA HANGUS

Bahan Utama :

200 gram gula pasir
50 gm gula perang
250 ml air
70 gram mentega ( chef guna brand anchor unsulted butter )
6 biji telur Saiz A atau B
160 gram susu pekat manis
190 gram tepung gandum
2 1/2  camca teh soda bicarbonat


Cara Penyediaan :

  1. Panaskan Pengukus dan pastikan air cukup. ( anda juga boleh gunakan oven - pastikan panaskan dahulu 180-200c dan letakkan air dibahagian bawah oven ) ala-ala nak baked cheesecake
  2. Masakkan  gula pasir dan gula perang hingga menjadi gula hangus, guna api sederhana sahaja. 
  3. Masukkan air perlahan lahan . Kacau rata dan masukkan mentega,kacau sehingga mentega larut bersama gula hangus. Matikan Api dan Sejukkan.
  4. Pukul telur sehingga berbuih dan kembang .
  5.  Tuangkan  susu pekat manis dan sambung pukul hingga hingga sebati. sila gunakan kelajuan sederhana sahaja, 
  6. Masukkan tepung dan soda bicarbonat yang telah ditaapis bersama sedikit demi sedikit. Pukul sebati dan masukkan gula hangus di gaul rata. 
  7. Rehatkan adunan selama 2 jam ( tutup dengan plastik atau cling film )
  8. Masukkan adunan ke dalam bekas yang anda suka sama ada loyang besar saiz 7 inch atau dalam bekas kek cawan atau apa sahaja bekas yang anda suka.
  9. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. ( jika oven..bakar 1 jam atau mengikut oven anda )
  10. Sejukkan dahulu baru hidang ! 




RESEPI KUIH PASUNG ATAU TEPUNG PASONG




" Kuih Pasung " hidangan pencuci mulut yang popular dari negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu.
Ada yang memanggil manisan ini sebagai " Tepung Serunai " kerana bentuknya seperti kon yang menyerupai serunai.Chef tetap panggil ia Kuih " tepung pasong "  heeee....sebabnya untuk menghasilkan kuih pasung ini menggunakan teknik mengukus sama seprti kuih lepat pisang dan seadik beradik dengannya.


Keperluan :



  • Tempat pengukus tradisional atau jenis cap buaya, yang penting ada lobang di setiap tingkat bagi memudahkan mendirikan dgn mencucuk kuih pasung dalam setiap lobang yang ada dalam pengukus 

Bahan 1

 



  • 2oo gram tepung beras ( cap teratai atau cap gajah )
  • 100 gram tepung sagu atau tepung ubi 
  • 300 gram gula merah
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 biji telur
Bahan 2

  

  • 500 gram tepung beras
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 st garam
Bahan 3

  

  • Daun Pisang secukupnya 
  • Lidi atau toothpick (untuk mengepil daun pisang)
Cara Penyediaan Bahan 1
  1. Satukan kesemua bahan 1. Gaul dan kacau sehingga sebati. Bahan 1 akan menjadi bahan bawah iaitu lapisan pertama yang akan dimasukkan ke dalam daun pisang yang telah dipasungkan nanti . Masak Bahan 1 sehingga agak likat. Tidak perlu terlalu pekat dan kental.
Cara Penyediaan Bahan 2
  1. Campurkan kesemua Bahan 2 dan kacau sehingga sebati. Asingkan.
Cara Penyediaan Bahan 3
  1. Potong daun pisang secara bulat (anggaran diameter 8- 10 inci) kemudian potong dua membentuk separa bulat. Ambil dua tingkat periuk kukus (yang mempunyai lubang). Susunkan menjadi dua tingkat.
  2. Sementara itu, sediakan bahagian bawah periuk kukus dengan merebus air terlebih dahulu. Bentukkan daun pisang menjadi kon dan sematkan menggunakan lidi. Masukkan hujung daun pisang yang telah dibentukkan di bahagian lubang periuk kukus.
Cara Penyediaan Kuih Pasung 

  1. Sendukkan campuran Bahan 1 terlebih dahulu sehingga memenuhi 1/2 bungkusan daun pisang. Kemudian kukuskan sehingga 5 minit. Kemudian sudukan campuran Bahan 2. Pastikan terdapat sedikit ruang bungkusan daun pisang sekurang-kurangnya 1/4 apabila kedua Bahan 1 dan Bahan 2 dicampurkan. Kukus lagi sehingga 10 minit. 
  2. Cara untuk menguji sama ada kuih pasung sudah masak atau tidak, kelihatan bahagian atas kuih (Bahan 2 yang berwarna putih kelihatan naik dua kali ganda).Selamat mencuba.

sila klik untuk info 57 resepi menu bazaar Ramadhan Popular 2017 dibawah ini : 








RESEPI KUIH KAPIT



* coklat * peanut butter * strawberry
Bahan

3/4 cawan @ 200 gm Tepung gandum( ditapis)
80 gm Tepung Beras
5 biji Telor ( di age kan )
2 sudu besar mentega dicairkan @minyak masak.
1kotak kecil santan ( jenama kara )
3/4 cawan gula castor( boleh kurangkan sekiranya x suka manis )
500ml air @ secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Peralatan- mould kuih kapit

Bahan hiasan

Mentega kacang , pes coklat utk waffle dan jam strawberi


sila klik untuk info 57 resepi menu bazaar Ramadhan Popular 2017 dibawah ini : 



Cara Penyediaan :

1.Tapis bhn kering bersama ( t.gandum+ t.beras)

2.Pukul telur dgn gula hingga separa kembang.

3.Masukkan tepung gandum + tepung beras kacau mesra.

4.Santan dan air disatukan,perlahan lahan tuang ke dalam adunan , akhir sekali masukkan mentega cair @minyak dan putar sehingga sebati .

5.Tapiskan adunan yg telah siap.( Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair )

6.Panaskan minyak , mould kuih kapit direndam dlm minyak sebelum digunakan.

7.Kuih kapit yg telah digoreng ,dikeluarkan dari mould,disapu dengan jam pilihan anda dan segera dilipat.Susun dan simpan dalam bekas kedap udara.


P/s juga boleh guna teknik bakar atas bawah ( oldskoll -tetap terbaek )








KUIH KOCI CHEF OBIE

Bahan


110gm Tepung Pulut
110gm Tepung Pulut Hitam
Air secukupnya
1sudu kecil Garam

Bahan Inti



1 biji Kelapa Parut
1 ketul Gula Melaka
2 sudu besar Gula Pasir
1 cawan Air
3 helai Daun Pandan
1 sudu besar tepung gandum

Cara membuat:

1-Masak gula melaka sehingga menjadi karamel ,masukkan air sedikit demi sedikit kemudian masukkan kelapa parut + daun pandan , kacau sehingga kering.Akhir sekali masukkan tepung gandum.sejukkan dan bulat2kan.

2-Satukan bahan tepung pulut,tepung pulut hitam dan air,kepalkan sehingga menjadi bebola,masukkan inti dan bungkus dengan daun pisang yg telah dilayur dan diletakkan sedikit minyak,bungkus seperti nasi lemak.

3-kukus sehingga masak











Resepi Kulit Karipap Rangup

Bahan kulit karipap ( 80 biji )

900gm Tepung Gandum

100gm Tepung Ubi 

1/2 cawan minyak masak dipanaskan terlebih dahulu (  planta atau marjerin juga boleh gantikan minyak )

2 cawani air yang sudah dilarutkan dengan garam
  • Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Masukkan minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.Kacau  dengan spatula sementara minyak masih panas.Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas.
  • Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika, sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap.
  • Uli sebentar,bentukkan doh menjadi bebola tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.
  • Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air.Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup.




Petua bagi memastikan karipap yang digoreng rangup ialah pastikan kita gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng

Dan anda perlu tambahkan 1 senduk lelemak sayuran @ shortening ke dalam minyak masak.Ia bagi memastikan kerangupan karipap.

Goreng pada api yuang sederhana dan perlu dibalik balikkan. Selamat Mencuba!

Resepi Sago pa atau asamgupa




Bahan

3 ulas Nangka Madu dibuang biji dan dicarik
Sago yang telah dimasak dan dipotong kiub
1 kotak Santan
4 sudu besar Gula Nira
4 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil Garam
Daun Pandan
Air

Cara buat

1.Panaskan santan , 1 cawan air, gula nira , gula pasir dan daun pandan, kacau perlahan dan konsisten , pastikan kan tidak pecah minyak ,Masukkan sago dan nagka madu jangan terlalu lama . Boleh dihidang panas dan sejuk.
 air, kalau doh lembut boleh tambah sedikit tepung.

2.ambil sedikit doh masukkan bebola inti durian dan bentukkan bebola , susun diatas loayang pembakar yang telah digris.


3.Sapukan telur kuning dipermukaan .Bakar pada suhu 180’c selama 15-18 minit.

Resepi ini telah dikongsikan dalam Majalah SAJI keluaran Mac 2015



Resepi Murtabak Mini Dan Kari Ayam



Bahan kulit murtabak

500gm Tepung gandum
260ml air
1 biji telur gred C
1 sudu kecil garam
1 sudu besar Marjerin.

Inti Mertabak

4 biji kentang potong dadu
2 biji telur
100gm ayam kisar
Gula , garam
1 senduk kuah kari ayam

Bahan Kari ayam

300gm ayam potong kecil
2 sudu besar rempah kari ayam daging
2 biji Bawang kecil di mayang
1 batang kulit kayu manis
1 kotak santan
1 batang cili kering digunting
½ cawan air asam jawa

Cara buat

1.kulit murtabak- satukan ke semua bahan uli sehingga menjadi doh, rehatkan dan tutup dengan plastic atau kain. Biar ia rehat 1 jam , kemudia bentukkan bebola kecil, dan boleh di canai nipis.

2.kari ayam- tumis bawang dan kulit kayu manis hingga naik bau , masukkan daun kari kacau garing kemudian masukkan ayam dan santan, biar mendidih, boleh masukkan air sedikit dan air asam jawa, masukkan gula dan garam sebagai perasa. Siap untuk dimakan bersama murtabak.

3.Inti muratabak- semua bahan dicampurkan bersama, menggunakan garfu kacau dan tuang ke bahagian tengah kulit murtabak dan bungkus, masak ke dua belah bahagian di atas pan atau kuali.

Resepi ini telah dikongsikan dalam Majalah SAJI keluaran Mac 2015

ebook masakan PERCUMA

sila klik untuk info 57 resepi menu bazaar Ramadhan Popular 2017 dibawah ini : 


RESEPI KUIH TALAM CENDOL GULA MELAKA POPULAR





Bahan

Guna Loyang 11 x 11 inci

(A)

525 gm Gula castor
1100ml Air
5 helai daun pandan

(B)

500gm Tepung Beras Cap teratai
50gm Tepung Ubi
1 ½ sudu kecil Garam halus
500ml Santan Pekat
1100 ml Air

(C)

300gm Cendol

(D)

100 Gula Merah
50 gm Kacang Merah yg telah direbus

Cara buat

1-Masak Bahan ( A ) sehingga mendidih.

2.Satukan semua bahan ( B ) dan campurkan dengan bahan ( A )

3.Bahagikan kepada 2 bahagian , pastikan putih 800 ml, selebihnya dimasak bersama ( D ) gula merah dan kacang merah yang telah direbus.

4.putih bagikan 2 bahagian , 1 bahagian dicampur ( C ) Cendol.

5.Mulakan melapis mengikut kreativiti ,Dikukus setiap satu lapis lebih kurang 5 minit.lakukan sehingga selesai


Tips- Lap atas kuih sekiranya terdapat wap air, gunakan tisu dapur, kemudian sapukan miyakmasak diatas permukaan kuih.

resepi merupakan perkongsian chef obie kepada peminat majalah SAJI untuk bulan Mac 2015


Resepi Talam Mayang Sari Popular 




Bahan Lapisan Bawah

(A)

200gm Tepung Beras Cap teratai
20gm tepung Ubi
1 ½ sudu kecil Garam halus
300ml Santan Pekat
700ml air Pandan kisar dan ditapis
Pewarna Hijau

(B)

100gm Keladi direbus dan dilenyek
100gm Ubi direbus dan dilenyek

Cara buat :

1.Bancuh ke semua bahan (A) dan tapiskan ke dalam periuk.

2.Kacau atas api hingga naik wap.Masukkan Bahan (B) kacau sebentar.

3.Tuang dalam Loyang dan kukus hingga masak.

Lapisan Atas
100gm Tepung Gandum
250gm Gula Castor
4 biji telur gred A / B
200ml santan Pekat
400 ml Air
½ sudu kecil garam

Cara buat

1.Campurkan ke semua bahan dan kacau rata, jangan sampai bergentil.

2.Tapis ke dalam periuk.Masak hingga naik wap.

3.Tuangkan ke lapis atas lapis bawah dan kukus lagi sehingga 20 minit.

Tips chef- Sila gunakan Loyang segiempat 10 x 10 inci utk 1 resepi ini.
Jika guna Loyang 11 x 11 inci gunakan 1 ¾ reseepi

Jika guna Loyang 12 x 12 inci gunakan 1 ½ resepi

ebook masakan PERCUMA
sila klik untuk info 57 resepi menu bazaar Ramadhan Popular 2017 dibawah ini : 


Resepi Pulut Panggang Udang Kering



Bahan

500gm Beras Pulut ( direndam terlebih dahulu )
1 kotak kecil Santan
Minyak Masak
1 biji Kelapa parut
200gm Udang kering
2 sudu besar Cili giling
Gula , Garam dan serbuk kunyit
Air
Daun pisang ( dipotong mengikut kesesuaian )

Cara buat

1.Kukus Beras Pulut sehingga kembang, sejukkan.

2.Tumis cili giling bersama udang kering sehingga garing , Masukkan ½ cawan air, kelapa parut dan serbuk kunyit 1 sudu besar , perasakan dengan gula dan garam dan kacau sehingga garing. Sejukkan.

3-ambil selembar daun pisang, letak pulut secukupnya dengan tangan anda dilumur sedikit minyak masak dan inti di tengah pulut dibentuk memanjang dan dibalut kemas ,dikunci hujung & pangkal dengan lidi atau pun distapel. Kemudian dipanggang.






Resepi Kuih Lapis Hijau Pastel Pandan



Guna Loyang 11 x 11 inci

(A)

525 gm Gula castor
1100ml Air
5 helai daun pandan

(B)

500gm Tepung Beras Cap teratai
50gm Tepung Ubi
1 ½ sudu kecil Garam halus
500ml Santan Pekat
1100 ml Air

(C)

Pewarna Hijau epal / hijau pastel

Cara buat

1-Masak Bahan ( A ) sehingga mendidih.

2.Satukan semua bahan ( B ) dan campurkan dengan bahan ( A )

3.Bahagikan kepada 2 bahagian , pastikan putih 800 ml, selebihnya dicampurkan © pewarna hijau

4.putih bagikan 2 bahagian , 1 bahagian dicampur ( C ) Cendol.

5.Mulakan melapis mengikut kreativiti ,Dikukus setiap satu lapis lebih kurang 5 minit.lakukan sehingga selesai


Tips- Lap atas kuih sekiranya terdapat wap air, gunakan tisu dapur, kemudian sapukan minyak masak diatas permukaan kuih.





Facebook : chefobie untold
Instagram : chef_obie_official
website : chefgunawanmalaysia.blogspot.com

whatsapp : 0172260719


Resepi Candy Kelapa Mudah Popular





Bahan-bahan



2 biji kelapa parut 

kelapa muda lagi baik

2 tin susu pekat ( tak kisah jenama apa pun )

380gm gula pasir

3 sudu besar margarine atau mentega ( orang dulu tak guna mentega@butter )

pewarna merah/hijau/kuning

3 helai daun pandan dicarik dan dsimpul

Periuk 



Cara membuat : 

1-Sangai sebentar kelapa dalam kuali kiranya menggoreng tanpa minyak ( hingga hampir kering, jangan sampai kering karang jadi kerisik pulak )

2- kemudian,Pindahkan kedalam periuk yang lebih besar dan tebal

3-Campur semua bahan yang lain dan masak
perlu kacau sentiasa atas api yang perlahan (pastikan jangan sampai ada yang hangit )

4-Apabila gula telah cair dan menggelegak ( korang perlu berhati-hati part ni,sebab air gula yang panas ini percik tau..)

5-Kacau adunan sehingga adunan tidak melekat pada periuk.
( adunan berkumpul di bahagian tengah )


Akhir sekali bubuh pewarna ( bahagikan 3 bahagian )

Matikanlah api, dan masukkan margarine / mentega kacau rata
masukkan k dalam acuan lebar 12 x 12 atau lagi besar lagi eloklah..
chef obie sarankan..sebab kite akan tekan dan ratakan pastikan


tebal 1/2 inci









gambar courtesy google

Terima kasih kerana sudi pagi-pagi menjengah
blog bie ni, ape yang spesial hari ni?
Bie akan sharingkan resepi kuih tradisional..
jenis kuih talam....
resepi untuk berniaga atau untuk makan sendiri..
Bahan nak buat pun mudah nak dicari.. jadi ape lagi korang..
sila rujuk resepi dibawah ni..

Kuih Tradisonal


Resepi Talam Keladi Untuk Berniaga



Bahan



Lapisan Bawah



( A )



200 gm Tepung Beras ( Cap Teratai )

20 gm Tepung Ubi

1 ½ sudu kecil Garam Halus

300ml Santan Pekat

700ml Air



( B )



200 gm Keladi Ungu ( Keladi Cina )- Buang kulit, potong dadu , kukus dan timbang.

Cara membuat :

1.Bancuh ke semua bahan ( A ) dan tapiskan ke dalam periuk.

2.Kacau atas api hingga naik wap. Masukkan Bahan ( B ) kacau sebentar.

3.Tuang dalam Loyang dan kukus hingga masak.

* Lap atas kuih sekiranya terdapat lebihan air wap.


Lapisan Atas



100 gm Tepung Gandum

250 gm Gula Castor / Gula Halus

4 Biji Telur gred A / B

200 ml Santan Pekat

400 ml Air

¾ penutup Pewarna Violet / Purple


Cara Membuat

1.Campurkan semua bahan dan kacau rata, kacau rata supaya tepung tidak bergentil.

2.Tapis ke dalam periuk.Masak Hingga naik wap.

3.Tuangkan ke atas lapis bawah dan kukus lagi selama 15-20 minit.

4.Sekali – sekala tudung hendaklah dilap.

Tips :

Sila gunakan Loyang segiempat 10 inci x 10 inci untuk 1 resepi ini

Jika menggunakan Loyang 11 inci x 11 inci = gunakan 1 ¾ resepi

Jika menggunakan Loyang 12 inci x 12 inci = gunakan 1 ½ resepi

Gunakan plastik yang disapu minyak / marjeri dalam loyang – bagi memudahkan mengeluarkan kuih talam yang dikukus dalam Loyang, potong menggunakan pisauplastik @ pisau potong kek birthday.
Resepi Talam ini Chef Obie telah menggunakannya semenjak 2004 semasa chef obie berkhidmat di Kuala Lumpur Inflight Catering Services KLAS KLIA.Terima kasih kepada sifu chef obie yang berada di Bangi,beliau juge merupakan pensyarah di UKM pada waktu itu… terbaik.

Kini chef obie ingin kongsikan kepada anda pula yang sentiasa menyokong aktiviti dan kerja yang chef obie lakukan.Sila gunakan resepi ini sebaik mungkin, resepi ini sesuai untuk berniaga .Semoga kite same-same mendapat kebaikan.Enjoy!

Ops! Korang perlu alert sebab bie akan sharing resepi kuih tradisional untuk berniaga- koleh kacang , Kuih Lapis merah Putih , Kuih Lapis Kacang Merah dan Bahulu kemboja atau kuih bakar semuanya resepi telah distandardkan untuk para peniaga atau pembuat kuih tradisional, malah resepi ini juga digunakan di KLIA, Sepang untuk VIP. Jadi rajin-rajinlah lawati blog bie ni.




gambar courtesy google


Resepi Bahulu Kemboja atau Kuih Bakar Pandan



Bahan A



500 gm Santan Pekat

2 cawan Gula Castor / Halus

1 sudu kecil Garam Halus


Cara membuat :

1.Masak Bahan A hingga mendidih.


Bahan B



500 gm Tepung Gandum

900 ml Air Daun Pandan

6 Biji Telur Gred A / B

Esen Vanilla / Pandan

Pewarna Hijau Epal


Cara Membuat :

1.Campurkan semua bahan dan kisar
2.campurkan bahan A dan B


Bahan C



½ sudu besar Minyak Sapi

1 sudu besar Minyak masak

1 sudu besar Bijan


Cara Membuat :

1.Panaskan acuan bahulu kemboja ( saiz no.1 ) dalam oven.

2.Masukkan kesemua bahan C ke dalam acuan hingga Nampak garing.

3.Tuangkan adunan dalam acuan dan bakar 30 – 40 minit pada suhu 180’c.

Tips: resepi bahulu kemboja ini juga boleh digunakan dalam resepi membuat kuih Cara.
Menu Malay Delicacies -kuih bahulu kemboja ini juga digunakan di KLIA Sepang, untuk flight VIP, VVIP dan ad- hoc flight.



gambar courtesy google.

yang ni pula bie sharingkan seperti yang dijanjikan..
Resepi Kuih Lapis Kacang Merah...
peminat jenis-jenis kuih talam mesti suke..
sila rujuk resepi dibawah ni...
senyuuum...


Resepi Kuih Lapis Kacang Merah



Bahan



Gunakan Loyang 11 inci x 11 inci



( A )



525 gm Gula Castor / halus

1100ml Air

5 helai daun Pandan ( digunting pendek )



( B )



1 pkt ( 500 gm ) Tepung Beras ( Cap Teratai )

50 gm Tepung Ubi

1 ½ sudu kecil Garam Halus

500 ml Santan Pekat

1100 ml Air



( C )



300 gm Kacang Merah Kecil direndam 1 malam , basuh , rebus hingga empuk kemudian timbang selepas direbus.

Pewarnna Pink

Cara membuat:

1.Masak Bahan ( A ) sehingga mendidih.

2.Satukan semua bahan ( B ) dan campurkaan dengan bahan ( A ).

3.Bahagikan kepada 2 bahagian.

4.Pastikan putih 800 ml.

5.Selebihnya untuk warna merah ( Rose pink lebih kurang 4 @ 5 titik )

6.Mulakan melapis 500 ml merah , 400 ml putih , 350 ml merah, Dikukus setiap satu lapis lebih kurang 5 minit.

7.700 ml merah + kacang merah ( dikisar sekejap aje ) kemudian kukus 7 minit.

8.350 ml merah, kukus 5 minit.

9.400 ml putih dikukus 5 minit.

10.350 ml merah yang ditambahkan sedikit lagi pewarna. Kukus hingga masak.

* Lap atas kuih sekiranya terdapat lebihan air wap

Gunakan plastik yang disapu minyak / marjeri dalam loyang – bagi memudahkan mengeluarkan kuih talam yang dikukus dalam Loyang, potong menggunakan pisauplastik @ pisau potong kek birthday.
Resepi Kuih Lapis Kacang merah ini Chef Obie telah menggunakannya semenjak 2004 semasa chef obie berkhidmat di Kuala Lumpur Inflight Catering Services KLAS KLIA.Terima kasih kepada sifu chef obie yang berada di Bangi,beliau juge merupakan pensyarah di UKM pada waktu itu… terbaik.

Kini chef obie ingin kongsikan kepada anda pula yang sentiasa menyokong aktiviti dan kerja yang chef obie lakukan.Sila gunakan resepi ini sebaik mungkin, resepi ini sesuai untuk berniaga .Semoga kite same-same mendapat kebaikan.Enjoy!

ebook masakan PERCUMA
sila klik untuk info 57 resepi menu bazaar Ramadhan Popular 2017 dibawah ini : 




Alhamdulillah hari ni, Chef Obie berkesempatan sharing resepi
Roti Jala dan kari ayam roti jala...
bersama anda semua...
jadi cuba jangan tak cuba..
resepi ini juga Bie sharing bersama
penduduk Kg Pasir segambut Kuala Lumpur...

Selamat Mencuba







Resepi Roti Jala

150gm atau 1 cawan Tepung Gandum
1 Biji Telur
150ml Air
150ml susu segar atau santan
3 sudu Minyak Masak atau marjerin yang dicairkan
Garam
Serbuk kunyit atau pewarna kuning

Cara membuat;

1.Masukkan susu, air ,telur , garam kunyit atau pewarna ke dalam blender dan blend seketika, kemudian masukkan tepung gandum dan blend sehingga sebati.
2.Masukkan adunan ke dalam plastic piping bag,Chef obie menggalakkan menggunakan piping bag kerana ianya mudah untuk anda membuat tirai jala tanpa ada isu adunan tersumbat pada bekas roti jala.
3.Panaskan kuali atau non stick pan , kemudian letakkan sedikit minyak.
4.Kiraikan diatas kuali, apabila roti kelihatan kekuningan dan bahagian tepi kirai mengering bolehlah digulung dan dihidangkan bersama kari ayam.

Resepi Kari Ayam Roti Jala

400-500gm ayam cincang atau isi ayam dipotong dadu.
1 biji Bawang Merah di hiris
1 ulas bawang putih
2 biji kentang dipotong dadu
1 batang kulit kayu manis
2@3 biji bunga lawang
1 cawan santan
Air
5 sudu Rempah Kari Daging
Gula
Garam
2 batang Cili kering digunting
Daun Kari
1 keping asam keping atau 1 sudu asam jawa
Minyak Masak secukupnya

Cara Membuat:

1.Panaskan kuali dengan minyak masak, masukkan bawang merah, bawang putih, cili kering, bunga lawang , kulit kayu manis dan daun kari, tumis sehingga naik bau.Masukkan rempah kari kacau selalu dan pastikan tiada mengerak dibahagian tengah, masukkan air secukupnya.Biar mereneh

2.Masukkan ayam kacau sebentar ,masukkan kentang

3.Apabila mendidih, masukkan asam keping atau air asam jawa.

4.Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa, siap dihidang.








Resepi Karipap Pusing Rangup



(KULIT LUAR) 



Doh Minyak:-



350gm tepung gandum

30gm marjerin/ minyak masak

air ais+garam


Cara Membuat

1.satukan dan Gaulkan tepung bersama marjerin.

2.Kemudian, masukkan air dan garam sedikit demi sedikit.

3.Uli menjadi doh. agak2 kalau keras boleh ditambah air, kalau lembut sangat tambah tepung sikit



(KULIT DALAM)



Doh Marjerin:-



150gm tepung gandum+2sb tepung jagung

100gm marjerin


Cara Membuat :

1.Tepung dan marjerin digaul sebati hingga jadi doh,

2.Jika doh keras boleh tambah marjerin,jika lembut sangat tambah tepung sedikit.

3.kemudian, Doh bahagian dalam dibuat bebola kecil, kemudian balutkan dengan doh bahagian luar. Buat sehingga habis

Boleh double kan resepi.





(gambar coutesy google)

Resepi Kuih Tako

Lapisan Bawah (hijau)
25g tepung hoen kwe (hijau)
1 1/2 cawan air
1/2 cawan Gula
1biji sengkuang cina @ 2 buah pear ( potong kiub kecil )


Lapisan Bawah (putih)
25g tepung hoen kwe putih
2 cawan santan
secubit garam + gula pasir
1 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil Garam

Cara Membuat:
1.Semua bahan di campurkan  dalam periuk atau pot.
2.Kacau perlahan dengan menggunakan whisk pada api sederhana sehingga adunan agak panas dan ada bubble,apabila ada bubble matikan api.
3.Pastikan anda telah meyediakan bekas tako terlebih dahulu dengan meyusun pada dulang.Taburkan sedikit sengkuang dalam bekas tako,Tuang lapisan hijau terlebih dahulupada paras setengah dalam bekas tako,kemudian biar ia sejuk sebentar sebelum anda tuang pula bahagian putih.Siap untuk dihidang...
jika anda ingin gunakan resepi diatas untuk berniaga sila gandakan yea...



Resepi Kuih Keria





Bahan-bahan 

500 gm Ubi keledek 
80 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Cara Membuat




1.Rebus keledek keledek hingga empuk 

kemudian  lenyek .



2. Masukkan garam,tepung gandum, uli hingga  sempurna dan tidak lekat di tangan, senagkata menjadi doh yang cantik,jika doh agal lembik jangan risau,chef tidak galakkan anda menambah tepung terlalu banyak, kerana ia akan menjadikan kuih keria kurang sedap...( optional - jika anda ingin mudah membuat doh keria tambah lagi tepung gandum sehingga ia tidak melekit di tangan )




3.Apabila telah siap menguli doh keria, bahagikan doh dengan menimbang doh seberat 35-45  gm setiap satu-atau mengikut suka dan kreativiti anda,kemudian bulatkan ,leperkan dan bentukkan lubang bulat di tengah-tengah doh keria anda.



4.Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasan, kemudian angkat dan toskan minyaknya . Biarkan sejuk


Untuk Gula Kuih  Keria




150 gm gula pasir
5 sudu besar air


1.Gunakan kuali, masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat

2.Kemudian Masukkan keria gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali

Segera tutupkan api.



3.Teruskan mengacau sehingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih.Siap untuk hidangkan segera 

sila klik untuk info 57 resepi menu bazaar Ramadhan Popular 2017 dibawah ini : 







57 RESEPI MENU BAZAAR RAMADHAN POPULAR UNTUK TAHUN 2017

Setiap kali tibanya Bulan Ramadhan di Malaysia , Satu fenomena yang pasti nya akan melanda menghantui masyarakat untuk berbelanja atau membeli belah makanan kegemaran 
iaitu di 'BAZAAR RAMADHAN'.

Setahun hanya sekali selama sebulan , dan paling dinantikan oleh masyarakat .Tidak terhad kepada mereka yang beragama Islam , mereka yang tidak menjalani ibadah puasa ini juga menantikan fenomena 'BAZAAR RAMADHAN', kalau tidak percaya cubalah hari pertama Ramadhan anda lihat pelanggan - pelanggan yang paling awal membeli, seronokkan...bila Madam Tan , Miss lim , Wong , Jegathesan mahupun Steven juga sibuk memilih juadah untuk dinikmati. nampak kemakmuran masyarakat di Malaysia ini.Syabas..

Kepada peniaga makanan dan minuman , ia merupakan 'LUBUK EMAS' dan bagaikan satu 'PARTY YANG PALING HAPPENING' yang wajib diteroka dan pasti akan membuahkan hasil yang lumayan selama sebulan InshaAllah !.Soal harga makanan mahal atau tidak , pada waktu itu ia bukanlah satu isu yang utama.

Pasti ada dikalangan bakal peniaga 'BAZAAR RAMADHAN' untuk tahun 2017 ini
SEDANG MENCARI-CARI IDEA APA YANG PALING SESUAI UNTUK BERNIAGA
DI BAZAAR RAMADHAN TAHUN 2017 ini ? 

Anda peniaga tetap setiap tahun di 'BAZAAR RAMADHAN' tapi ingin menambah KELAINAN dalam menu gerai atau tapak anda ?

Cuba lihat dan cuci mata dahulu gambar-gambar dan pemandangan suasana 
sepetang di 'BAZAAR RAMADHAN' pada tahun-tahun yang lepas...

*gambar-gambar courtesy google & milik persendirian








Menu kuih muih tradisional turut dikongsikan !






Boleh meleleh air liur dan menjadi lapar secara tiba-tiba ...
bila layan gambar- gambar 'BAZAAR RAMADHAN' tahun-tahun yang lepas ni , 
anda sudah ada idea? atau belum ada idea ?


Pelbagai kategori Menu dikongsikan - Pembuka Selera , Menu Utama , Manisan , Kuih Muih & Minuman...ingin tahu apakah resepi dan menu yang dikongsikan ?
Milikilah ebook 

'57 RESEPI MENU BAZAAR RAMADHAN POPULAR 2017'







Pilihan menu minuman yang segar dan menarik perhatian pelanggan turut dikongsikan dalam ebook ini.



Pihak sweetMEDIA@ telah bekerjasama dengan penulis buku " 57 RESEPI MENU BAZAAR RAMADHAN 2017 " yang merupakan penulis ebook pelbagai masakan pilihan netizen !
chef obie merupakan perunding gastronomy profesional dan pengusaha katering 
dan berpengalaman di 'BAZAAR RAMADHAN' Pandan Indah Kuala Lumpur , Bandar Baru Ampang , Selangor  & Taman Mulia Jaya , Selangor semenjak 2007 .
Berkongsi pengalaman dalam memilih menu-menu yang menjadi pilihan pelanggan.
Selain berkongsi RESEPI dalam ebook '57 RESEPI MENU BAZAAR RAMADHAN 2017'




menu-menu ikan bakar pasti tidak ketinggalan !










Anda perlu memiliki ebook ' 57 RESEPI MENU BAZAAR RAMADHAN POPULAR 2017 ' kerana ia
memberi anda idea menarik dan simple untuk anda mencuba dalam persaingan berniaga di 'BAZAAR RAMADHAN' kali ini.

Ia amat eksklusif , dan hanya setahun sekali juga ebook yang bertemakan 'MENU BAZAAR RAMADHAAN' dikeluarkan kepada netizen. 


Antara resepi menu yang dikongsikan dalam ebook kali ini ialah 'RESEPI CAKOI MUDAH DAN SEDAP' juga 'RESEPI BABY CAKOI' bersama 'RESEPI KAYA HOMEMADE PANDAN DAN KELAPA '




Pilihan kali ini anda boleh cuba berniaga manisan iaitu Aga-agar dan puding pelbagai perisa yang enak dan menarik. Resepi agar-agar dan puding ini juga turut dikongsikan dalam ebook '57 RESEPI MENU BAZAAR RAMADHAN POPULAR 2017'

Miliki Sekarang ebook EKSKLUSIF 2017

'57 RESEPI MENU BAZAAR RAMADHAN POPULAR 2017'



57 RESEPI MENU yang perlu anda cuba !

EBOOK EKSKLUSIF INI BEHARGA RM299.00 sahaja !

 p/s Walaubagaimanapun , Pihak sweetMEDIA & chef obie
telah membuat kata sepakat untuk TIDAK akan menjual pada harga ASAL iaitu RM299.00 seunit

YA ! BUKAN pada harga RM299.00  seunit

TETAPI PADA HARGA BARU RM90 sahaja untuk seunit

YA ! RM90.00 Sahaja

HARGA BERBALOI BALOI 
Anda TIDAK Perlu Hadiri ke KELAS-KELAS MASAKAN 
mahupun ke KELAS BAKING atau ke BENGKEL MASAKAN yang jauh dari lokasi anda !

Kini ebook akan mula dijual kepada pelanggan-pelanggan terawal 
sebagai TANDA TERIMA KASIH 

DAPATKAN SEGERA !

CARA PEMBELIAN 57 RESEPI MENU BAZAAR RAMADHAN POPULAR 2017

Sila Buat Pembayaran PENUH ke akaun pilihan anda 

1. MAYBANK 151409098193
2.CIMB 7619121286
3.BSN 14005-41-00008021-7

Atas Nama MUHAMAD GUNAWAN BIN JAMIL

whatsapp / sms info pembayaran  @ pembelian SEBAGAI BUKTI 



ke 



0172260719 

( chef obie & sweetMEDIA )





PENULIS : chef obie & sweetMEDIA
chef profesional / perunding gastronomi / penulis buku masakan - cupcake 3D pertama di Malaysia 



DAPATKAN FILE KIT DAN CD ROM PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN POPULAR YANG MENJADI PILIHAN NETIZEN , PENIAGA DAN USAHAWAN MALAYSIA 2015 HINGGA KINI - 2017


 

 


 
gambar hak milik sendiri & sebahagian courtesy google


Senario Online Dan Offline yang berdaya saing terutama dalam bidang perniagaan.
Telah memberi seluas luasnya peluang untuk sesiapa sahaja memulakan perniagaan sama ada secara kecil-kecilan , sederhana mahupun secara ekstrim. 


Perniagaan berasaskan makanan menjadi pilihan utama netizen , peniaga dan usahawan dizaman kegawatan ekonomi sekarang ini.


Mengapa perniagaan berasaskan makanan menjadi pilihan nombor satu ? selepas perniagaan kecantikan , kesihatan , kosmetik dan pendidikan ? Ya , kerana mereka yang memilih jenis perniagaan ini adalah tergolong mereka yang terang hati dan bijak .Atas tiket keperluan dan permintaan yang sentiasa ada walau keadaan kegawatan ekonomi yang teruk dan mata wang yang tidak tentu turun naiknya mahupun ketika dalam peperangan.
Manusia sentiasa memerlukan makanan dan minuman untuk kelangsungan hidup !







Sesuatu yang positif dan peluang untuk berjaya adalah SAMA RATA , hanya PERBEZAAN seseorang yang lebih berjaya dalam perniagaannya kerana adanya ilmu dalam perniagaan mahupun ilmu pemasaran online dan offline yang praktikal dan terbukti berjaya.Mereka boleh menimba ilmu dengan coach-coach pemasaran mahupun mereka yang pakar dalam mengembangkan perniagaan secara online mahupun offline.





Banyak cara kini untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dalam perniagaan , Pihak chef obie mengambil inisiatif dengan mengeluarkan FILE KIT DAN CD ROM PERNIAGAAN yang berasaskan perniagaan makanan dengan pilihan dan keutamaan masyarakat Malaysia dalam sesuatu TREND mahupun yang COMMAND.





Kepada anda yang minat dengan perniagaan berasaskan makanan tetapi masih tercari-cari perniagaan makanan apa yang sesuai untuk anda .Disini pihak chef obie sukacita memberi beberapa cadangan yang mudah dan boleh anda cuba jalankan dan nikmatilah perniagaan yang anda cuba nanti dengan penuh istiqomah , semangat , bertabah dan tidak berputus asa.






Alhamdulillah semenjak Chef obie mula berkongsi ilmu dan membantu masyarakat dengan program-program "Community Develop" , " Bussines Develop" dalam pelbagai bentuk penyampaian telah melahirkan individu-individu berdaya saing dalam Industri Perniagaan Makanan .Sama ada dalam online mahupun offline.Tahniah kepada anda yang memang layak untuk berjaya !






Perkongsian Ilmu yang telah diadaptasikan ke dalam bentuk FILE KIT DAN CD ROM bagi MEMUDAHKAN Anda yang tidak berkesempatan berguru dengan chef obie secara live atas sebab-sebab tertentu seperti faktor geografi lokasi yang jauh , kekangan masa mahupun melibatkan kos yang tinggi dan pelbagai komitmen yang lain.






FILE KIT DAN CD ROM PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN
Pilihan Netizen , Peniaga dan Usahawan Malaysia


1. FILE KIT & CD ROM PERNIAGAAN WESTERN FOOD + STANDARD RESEPI MENU
( Restauran / Cafe / Foodtruck / Food Court / Kiosk / Gerai / Bazaar / Lunch Box etc )
HARGA RM3800



2.FILE KIT & CD ROM PERNIAGAAN MASAKAN KAMPUNG DAN ALA THAI + STANDARD RESEPI MENU
( Restauran / Cafe / Foodtruck / Food Court / Gerai / Lunch Box etc )
HARGA RM3800



3.FILE KIT & CD ROM PERNIAGAAN CHAR KUEY TEOW & KUEY TEOW GORENG + STANDARD RESEPI MENU
( Restauran / Gerai / Foodtruck / Bazaar / Pasar Malam etc )
HARGA ASAL RM1800 kini pada harga PROMOSI 
Hanya RM990 sahaja !



4.FILE KIT & CD ROM PERNIAGAAN SATAY  DAN SATAY FROZEN + STANDARD RESEPI MENU
( Restauran / Gerai / Frozen Food / Foodtruck etc )
HARGA RM1800 



5.FILE KIT & CD ROM ASAS MEMBUKA PERNIAGAAN PEMBEKAL BAHAN BAKERI + FILE MEMBUAT TEPUNG KEK & BISKUT JENAMA SENDIRI 
HARGA RM3800 



6.FILE KIT & CD ROM MEMBUAT TEPUNG KEK , BISKUT , TEPUNG GORENG CRISPY & TEPUNG TEMPURA 
HARGA ASAL RM1800 kini pada harga PROMOSI 
Hanya RM990 sahaja !



7.FILE KIT & CD ROM ASAS MEMBUKA KEDAI KEK , PASTRI DAN BAKERI + STANDARD RESEPI
HARGA RM3800 



8.FILE KIT & CD ROM TIPS DAN TEKNIK BIZZ GERAI BURGER SEMUDAH A.B.C
HARGA ASAL  RM990 kini pada harga PROMOSI 
Hanya RM390 sahaja !



9.FILE KIT & CD ROM TIPS & TEKNIK BIZZ GERAI NASI LEMAK KUKUS BERLAUK SEMUDAH A.B.C
HARGA ASAL RM1200 kini pada harga PROMOSI 
Hanya RM590 sahaja !



10.FILE KIT & CD ROM TIPS & TEKNIK BIZZ YONG TAU FOO SEMUDAH A.B.C
HARGA ASAL RM1200 kini pada harga PROMOSI 
Hanya RM590 sahaja !



11.FILE KIT & CD ROM TIPS & TEKNIK PERNIAGAAN KATERING SEMUDAH ABC + STANDARD RESEPI MENU
HARGA ASAL RM2800 kini pada harga PROMOSI 
Hanya RM1800 sahaja !



PILIHLAH DENGAN BIJAK mengikut kepentingan dan keperluan Anda SEKARANG ! 
HARGA PROMOSI AKTIF SEHINGGA 31 OGOS 2017






Wajib  Membuat Pembayaran PENUH ke salah satu akaun pilihan 

i- CIMB 7619121286



ii- MAYBANK 151409098193




iii- BSN 14005-41-00008021-7


atas nama 

Muhamad Gunawan Jamil



Kemudian

Bukti Pembayaran Perlu Disimpan
Dan whatsapp Infonya ke 




01722620719


p/s Anda wajib hubungi pihak chef obie di talian 


0172260719 sama ada melalui whatsapp atau direct call






whatsapp / telegram

60172260719

chef obie







Lirik Doa Solat Dhuha : Unic

Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
Wal  Bahaa-A Bahaa-Uka
Wal Jamaala Jamaaluka
Wal Quwwata Quwatuka
Wal Qudrata Qudratuka
Wal Ishmata Ishmatuka

Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu

Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh




Terima Kasih

Komen
10 Komen

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Chef semoga Allah swt membalas budi chef yg sudi berkongsi resepi kuih tradisional kpd kami

Chef paling cool chef obie

Tanpa Nama berkata...

Terbaik resepi karipap pusing

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum chef obie,
Tahniah dan kredit untuk chef
Kerna keikhlasan berkongsi ilmu kepada kami yang memerlukan.
Terima kasih sungguh-sungguh
Semoga perjalanan karier chef bertambah baik dan sentiasa diberkatiNYA
Amin

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum... Chef obie
Saya nk tanya nape kuih talam yg saya buat merekah kt bagian atas dia.....
Mohon pencerahan........

chefgunawanjamil Obie berkata...

waalaikumussalam wbt,
terima kasih bertanya

pencerahan dari chef:

1.Sukatan & penggunaan bahan tidak tepat ( bergantung pada resepi ) sebagai contoh- sekiranya resepi menyarankan menggunakan produk jenama cap teratai.perlu puan guna jenama tersebut.Sila rujuk resepi yang betul untuk membuat kuih talam.Boleh gunakan resepi chef diatas ..

2. Suhu sewaktu kukus tinggi & terlebih masa bermakna terlebih masak.perlu diberi perhatian

3.Saiz loyang dengan resepi tidak sepadan.

Antara masalah biasa yg dihadapi apabila pertama kali membuat kuih tradisi terutama kuih talam ( kukus )

Tanpa Nama berkata...

Salam..nk tye..knp kuih bakar kemboja sy jd mendap ye..bahagian tgh tenggelam..xrata..

chefgunawanjamil Obie berkata...

wslm, terima kasih bertanya-

kuih bakar pandan @kuih bakar kemboja
Penyebab mendap ditengah

1- Resepi tidak tepat- sila pastikan timbangan bahan yg cukup & tepat ( sila gunakan resepi chef obie diatas )
2- Kepanasan oven @ api tidak cukup
3-Pastikan Mould kuih bakar terlebih dahulu telah dipanaskan sebelum anda meletak batter kuih kemboja utk dibakar.
4-Masa bakar yang sesuai

Semoga pencerahan dapat membantu

Resepi Tradisional berkata...

Sedap-sedap semua makanan ini. Lawa pulak tu.

chefgunawanjamil Obie berkata...

Insyaallah...sedap! bolehlah mencuba resepi chef

susan lee berkata...

assalamualaikum chef obie... saya ingin bertanya resepi untuk adunan yg banyak bagi menghasilkan lebih dari satu kuih talam. contohnya ingin mengukus dua jenis kuih talam untuk dijual...
terima kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign