Obielicious

BENGKEL SENI MASAKAN PERNIAGAAN BERSAMA CHEF OBIE - KEK/COKLAT/3D/BROWNIES/COOKIES/ENERGY BARS ( 28 OKTOBER 2017 - Sabtu ) - Whatsapp 0172260719 / 016 9166010 ( HOT ! ) KELAS MASAKAN DAN BAKING PERSENDIRIAN + TESTIMONI PELAJAR ( HOT !)

FILE KIT + CD ROM PELBAGAI PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN serta TESTIMONI PELANGGAN .

( hot ! ) 24 EBOOK MASAKAN , KEK ,PASTRI DAN BAKERI CHEF OBIE UNTUK MALAYSIA , SINGAPURA , NEGARA BRUNEI DARUSSALAM & INDONESIA SILA WHATSAPP SEGERA 0172260719 FREE 3 EBOOK ( Harga dlm Ringgit Malaysia )
( hot ! ) PENULIS JEMPUTAN MAJALAH MASAKAN TEMPATAN & PHOTOSHOOT UNTUK MAJALAH & MEDIA MASSA / ELETRONIK

Tempahan Katering Untuk Pelbagai Majlis / Pejabat & sebagainya - SKY CHEF & KHUZRASA Katering Kuala Lumpur Hubungi Segera chef obie 017 2260719 , Puan Khurzaidah 019 6460409 Call @ whatsapp

bE mY Heartbeat..!

Resepi Biskut, Kek ,Roti , Pastri





Hubungi  & Follow chef obie
chef nak berkongsi kata kata positif untuk Anda..dan juga diri sendiri sendiri..

" WAKE UP SMILE ,
AND TELL YOURSELF
TODAY IS MY DAY !

AND TRAIN YOUR MIND 
TO SEE THE POSITIVE
IN EVERY SITUATION "



 IG : chef_obie_official
whatsapp 0172260719
email :gunawan.jamil@gmail.com
website: chefgunawanmalaysia.blogspot.com


Terima Kasih





P/S ebook ialah buku eletronik dlm software PDF mudah dibuka dlm hp,smartphone,laptop@lappy & komputer.Ia sungguh praktikal & anda boleh baca &buat rujukan ebook dimana2 sahaja.




sila LIKES PAGE :

 RESEPI ALMOND MOCCA CUPCAKE 




Bahan

240 gm Mentega Unsulted Butter
210 gm Gula
5 biji Telur saiz A atau B ( simpan peti sejuk semalaman sebelum digunakan )
200 gm Tepung Gandum ( ditapis )
3 sdm Tepung Jagung ( ditapis )
1 sdt Serbuk Penaik atau Baking powder ( ditapis )
1 sdt Vanilla essence /  Vanilla Flavour
1 biji parutan kulit lemon
1 sdm Nescafe+ 1 sdm air panas ( kacau mesra )
4 sudu besar Tepung Susu Krim
80gm Hirisan Badam ( dibakar dahulu sebelum digunakan )
Garam Secubit



Cara Penyediaan :



1.Sila Pastikan bahan kering seperti – Tepung gandum ,Tepung jagung dan serbuk penaik ditapis atau ayak bersama.Sila tapis 3 kali untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

2.Pukul mentega bersama garam dan gula sehingga lembut adunan dan berubah warna.

3.Masukkan telur sebiji demi sebiji dengan kelajuan pukulan sederhana , jangan lupa vanilla essence dan bancuhan nescafe ( 1sdm air panas ) teruskan pukulan sehingga kembang .

4.Perlahankan pukulan, masukkan bahan kering yang telah ditapis dan Macadamia nut sehingga selesai, pastikan mesra dengan adunan, hentikan pukulan.

5.Masukkan Adunan ke dalam plastik piping bag bagi memudahkan anda paip aduna ke dalam acuan kertas cupcake. * Pastikan paras adunan dalam kertas cupcake melepasi setengah bahagian kertas cupcake- Anda disarankan menimbang adunan yang diletak dalam kertas cupcake supaya standard ketinggian dan berat cupcake apabila selesai dibakar.

6.Panaskan oven anda terlebih dahulu , 10 minit sebelum membakar. Set kan suhu 180’c bakar selama 25 minit atau sehingga masak *Setiap oven dirumah adalah tidak sama suhu kepanasan. Sebaiknya anda kurangkan suhu kepada 170”c


Sebagai Pasangan Latte Macadamia Cupcake sesuai untuk semua jenis buttercream , topping mahupun frosting , mahupun ganache sahaja ( Anda boleh variasikan dengan meletak hiasan atau bahan pewarna atau perasa )



RESEPI BUTTER CAKE



Salam netizen , resepi ini adalah resepi dalam kelas baking for beginners chef obie pada tahun 2012-2014 , ianya mudah dan dalam resepi yang kecil. Resepi asal merupakan 20 liter.
Semoga ada manfaat untuk anda yang masih baru dan dalam mencuba resepi-resepi kek asas yang mudah.
chef juga telah kongsikan bersama asnaf dan mereka yang memerlukan.






Bahan 

Telur 250 gm ( 6 biji ) 
Gula 180 gm 
Mentega/Butter 200gm ( boleh dicairkan @ tidak perlu di cairkan ) 
Ovallette 10gm 
Rose flour/tepung gandum 180gm( diayak/ditapis) 
Vanilla essence
 Garam secukup rasa 

Cara Penyediaan  : 

Cara yang pertama

Telur, gula, ovallette dan vanilla essence di pukul hingga kembang menggunakan whisk. Kemudian masukkan garam, butter (yang telah dicairkan) kacau menggunakan spatula perlahan lahan dan masukkan tepung gandum. Pastikan batter telah sebati dan sedia untuk di bakar. 

Cara yang kedua

Butter,gula,garam dan vanilla essence di pukul menggunakan whisk hingga separa kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul dengan perlahan

 whisk. Apabila telur telah sebati dan ringan,. masukkan tepung gandum kacau perlahan menggunakan spatula sehingga sebati. Batter butter cake telah sempurna dan sedia untuk di bakar. Pastikan oven telah dipanaskan pada suhu 180. Bakar selama 35-45 minit.





RESEPI YOGURT GREEK BERRIE BERMADU



Bahan

½ cawan Yogurt Asli
Sedikit bijirin muesli dan oat
Kismis hitam , buah strawberry segar @ blueberry @ blackberry 
Madu dan gula perang

Cara Penyediaan :

1.Campurkan bijirin , oat , strawberry bersama dengan gula perang dan madu, masukkan ke dalam gelas, diselang seli dengan yogurt.Disejukkan terlebih dahulu sebelum dihidang.


Sedap dan mudah untuk anda buat dirumah...Selamat Mencuba






RESEPI BISKUT BATANG BURUK

Bahan-bahan

600 gram tepung gandum

300 gram tepung beras

1 biji santan kelapa

600 gram kacang hijau
400 gram gula kisar
3 biji telur
Minyak masak (utk menggoreng)


Cara buat -

biskut batang buruk
Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan.Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus, campurkan dengan gula dan ketepikan.Gaul tepung dengan santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli bahan tadi.Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulungkan dan biarkan ditengahnya berlubang. Potong kecil dan goreng hingga kekuningan. Bila dah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau.



Serba sedikit info tentang cara membuat dan resepi biskut batang buruk yang mudah dan juga sedap, semoga perkongsian ini membawa satu manfaat untuk kita semua.


Senangkan resepi yang dikongsikan ..kepada anda yang ingin joint Group Masakan yang dikendalikan oleh chef obie sendiri . Anda boleh request melalui whatsapp - ke 0172260719.


group masakan private dan dibuka ubtuk mereka yang amateur / masih baru dalam dunia masakan , berminat berkongsi resepi , mengeratkan silaturrahim sesama ahli dan yang penting sporting.







RESEPI CHURROS atau SPANISH DONUT
Bahan
240 gm unsalted butter ( dibahagi 2 bahagian )
1000 ml  @ 1 liter air
2 sudu besar Gula Pasir 
1 sudu kecil Garam 
4 cawan tepung gandum ,1 sudu kecil vanila ,  4 biji Telur , minyak masak untuk menggoreng , gula kastor dan 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
Peralatan :
plastik piping bag, nozel bunga besar , gunting
Cara Penyediaan :
1.Didih air dalam pot @ periuk. 
2.Apabila telah mendidih kecilkan api,kemudian gunakan spatula masukkan tepung gandum dan kacau adunan hingga sebati dan tak melekat di periuk.
3.Matikan api dan pindahkan aduna ke dalam bekas mixer , masukkan telur satu persatu , gunakan spatula kacau adunan hingga sebati, Biar ia sejuk sedikit. Sekadar suam.
4.Panaskan minyak dengan api sederhana.
5.Gunakan Plastik piping bag dan nozel bunga besar. masukkan adunan mengikut keselesaan anda.
5.Standby gunting di sebelah anda, paipkan memanjang adunan ke dalam minyak yang telah dipanaskan.Bolak balikkan adunan yang digorengg sehingga warna keemasan, apabila masak angkat churos yang telah siap digoreng, dan toskan dengan menggunakan kitchen towel.
7.Gula kastor dicampurkan serbuk kulit kayu manis , churos dibolak baik dalam campuran gula ini.

8.Siap untuk dihidang. Anda boleh gunakan plastik container untuk membungkus atau paper bag.Gunakan kreativiti anda dalam jualan.Selamat Maju Jaya...



Gambar Courtesy Google

RESEPI ROTI JOHN CHEESZY@ Cheese Tabur

Bahan Utama :

3 batang Roti John ( dibelah bahagian tengah )
300gm Daging hancur(Ayam/daging lembu)
5 biji telur 
Sedikit Daun sup
Sedikit Daun bawang di hiris (option )
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Garam & Gula 
Sedikit Serbuk Lada Hitam
1 sudu besar Serbuk kari ayam atau daging
Mayonis
Cheeszy
Mozarella @  Keju Parmesan
Cili Sos

Cara Penyediaan :

1.Potong dadu bawang merah dan bawang putih, Tumiskannya

2.Masukkan Daging Hancur Bersama Daun Sup.Kacau sehingga sdikit masak.

3.Masukkan serbuk kari , serbuk lada hitam , perasakan dengan garam dan sedikit gula.Biar ia mengering dan garing.( bahan ini asas perlu dimasak terlebih dahulu , anda boleh 10 x gandakan resepinya )

4.Apabila Telur telah dipukul dan dimasak diatas pan , ambil 1 sudip daging hancur yang telah dimasak tadi , taburkan diatas telur , sedikit keju mozarella  , kemudian tekapkan roti john yang telah disapukan Mnetega @ marjerin.

5.Biar hingga masak.

6.Terbalikkan roti john, paipkan mayonis, cheeszy dan cili sos.Taburkan sedikit Keju Parmesan  Siap Untuk Dijual

Harga Cadangan : 1 Batang Rori John Cheeszy @ Cheese tabur ialah RM12









Resepi Roti Susu

Bahan

Sediakan doh Asas ban manis
( sila rujuk resepi Asas Ban manis di bahagian bawah )

Inti
180gm Mentega / Marjerin
150gm Gula Ising
150gm Susu Tepung
60gm Serbuk badam

Cara membuat

1.Inti-Putar atau pukul mentega/marjerin dan gula ising sehingga menjadi lembut, masukkan susu tepung dan pukul lagi hingga sebati. Kemudian tambah serbuk badam.Bentukkan menjadi bebola 30gm.

2.doh ban manis dibahagikan 60gm menjadi bebola.biarkan ia selama 10-15 minit.Tekan doh dengan tapak tangan dengan lembutdan letak inti ditengah-tengah doh kemudian tutup doh dan bentukkan menjadi bebola.

3.Letak dalam dulang pembakar yang telah digris dengan minyak dan kertas pembakar, biarkan ia menaik dan berganda saiznya.40-45 minit.

4.potong / garik dengan pisau tajam diatas permukaan doh, spray susu atau sapu telur .

5.Bakar pada suhu 190-200;c selama 15-20 minit.

RESEPI ASAS BAN MANIS

Kaedah Doh Terus

Kaedah Menaikkan doh asas ban manis mempunyai 3 kaedah / 3 cara.

Kesemuanya akan mencapai keputusan yang sama.

Oleh itu anda boleh memilih salah satu kaedah yang terbaik untuk membuat doh. Kaedah Doh terus adalah kaedah yang paling biasa digunakan .

Ia Cuma memerlukan 1 cara untuk menaikkan doh selama 45-60 minit.

Anda boleh memilih diantara kaedah Doh terus , kaedah doh segera atau kaedah doh dan span.

Bahan 1

500gm Tepung Roti 
100gm Tepung gandum
110 gm Gula 
10gm garam
20gm Tepung susu
4 sudu yis segera
1 sudu Peningkatan roti (bread imrover

Bahan 2

1 biji Telur 
300ml Air sejuk 
Bahan 3
60gm mentega / marjerin

Cara membuat

1.Adun semua Bahan 1 

2.tambah bahan 2 dan uli sehingga menghasilkan doh.

3.Campurkan bahan 3, dan terus menguli untuk menghasilkan doh yangb lembut dan kenyal.

4.tutup doh dengan plastic,biaarkan ia naik selama 50-60 minit atau berganda saiznya.

5.Gunakan jari, untuk menekan tengah ke dalam doh, Ia patut menunjukkan tanda jari yang jelas, tetapi doh tidak boleh turun/menurun apabila di tekan. Jika menunjukkan tanda jari yang jelas,Ini menandakan ia siap untuk membuat roti atau ban.

6.Untuk hiasan atas roti- tabur sedikit poppy seed dan spray dengan susu untuk mendapatkan permukaan yang sedikit brown dan berkilat! nice





RESEPI ROTI LEBANIS CIKGU SHAARI
( Majalah AROMA - Febuari 2016 - chef obie )

Bahan 1

350gm Tepung Roti
50gm Tepung Gandum
30gm Gula
10gm Garam
2sudu besar Yis Segera
1sudu Serbuk Paprika
½ sudu kecil LadaHitam

Bahan 2

250ml Air
Bahan 3
30gm Lelemak
Bahan 4
150gm Gegelang bawang (digoreng)
10gm Rosemary
½ sudu kecil Serbuk Paprika

Bahan hias

Gegelang Bawang
Rosemary kering
Parsley kering
2 dudu besar Mentega
2ulas bawang putih cincang



Cara Penyediaan :

1.Adun (bahan 1) sehingga sebati,campur (bahan 2) dan uli sehingga menjadi doh. Campur (bahan 3) uli doh hingga lembut,Tambah (bahan 4) gaul hingga sempurna.Biar naik berganda 45 minit.Bahagikan doh menjadi 2 bahagian. Bentukkan bebola dan biar 10 minit. gulung menjadi 30sm panjang, bubuh atas dulang pembakar yang telah digris. Biar ia menaik selama 45 minit di permukaan .Sapukan mentega dan taburkan bahan hiasan di permukaan .

2.bakar pada suhu 190’c 30 minit sehingga bertukar warna kuning keemasan.




Share & LIKES
#smallplate 

RESEPI PUDING RAJA MANGGA

Bahan :

250gm Isi Buah Mangga India ( potong kiub )
100gm Isi Buah Mangga ( dikisar )
70gm Gula
1biji Telur
500ml Susu UHT
250ml Krim Masakan atau whipping krim
8gm Gelatin Halal ( dicairkan dengan sedikit air )

Cara Penyediaan :

1.Dalam pot,Satukan ke semua bahan diatas kecuali gelatin. Panaskan pada api sederhana pastikan dikacau perlahan sehingga sebati menggunakan whisk.lebih kurang 10 minit.

2.Masukkan gelatin yang telah dicairkan ke dalam pot tadi.Kacaukan sekali lagi sehingga sebati.( jangan kacau terlalu kuat atau laju akan menyebabkan bubble pada permukaan ).Kacau lebih kurang 5 minit.Matikan api.

3.Kemudian tuangkan ke dalam acuan pilihan anda.Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.






PAVLOVA

MANGO & PASSION FRUIT( Buah Markisa )
(Australia Pavlova )


Bahan :

8 biji putih telur
1 3/4 cawan gula castor
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu teh esen vanila
2 sudu teh cuka makan

Peralatan : Rim kek 7 @ 8 inci , Loyang @ Tray baking , parcthment paper , spatula ,pensil



Cara Membuat :

Bahagian 1 :

Alas loyang dengan partchment paper
 Lukiskan 2 bulatan berdiameter  7 @ 8inci dengan pensil
Kemudian terbalik kan partchment paper.
 Jika ade rim kek bulat boleh juga digunakan 
Panaskan oven dengan api bawah 170 C , pavlova ingin  dimasukkan barulah turunkan suhu kepada 120-100C

Jika anda menggunakan fan oven, panaskan 200'c kemudian apabila pavlova ingin dimasukkan turunkan suhu 120'c

Bahagian 2 :

Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu sambil masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.( sehingga Menjadi meringue )
Satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dan
Kacau hingga semua bahan larut.
Akhir sekali masukkan ke dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik



Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan.

Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis

Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.

Tips-Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya

Bahan Hiasan

Wiping Cream
1 sudu teh Vanilla falvour
Buah mangga  - di dadu
Passionfruit @ Markisa / Puree kepada buah ini juga boleh digunakan.

Whiping Cream + vanilla flavour di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
Letakkan atas pavlova tadi


Hiaskan dengan buah mangga yang telah dipotong dadu dan markisa.







Resepi Chocolate Ganache' Chef Obie-


Cara membuat ganache' oleh chef professional


Bahan


280 / 300gm coklat susu atau coklat hitam ( kouverture )  potong kecil

200gm UHT whipping cream 
1 sudu besar Madu Asli




Cara Membuat :

1-Tuangan whipping cream dalam mangkuk steel , kemuidan -Gunakan teknik Double Boiled @ Bain Marie ( Didihkan air dalam pot , kemudian mangkuk diatas pot )   Panaskan whipping cream menggunakan cara ini, pastikan jangan sampai mendidih.Sekadar panas sahaja.Kemudian matikan api.




2- Masukkan coklat dalam mangkuk steel - dimana whipping cream telah dipanaskan dan kacau perlahan hingga sebati.Akhir sekali Masukkan pula Madu dan sebatikan.Madu digunakan bertujuan untuk mendapatkan ganache' yang berkilat dan cantik.Selamat mencuba.. kepada anda yang telah menghubungi chef obie bertanyakan resepi coklat ganche' bolehlah menggunakan resepi yang telah chef obie kongsikan ni...





PIZZA 4 MUSIM CHEF OBIE.



Bahan Doh


500gm Tepung Roti
1 sudu kecil Garam
1 sudu kecil gula
320 ml Air Suam
1paket yis kering (11gm)
2sudu besar minyak zaitun @masak

Bahan Inti

100gm Tomato puri
2sudu besar sos tomato
100gm keju mozarella
40gm keju parmesan
40gm keju edam ( keju belanda)
40gm keju cheddar
1 sudu besar herba
1 sudu besar minyak zaitun
Daun parsli secukupnya

Cara membuat:

1-untuk buat doh-satukan ke semua bahan dan uli sehingga menjadi doh,kemudian rehatkan 30minit.dgn menutup permukaan doh dgn plastik.

2-bahagikan 2 bahagian boleh hasilkan 2 doh pizza sederhana.canaikan mengikut selera anda.

3-atas dulang pembakar,doh yg telah dicanai dibakar sebentar selama 6 minit pd suhu 180-200'c

4-kemudian keluarkan dan sapu dgn tomato+ sos tomato dan herba.
Taburkan kesemua jenis keju,tabur minyak zaitun pd permukaan .


Bakar kembali selama 30 minit



Resepi Kek Lumut Sarawak
Bahan-bahan : ( loyang 7 ” x 7 “)
3/4 cawan tepung gandum – diayak,suku cawanb tepung suji

1/2 cawan nestum ,1/2 cawan horlicks
3/4 cawan gula kastor
250 g mentega
4 biji telur A @ B
pewarna hijau secukupnya
5 sudu besar seri kaya ( kaya roti )
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla



Cara Membuat :
1.Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
2.Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
3.Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna kelajuan sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
4.Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
5.Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks juga nestum gaulkan sebati.
6.Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
7.Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
8.Kukuskan selama 2 jam 30 minit. 

tips- tambah air panas jika air kukusan hampir kering



Resepi Baklava mudah dan sedap 



utk Filling baklava : 



2 cawan walnut + pistachio + almond dikisar medium fine ( separuh halus tau..nak kasar pun boleh juge.. )

8 sudu besar gula pasir 

1/2 cawan air Bunga Mawar, kalau tak ade boleh guna sedikit essen rose....

1 packet fillo pastry 

250 gm melted unsulted butter/ margerine ( kalau tak ade jugak boleh guna minyak masak atau minyak zaitun ) 



Cara membuat baklava:


1) Sapukan unsulted butter pada loyang ( bie guna guna 12 x 12 " , ikut suke korang nak kecil atau nak lagi lebar..)

2) Letak satu / sehelai lapisan fillo ke atas loyang .

3) Kemudian sapukan fillo 1 dgn melted butter/ marjerin

4) Lepas tu, Lapiskan lagi fillo pastry no.2 ke atas lapisan fillo no.1 yg telah siap disapu butter tadi..

5) Korang perlu lah mengulang langkah ini sampai lebih kurang 18-20 helai.amacam penat tak?iskh benda baik dan sedap..kena lah sabar membuatnye..okay..

6) Part ni agak penting, tuangkan adunan kacang td di atas fillo pastry yang telah hampir 20 helai disapu butter,
ratakan adunan kacang..kasi cun tau..padat sikit..baru besh..

7)Ulang balik langkah melapis fillo pastry, jangan lupa sapukan butter sampai fillo habis...

8) Potong baklava straight / serong / atau ikut suke korang...



9) Bakar 180C lebih kurang 30- 45 min.



10) setelah dibakar & potong,
Masak gula 1/2 cawan bersama air 1/2 cawan + sedikit air rose @ esen rose masak hingga bubble... jgn sanpai jadi karamel.

Kemudian..gunakan stener atau sudu..tuangkan atas baklava yg telah dibakar dan dipotong..pastikan meresap..



Selamat mencuba dan layan... sampai lebam!





CHEESE BERRIES AIS KRIM POTONG


Bahan



100gm fresh Strawberry

100gm fresh Blueberry

100gm Dark Sweet Cheery

240gm Keju krim@block( tartura /philediphia/anchor )

1 liter Whipping Cream

2 biji Telor kuning + 2 sudu besar gula ( double boiled)

2 sudu besar Madu

1/2 cawan Gula pasir

1 sudu kecil Esen Strawberry



Cara Membuat



1.Pukul - whipping cream+gula+strawberry+blueberry+dark sweet cheery+esen sehingga sebati ( buah akan hancur 
👍
) ke tepikan



2.Teknik Double boiled-dalam boiled steel, telur kuning + 2sudu besar gula kacau gunakan whisk sehingga kembang.



3.Dlm mangkuk lain ,pukul sebentar krim keju dengan telur kuning yg telah kembang & diteknik double boiled kan itu sekadar bercampur.Kemudian gunakan spatula campurkan bahan 1 ( mix berrie+whipping cream). Kacau lebih kurang aje.Tuang dalam tray @bekas.Simpan dlm freezer. 



Apabila telah cukup sejuk.

Siap untuk digunakan,boleh dipotong mrngikut kreativiti @boleh di scoop bersama wafer@cone wafer






Resepi Biskut Coklat Popular Mudah dan Sedap


Bahan :

70 gm Tepung Gandum
60 gm Serbuk Koko Van Houtan
20 gn Tepung Jagung
30 gm Tepung Kastard
20 gm Tepung Susu
50 gm Gula Aising
1 sudu kecil serbuk Nescafe
½ sudu kecil Garam
120 gm Minyak Masak @ Jagung
 Jam Raspberi ( brand HERO )

Cara Membuat :

1.Campurkan ke semua bahan kering, Kacau @ putar kering selama 1 minit.Boleh gunakan spatula @ senduk kayu sahaja.
2.Masukkan minyak masak @ jagung , uli sehingga menjadi doh yang lembut.Boleh masukkan doh ke dalam plastic piping dengan menggunakan nozel pilihan anda,paipkan menjadi biskut datas Loyang pembakar yang telah diglis / kertas parchment.Paipkan sedikit jam raspberi diatas doh biskut.

3.Bakar pada suhu 150-160’c selama 20-25 minit.





RESEPI KEK COKLAT MUDAH

Bahan untuk kek coklat.


Bahan A·


1 cawan serbuk Koko Van Houten 
1/2 cawan gula pasir @ kastor 
1/2 cawan gula perang
1 cawan susu cair @ susu kotak UHT

1 cawan minyak masak @ minyak Jagung
1/2 cawan susu pekat


Bahan B 


11/2 cawan Tepung gandum 

1/2 sudu kecil Soda bikarbonat 
1 sudu kecil Sebuk Penaik 
1 sudu kecil Serbuk Vanilla
2@3 biji telur size B


Cara Membuat

1. Masak Bahan A dalam pot dengan api yang kecil sehingga mesra semua bahan , sejukkan 

2. Pukul telur hingga kembang,  kemudian masukkan bahagian A.  Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. ( Tapis semua bahan kering dalam satu bekas terlebih dahulu-  serbuk Vanilla ,  tepung, bikarbonat dan serbuk penaik ). kacau sebati. 


3. Masukkan adunan dalam loyang 

4. kukus selama 1 jam @ 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu). Jangan buka penutup kukus sehingga cukup masanya.


5.Apabila telah cukup masa, keluarkan kek dan sejukkan.

BAHAN TOPPING (ganache)


Bahan:

300 gm coklat susu Kompound / Kouverture ~ di cincang atau potong kecill

1 sudu besar susu pekat

1/2 cawan susu UHT

1 sudu besar mentega
1 sudu besar Madu



Cara Membuat :

1.Kaedah double boiled- Panaskan susu uht dan susu pekat, Matikan api , masukkan coklat kacau sehingga sebati, masukkan mentega dan akhir sekali madu. Siap untuk dituang atas kek coklat kukus. 






Resepi Kulit Karipap Rangup

Bahan kulit karipap ( 80 biji )

900gm Tepung Gandum

100gm Tepung Ubi 

1/2 cawan minyak masak dipanaskan terlebih dahulu (  planta atau marjerin juga boleh gantikan minyak )

2 cawani air yang sudah dilarutkan dengan garam
  • Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Masukkan minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.Kacau  dengan spatula sementara minyak masih panas.Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas.
  • Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika, sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap.
  • Uli sebentar,bentukkan doh menjadi bebola tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.
  • Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air.Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup.




Petua bagi memastikan karipap yang digoreng rangup ialah pastikan kita gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng

Dan anda perlu tambahkan 1 senduk lelemak sayuran @ shortening ke dalam minyak masak.Ia bagi memastikan kerangupan karipap.

Goreng pada api yuang sederhana dan perlu dibalik balikkan. Selamat Mencuba!



RESEPI PUDING ROTI HOTEL 5 

BINTANG

Bahan-bahan :
  • 12 keping roti Sandwich dipotong silang
  • 6 biji roti croissant  belah tengah
  • 750 ml susu uht atau susu segar
  • 4 biji telur
  • 5 sudu gula perang
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 4 sudu besar Mentega
  • kismis Hitam 
  • Garam 1/2 sudu kecil
  • 100 gm Gula Pasir
  • sedikit gula aising atau snow powder


Cara Membuat :


  1. Dalam mangkuk- satukan gula perang, telur dan esen vanilla, kacau rata menggunakan whisk. kemudian masukkan susu uht kacau hingga sebati. 
  2. Setiap bahagian Roti disapu dengan mentega dan disusun dalam loyang. 
  3. Adunan tadi dituang ke atas roti dan tabur kismis dan gula pasir diatas permukaan .
  4. Bakar pada suhu 190'c  selama 25- 30 minit  ( dengan air juga 1/2 tray penuh di bawah tray ) .Anda juga boleh guna teknik terus mengukus.
  5. Apabila telah masak, sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidang bersama Vanilla sauce.
  6. Jangan lupa taburkan gula Aising @ Snow powder di atas permukaan puding.




Resepi Pop Corn Karamel Ala MBO Cinema

1 cawan Mentega ( salted )
 2 cawan Gula Perang ( Brown Sugar ) 
1/2 cawan Corn Syrup 
1/2 sudu kecil garam 
1/2 sudu kecil Baking soda
 vanilla extract / essence 
5 quart Popped pop corn @ Jagung Pop Corn
Garam Secukup rasa

 Cara Membuat :

1.Panaskan Oven pada suhu 250F ( 95'C ) letakkan popcorn dalam Bowl yang besar. 

2. Gunakan saucepan medium , cairkan / masak mentega, gula perang,corn syrup dan garam kacau perlahan dan tanpa perlu mengacau selama 4 minit untuk memastikan bahan telah cair dan telah boil ( menggelegak ).Apabila telah menggelegak alihkan saucepan daripada api.masukkan Soda dan Vanilaa extract dan kacau.

 3.Tuangkan perlahan-lahan, dengan memastikan caramel yang dituang dapat meliputi popcorn.Gaul mesra popcorn dengan caramel .Taburkan garam sedikit , Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan.Setiap 15 minit perlu keluarkan dari oven sebentar untuk mengacau popcorn.Masa masak 1 Jam.

Apabila selesai, keluaarkan popcorn ke tempat sejuk dan pecah-pecahkan gumpalan popcorn, menjadi butir popcorn yang cantik.

 Selamat mencuba.




Resepi Churros @ Spanish Donut


100 gm Mentega
160gm Air
160gm tepung gandum
4 biji telur saiz A
Sedikit garam dan gula.
Bahan Hiasan
Gula castor + gula aising + serbuk kulit kayu manis

Cara buat

1.Didihkan air bersama mentega , garam dan gula.perlahan kan apiMasukkan tepung sambil dikacau dan tutup api dan terus kacau sampai sebati dengan adunan tersebu sehingga membentuk segumpaladunan. Biarkan ia sejuk dan dingin.

2.Pindahkan ke dalam mixer, pukul sambil masukan telur sebiji demi sebiji sehingga adunan sebati, ytuang adunan ke dalam bekas , tutupkan dengan plastic film , kenakan permukaan adunan, simpan dalam peti ais 1 jam, kemudian boleh digunakan, dengan nose dan plastic bag, guna nose yang sesuai, paipkan ke dalam minyak masak yang panas , goreng sehingga keemasan.

3.Salut Spanish donut yang telah digoreng ke dalam gula castor yang telah dicampur gula aising dan sedikit serbuk kulit kayu manis.

Resepi ini telah dikongsikan dalam Majalah SAJI keluaran Mac 2015



Resepi Pie Greek Petit



Bahan

100 gm Daging Ayam
100gm Krim masakan
50gm Lobak putih
1 sudu besar Keju Parmesan
Lada sulah , lada hitam, daun bay 1 helai
Garam & gula secukup rasa
Kepingan Pastry
Mentega
Air


Cara buat

1-Panaskan sedikit mentega , tumis ayam yang telah dipotong dadu , masukkan krim masakan dan sehelai daun bay biar ia mendidih sebentar.

2.Kemudian masukkan lobak putih , lada sulah ,lada hitam dan perasakan dengan gula dan garam, anda boleh tambahkan sedikit air jika perlu.


3.gunakan kepingan puff pastry gunakan cutter bulat dan letak dalam casting pie, maukkan inti yang telah dimasak dan tutup permukaan dengan puff pastry dan boleh juga disapukan telur dipermukaan .Bakar pada suhu 180-190’c selama 35-40 minit.

Resepi ini telah dikongsikan dalam Majalah SAJI keluaran Mac 2015



Resepi Tat Hollandise



Bahan doh kulit

300gm Tepung gandum
80gm Mentega
60gm Gula
Eseen Vanilla

Bahan Inti-

1 tin Desicated Coconut
6 biji Telur Kuning
100gm Gula
1 sudu besar tepung Jagung
100gm Serbuk Badam

Cara buat

1.Pukul mentega dan gula sehingga sebati jangan sampai kembang, sekadar mesra sahaja, masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh, bungkus dengan plastic fillm dan simpan dalam peti sejuk.selama 2 jam.Kemudian canai nipis ½ sm cutter dan letak dalam casting tat, bakar pada suhu 180’c selama 10 minit sahaja.

2.inti- Pukul telur kuning dan gula sehingga kembang , masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah ditapis bersama, masukkan desiccated coconut dan serbuk badam kacau sebati. Gunakan nose dan bag piping, paipkan ditengah kulit tat yang telah dibakar tadi.Kemudian bakar kembali tat pada suhu 180’c selama 15 minit.

Resepi ini telah dikongsikan dalam Majalah SAJI keluaran Mac 2015



Durian De’ Patesserie


Bahan

500 gm Isi Durian
100gm Gula merah
1 sudu besar Tepung Gandum
Daun Pandan
1 sudu kecil garam
½ cawan Air

Bahan Kulit

350 gm tepung Gandum
30gm Mentega
Air sejuk
½ sudu kecil Garam

Cara Buat

1Masak inti- satukan ke semua bahan , gunakan api kecil kacau sehingga pekat dan sejukkan. Bentukkan bebola.

2.untuk kulit – satukan tepung bersama mentega , kemudian masukkan air sejuk dan garam sedikit demi sedikit, uli sehingga enjadi doh, kalau doh keras boleh tambah air, kalau doh lembut boleh tambah sedikit tepung.

3.ambil sedikit doh masukkan bebola inti durian dan bentukkan bebola , susun diatas loayang pembakar yang telah digris.


4.Sapukan telur kuning dipermukaan .Bakar pada suhu 180’c selama 15-18 minit.

Resepi ini telah dikongsikan dalam Majalah SAJI keluaran Mac 2015



French Baguette atau Roti Peranchis chef obie





Bahan 1



350gm Tepung Roti

100gm Tepung Gandum

1 ½ sudu Garam

3sudu besar Yis Segera



Bahan 2



260ml Air



Bahan 3



10-15gm Lelemak sayuran (shortening)



Cara-cara



1.adun (bahan 1) sehingga sebati, kemudian campur (bahan 2) uli menjadi doh, tambah (bahan 3) terus 

menguli sehingga doh lembut dan kenyal.Biarkan ia berganda – 45 minit.



2.Bahagikan doh menjadi 3 bahagian, bentukkan jaluran sepanjang 30 sm, Biarkan ia menaik lagi – 30 

minit. Sembur atau spray dengan air, kemudian biar seketika dan potong permukaan dengan pisau 

tajam 3 atau 4 kali.



3.Bakar pada suhu 220’c selama 25-30 minit.



Resepi Ice Cream Mint Chocolate Chips Baskin Robbins



Bahan

4 biji Kuning Telur 
1 biji Telur
300gm Gula Castor
50gm Gula Perang
500ml Susu uht ( Ducth Lady / Magnolia / HL )
100gm Pistachio Paste 
800gm Whipping Cream ( Anchor Brand )
1 sudu besar Flavor Peppermint
100 gm chocolate chip Kouverture+ dark coklat ( di cincang   )
pewarna hijau epal

Cara Buat

1.Pukul Telur kuning + telur + gula castor sehingga separuh gebu , kemudian masukkan gula perang teruskan pukul sehingga gebu.

2.Dalam pot- panaskan susu coklat + pistachio paste + Flavour Peppermint , pastikan jangan sampai mendidih , cukup sekadar panas - panas  suam . Dalam bekas lain pukul whipping cream sehingga kental .

3.Kemudian masanya untuk mencampurkan susu uht bersama bahan yang telah dipanaskan tadi ke dalam whipping cream yang telah dipukul kental ( sila guna spatula plastik atau wooden ) kaup dan kacau perlahan dan bahan terakhir jangan lupa yea.. masukkan coklat yang telah dicincang kasar ,  pewarna hijau kacau lagi sehingga sebati.



4.Tuangkan ke dalam bekas plastik container untuk disejukkan.Simpan dalam freezer sebaiknya 24 jam.


Resepi Waffles Coklat Popular 



Bahan 

1 ¼ cawan Tepung Gandum
 ¼ cawan Serbuk koko
 2 ½ sudu kecil Serbuk Penaik 
1 sudu besar Gula 
½ sudu kecil Garam
 3biji Telur Kuning
 3biji Telur Putih
 ¼ cawan Mentega / marjerin
 1 ½ cawan susu segar
 1 sudui kecil Coklat emulco

 Cara-cara

 1.Panaskan acuan waffles;

 2.Tapis kan semua bahan kering-tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik (,gula, garam) dan letak dalam mangkuk. 

3.Dalam mangkuk lain, satukan telur kuning, mentega cair , susu, Coklat emulco, putar /pukul hingga sebati dan kembang .



 4. Pukul asing Telur Putih sehingga kembang dan kental( meringue ), campurkan telur putih ke dalam acuan telur kuning tadi, gunakan spatula untuk kaup balik sehingga kesemua bahan sebati.Adunan Waffles Coklat telah siap>



 Resepi Asas Ban Manis 

(kebanyakan resepi roti chef obie merujuk asas doh ini )



Bahan 1

500gm Tepung Roti
100gm Tepung gandum
110 gm Gula
10gm garam
20gm Tepung susu
4 sudu yis segera
1 sudu Peningkatan roti (bread imrover)

Bahan 2

1 biji Telur
300ml Air sejuk
1/3 sudu cuka

Bahan 3

60gm mentega / marjerin

Cara-cara

1.Adun semua Bahan 1

2.tambah bahan 2 dan uli sehingga menghasilkan doh.

3.Campurkan bahan 3, dan terus menguli untuk menghasilkan doh yangb lembut dan kenyal.

4.tutup doh dengan plastic,biaarkan ia naik selama 50-60 minit atau berganda saiznya.

5.Gunakan jari, untuk menekan tengah ke dalam doh, Ia patut menunjukkan tanda jari yang jelas, tetapi 
doh tidak boleh turun/menurun apabila di tekan. Jika menunjukkan tanda jari yang jelas,Ini 


menandakan ia siap untuk membuat roti atau ban.




Resepi Roti  Sarang Lebah Popular



Bahan 1

300gm Tepung Roti
100gm Tepung gandum
60gm gula
1sudu Garam
1 sudu besar Tepung gandum
1 sudu besar Yis segera
2 titis Vanilla essence
Bahan 2
2biji Kuning Telur
200ml Air
Bahan 3
40gm Mentega / marjerin
Bahan 4
Mentega
Gula
Pumpkin seed , Kuaci ,Almond flakes Dan raisin

Bahan Sos Toffe

1 tin susu pekat


Cara-cara

1.Adun (bahan 1) sehingga sebati.Tambah (bahan2)uli sehinggamenjadi doh.campurkan (bahan 3)
teruskan menguli sehingga doh menjadi lembut.Biar ia menaik berganda 50minit- 1 jam.bahgikan doh
menjadi 2 bahagian yang sam ,bentukkan bebola dan buat 2 buku roti.Biarkan selama 10 minit dan
canaikan menjadi bentuk segiempat bujur ( panjang 30 sm x lebar 20 sm). Sapu jem blueberi ke atas
doh, tabur kulit oren dan plum, gulungkan sepanjang 30 sm seperti kek swiss roll. Potong menjadi 8
bahagian,aturkan diatas dulang pembakar bulat berukuran garis pusat 20 sm.Sapukan minyak  dan taburkan bahan sampingan seperti pumpkin seed , kuaci , almonds flakes dan sebagainya..
Alaskan dengan kertas pembakar.Biar 45 minit untuk ia berganda.

2.Sapu telur dan taburkan gula dan mentega.

3.Bakar pada suhu 180’c 25-30’ .keluarkan roti daripada dulang pembakar dengan segera

Cara buat sos Toffe-

1- loyang diisikan air separuh , 1 tin susu pekat diletak ditengah loyang yang berisi air.
Bakar dalam oven selama 25-30 minit pada suhu 190-200'c.

Apabila telah cukup masa keluarkan tin susu pekat diluar.
apabila telah sejuk bolehlah dikeluarkan, sso yang terhasil dari susu pekat ini dipanggil sos toffe,
Tuangkan soso toffe atas roti sarang lebah

Senangkan selamat mencuba resepi daripada chef obie... ikhlas ni..pasti menjadi!kalau ada IG boleh lah follow chef yea..



FOLLOW IG : chef_obie_official
FB : chefobie untold





Resepi Brioche Popular




FOLLOW IG : chef_obie_official
ROTI 100 RESEPI CHEF OBIE



(1)Brioche




Bahan 1

200gm Tepung Roti

50gm Tepung Gandum

30gm Gula

2sudu besar Yis Segera

Bahan 2

2biji Telur

50ml Air

Bahan 3

100gm Mentega / Marjerin


Cara-cara


1.Adun(bahan1) hingga sebati dan tambah(bahan2) uli sehingga menjadi doh. Kemudian 

Campurkan(bahan3) teruskan menguli sehingga menjadi doh yang llembut dan kenyal, bentuk menjadi 

bebola.

2.Letak dalam mangkuk dan tutup dengan plastic, biarkan ia menaik 60minit.Ulikan doh sekali lagi dan 

bentukkan ia menjadi bebola semula.Tutup dengan plastic dan masukkan dalam mangkuk.Simpan dalam 

peti sejuk sekurangnya 1 jam

3.Keluarkan doh dari peti sejuk dan jadikan doh 40gm, bentukkan ia bebola letakkan ke dalam acuan 

Brioche berukuran 8 sm.Untuk membuat lekukan anda perlu menekan dibahagian tengah dengan 

menggunakan jari.

4.Sapu sedikit telur , biarkan ia menaik selama 45 minit.Sapukan sekali lagi dipermukaan

5.Bakar pada suhu 180-190’c selama 15-20 minit.





Resepi Ais Krim Pistachio Ala Baskin Robbin Popular



Bahan

4 biji Kuning Telur 
1 biji Telur
300gm Gula Castor
50gm Gula Perang
500ml Susu uht ( Ducth Lady / Magnolia / HL )
200gm Pistachio Paste 
800gm Whipping Cream ( Anchor Brand )
Esen Vanilla
100 gm White Coklat Kouverture+ dark coklat ( di cincang kasar  )
100 gm Deli Karamel ( boleh didapati di kedai pembekal bahan bakeri )
100 gm Almond stick 
pewarna hijau epal

Cara Buat

1.Pukul Telur kuning + telur + gula castor sehingga separuh gebu , kemudian masukkan gula perang teruskan pukul sehingga gebu.

2.Dalam pot- panaskan susu coklat + pistachio paste + esen vanilla sedikit , pastikan jangan sampai mendidih , cukup sekadar panas - panas  suam . Dalam bekas lain pukul whipping cream sehingga kental .

3.Kemudian masanya untuk mencampurkan susu uht bersama bahan yang telah dipanaskan tadi ke dalam whipping cream yang telah dipukul kental ( sila guna spatula plastik atau wooden ) kaup dan kacau perlahan dan bahan terakhir jangan lupa yea.. masukkan coklat yang telah dicincang kasar , almond stick , deli caramel juga sedikit pewarna hijau kacau lagi sehingga sebati.


4.Tuangkan ke dalam bekas plastik container untuk disejukkan.Simpan dalam freezer sebaiknya 24 jam.


Chef obie telah kongsikan resepi ini di Majalah Mingguan Wanita Terbitan Karangkraf, jadi kepada yang melayan blog chef...pasti akan chef kongsikan bersama.Semoga ada bermanfaat kepada anda yang mencari

RESEPI RED RUBY PANACOTTA POPULAR

Bahan

100 gm Sengkuang Cina dipotong dadu
2 sudu besar tepung ubi
Pewarna merah
500ml Krim putar
2 sudu besar keju Mascarpone
200gm Krim Keju
60 gm gula
Esen strawberry
1 sudu kecil Gelatin halal
2 sudu besar air panas

Cara buat

1.untuk buat red ruby-
Sengkuang yang telah dipotong dadu , direndamkan bersam pewarna merah , dan disalut dengan tepung ubi, kemudian direbus dan ditoskan.

2.Untuk panacotta- pukul krim keju , mascarpone dank rim putar bersama sehingga agak pekat, masukkan pula gula dan esen strawberry sambung pukul.


3.gelatine dicampur dengan air panas sehingg alarut dan cair tiada berketul, dimasukkan kedalam adunan panacotta,masukkan red ruby sedikit kemudian pukul lagi hingga mesra, tuangkan aduna kedalam bekas. Sejukkan. Hiaskan dengan red ruby





Facebook : chefobie untold
Instagram : chef_obie_official
website : chefgunawanmalaysia.blogspot.com

whatsapp : 0172260719




Resepi Classic Cheesecake Popular



Bahan



Sugar dough-base :





100gm butter
50gm gula
1biji telur
150gm tepung gandum,lemon zest 

Cara- pukul butter dan gula hingga sebati sahaja, masukkan telur pukul sekejap dan 
masukkan tepung,lemon zest. Uli sebati. Sugar dough perlu disejukkan dlm peti sejuk 
sebelum di bakar (digunakan untuk base cheese cake). 

Lapisan atas kek keju 

250gm krim keju
50gm gula kastor
50gm air susu ( boleh guna susu segar, susu cair, susu UHT @ air suamyg dibancuh 
dgn susu tepung)
50gm mentega
3 biji kuning telur
5 sudu makan tepung jagung

Bahan B :

40gm gula kastor
2 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk krim tartar

Cara Buat : 

satukan bhn ini dan pukul hingga gebu dan kental
Cara: Pukul krim keju, gula kastor, mentega dan tepung jagung sehingga kembang. 
Kemudian masukkan air susu dan kuning telur, pukul lagi sehingga sebati dan berkrim. 
Kemudian, masukkan bahan B yg sudah dipukul tadi dan gaul perlahan-lahan sehingga 
sebati. Selepas itu tuang adunan ke atas sugar dough yang
telah dibakar. Sediakan acuan yg besar daripada acuan tadi dan isikan air 1/4 penuh. 
Masukkan acuan kek ke dalamnya. 
Bakar selama 1 1/2 jam pada suhu 160C. Sejukkan pada suhu bilik sebelum 


dimasukkan dalam peti sejuk. 






Facebook : chefobie untold
Instagram : chef_obie_official
website : chefgunawanmalaysia.blogspot.com

whatsapp : 0172260719



Resepi Bun Kentang U.S.A @ USA Bun Potato

Bahan 1

450 gm Tepung Roti
150gm Tepung gandum
70gm Gula
1 ½ sudu Garam
2 sudu Tepung susu
4 sudu besar Yis Segera

Bahan 2

1biji Telur
270ml Air Sejuk

Bahan 3

140gm Kentang lecek
60gm Mentega
Bahan 2 Kastard

Cara-cara


1.adun (bahan1) sehingga sebati.Tambah (bahan 2) uli sehingga doh menjadi lembut dan 
kenyal.Bentukkan doh menjadi bebola. Masukkan ke dalam mangkuk tutupn dengannplastik biar ia 
menaik selama 45 minit.



2.Adun doh menjadi bebola lagi dan biar selama 15 minit. Bahagikan doh 30gm sebiji, bentukkan 
menjadi bebola dan alihkan ke dulang pembakar segiempat 23 sm yang telah digris dengan minyak. 16 
biji setiap dulang, sediakan 2 dulang.Tutupkan dengan plastic biar ia naik selama 40 minit atau berganda 
saiznya.Saapu telur atau sembur susu..



3.Bakar pada suhu 180’c 25-30 minit.




Resepi Ais Krim Coklat Ala Baskin Robbin Popular


Bahan

4 biji Kuning Telur 
1 biji Telur
200gm Gula Castor
50gm Gula Perang
500ml Susu Coklat ( Ducth Lady / Magnolia / HL )
1 sudu besar Serbuk Koko Van Houten 
800gm Whipping Cream ( Anchor Brand )
Esen Vanilla
100 gm Coklat Kouverture ( di cincang kasar  )
100 gm Deli Karamel ( boleh didapati di kedai pembekal bahan bakeri )

Cara Buat

1.Pukul Telur kuning + telur + gula castor sehingga separuh gebu , kemudian masukkan gula perang teruskan pukul sehingga gebu.

2.Dalam pot- panaskan susu coklat + serbuk koko van houten + esen vanilla sedikit , pastikan jangan sampai mendidih , cukup sekadar panas - panas  suam . Dalam bekas lain pukul whipping cream sehingga kental .

3.Kemudian masanya untuk mencampurkan susu coklat bersama bahan yang telah dipanaskan tadi ke dalam whipping cream yang telah dipukul kental ( sila guna spatula plastik atau wooden ) kaup dan kacau perlahan dan bahan terakhir jangan lupa yea.. masukkan coklat kouverture yang telah dicincang kasar juga deli caramel , kacau lagi sehingga sebati.

4.Tuangkan ke dalam bekas plastik container untuk disejukkan.Simpan dalam freezer sebaiknya 24 jam.






RESEPI MACAROONS MUDAH & CANTIK CHEF OBIE


Bahan

4 biji (160g) telur putih ( perlu di age dahulu )
120g gula kastor
160g serbuk badam
230g gula aising
esen vanilla

Inti:ganache,coklat ganache ,peanut buuter ,kiwi fruit filling,blueberry fruit filling dan mpelbagai jenis filling yang anda suka boleh digunakan

Cara Membuat:

Tapis bersama serbuk badam dengan gula aising.

Kemudian pukul putih telur dengan gula kastor sehingga kembang dan tidak jatuh apabila bowl diterbalikkan ( sehingga boleh bertanduk )

Masukkan esen vanilla ,pukul sebentar. kemudian masukkan sikit demi sedikit bahan yang diayak tadi ke dalam telur putih.Kacau perlahan- lahan .Masukkan pewarna dan guna teknik kaup balik hingga sebati.

Masukkan adunan yang dah siap ni ke dalam piping bag yg telah diletak nozel bernombor 10 berupa bulat kosong sahaja, paipkan adunan sebesar duit 20sen / 50sen ke atas dulang yang di alas dengan baking paper.

Anda boleh lukis terlebih dahulu berpandukan duit syiling 20 sen / 50 sen atas kertas parchment .

Jarakkan setiap satu lebih kurang 4 cm 

Pecahkan gelembung udara yang terbentuk di permukaan macarons ( boleh guna jarum peniti atau toothpick )-untuk mengelakkan permukaan macarons berlubang dan tidak cantik bila dibakar.

Ketuk-ketuk bahagian bawah tray utk meratakan adunan.

Biarkan macarons kering atau tidak melekat apabila disentuh dengan jari sebelum dibakar.
Lebih kurang 40minit sebelum dibakar.

Bakar dalam oven pada suhu 140-150'c selama 15 minit-18 minit.Sejukkan sebelum anda paipkan inti. Selamat mencuba resepi macaroons chef obie...chef sharingkan resepi istimewa ini untuk anda yang tercari-cari resepi macaroons....

Panacotta Kelapa Panda 




( telah dikongsikan kepada Majalah SAJI keluaran Utusan Karya untuk Disember 2014)



1 tab Air Kelapa Pandan bersama Isi ( dibeli dipasaraya )
1 kotak kecil Krim Putar
2 sudu besar Keju Mascarpone
1 sudu besar Gula Aising
1 ½ sudu kecil Gelatine
2 sudu besar Air


Cara Membuat

-Cairkan gelatin bersama air.

-Pukul krim putar bersama keju mascarpone sehingga menjadi krim putar.





-Masukkan gelatin cair ke dalam air kelapa pandan, kacau sebtai, tuang kedalam krim yang telah dipukul perlahan-lahan,kacau sebati, masukkan ke dalam acuan pilihan.sejukkan dalam peti sejuk, Siap untuk dihidang .


Resepi Kek Chocolate Moist Kukus


Bahan-bahanya


1 1/2 cawan tepung gandum 

1/2 cawan tepung high protein ( Diamond flour )

1 sudu makan baking powder

1/2 sudu teh baking soda

3/4 cawan minyak masak 

1/2 cawan gula 

1/2 cawan gula perang

1 cawan air 

1/2 cawan susu pekat

1 cawan serbuk koko 

3 biji telur (B)

Perisa Coklat 

Coklat essence


Hiasan Atas Kek

250gm coklat susu kuoveture di campur dengan 2 sudu besar madu, ( double boiler )pastikan setelah dingin kek kukus ini.
Cara-caranya


1. Tapis tepung gandum dan tepung high protein, serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.



2. Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.



3. Masukkan pula tepung yang siap di tapis tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen coklat,perisa coklat, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.



4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet atau parchment paper, curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit.



5. Apabila siap. Dinginkan





Resepi Kek Opera


Bahan-bahan Kek


Bahan 1


210 gm serbuk almond

90 gm gula caster

6 biji telur

Bahan B 

50 gm butter - di cairkan

Bahan C 

60 gm tepung gandum - diayak

Bahan D 

120 gm putih telur - anggaran dalam 3 biji gred B/A

60 gm gula castor



Apa yang perlu anda lakukan-
Panaskan oven pada suhu pada 180C.
Sediakan 2 loyang kek 4 segi berukuran 20 x 20 cm atau 18 x 18 cm
(chef obie guna yang 20 x 20 cm)
Jangan lupa-loyang gris dengan sedikit mentega atau marjerin dan alas dasar loyang dengan parchment paper( kertas minyak atau baking pun boleh )



Cara Membuat Bahan 1


Dalam mangkuk mixer atau mangkuk seramik, satukan serbuk badam, caster sugar (90 gm), dan 3 biji telur.

Pukul dengan kelajuan maxima selama 8-10 minit.

Kacau sekali sekala dengan spatula supaya bahagian dasar dan tepi bergaul sempurna.

Tambahkan telur lagi 3 biji sebutir demi sebutir dan terus memukul selama 10 minit lagi

Ambil 4 sudu besar adunan almond ( Bahan 1) tadi dan campurkan dalam butter yang telah di cairkan.

Ketepikan





Jangan lupa tambahkan pula tepung yang telah diayak ke dalam baki adunan almond (bahan 1)

Kacau adunan dengan kaedah kaup balik sehingga adunan bergaul sempurna.

Ketepikan





Guna bekas lain, putar putih telur hingga berbuih.

Tambahkan gula castor (50 gm) dan terus putar dengan kelajuan tinggi sehingga adunan padat.

Ambil 1/3 dari adunan putih telur, dan campurkan ke dalam adunan almond (bahan 1)

Kacau rata menggunakan spatula dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.

Masukkan baki adunan putih telur, dan kacau lagi dengan kaedah yang sama sehingga adunan sekata.

Tambahkan pula adunan butter yang di campur dengan 4 sudu besar almond ke dalam adunan.

Kacau rata juga dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.



Perlu diingat-Jangan kacau kuat-kuat kerana kek akan mendap selepas di bakar, jika aduanan terlebih kacau.





Bahagikan adunan kepada 2 adunan yang sama banyak.

Tuang adunan dalam 2 loyang yang telah di sediakan tadi

Bakar kek dengan suhu 180 C, selama 25 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.


Resepi Moca Buttercream

Mocha Buttercream

120 gm putih telur - anggaran 3 biji

210 gm gula caster

320 gm unsalted butter / Mentega - potong kiub

1/2 sudu besar mocha paste

1 sudu teh nescafe gold / nescafe classic

Cara-caranya



(Sediakan 1 periuk kecil dan panaskan air didalamnya.)

Satukan putih telur dan gula dalam satu bekas besar.

Gunakan kaedah double boiler- letakkan mangkuk berisi telur di atas periuk air panas. Pastikan air panas dalam mangkuk tidak kena dasar mangkuk telur, nanti masak pula telur putih...

Panaskan telur dan gula hingga gula larut sahaja ,kemudian alihkan dari periuk panas tadi dan terus pukul adunan putih telur dengan mixer berkelajuan tinggi sehingga adunan jadi berkilat dan kental, masukkan butter / mentega sedikit demi sedikit sehingga selesai mentega,tambahkan mocha paste dan nescafe gold,pukul adunan hingga sebati.

Siap ketepikan.





Resepi Chocolate Ganache.


Chocolate Ganache

300 gm Dark Chocolate Coins ( chef obie guna brand cicao-cellabaut)

100 gm Milk Chocolate ( brand cadbury pun boleh sedap..)

1 sudu besar Madu

200 gm fresh cream

Kaedah Double boiler-

Panaskan fresh cream( suam )kemudian tutup apinya,

Masukkan coklat dan kacau biar coklat melarut.

tambah madu dan kacau hingga adunan sempurna.

Biarkan ia sejuk dan sedikit likat ( madu akan menjadikan ganche berkilat )

Ketepikan

Resepi Coffee Syrup.
Sebaiknya menggunakan espresso/ jika sukar nak dapatkan espreso boleh gantikan nescafe
Coffee Syrup
100 ml espresso atau nescafe

Cara menyediakan kek opera


1.Bila kek dah masak keluarkan dari loyang.

Letakkan atas wayar rak dan biarkan kek sejuk.





2.Potong kek kepada 2 bahagian setiap satu kek. 

kita akan dapat 4 keping kek yang nipis.



3.Ambil sekeping kek.

Bahagian atas atau bawah kek tadi kita letak di sebelah bawah.

Bahagian yang di potong letak di sebelah atas.

Sapukan permukaan kek dengan coffee syrup 





4.Kemudian sapukan Mocha buttercream atau piping di atas kek yang telah kita sapukan coffee tadi.





5.Selepas itu lapikkan lagi sekeping kek atasnya.

Tekan sedikit bagi rata dan padat.

Kemudia kita sapukan lagi coffee syrup atas kek.





6.Selepas itu, tuangkan 1/2 daripada Chocolate Ganache.

Ratakan.

Kemudian letakkan selapis lagi kek.

Sapukan coffee syrup

Tuangkan Mocha Buttercream atasnya dan ratakan.

Kemudia letak lapisan kek yang terakhir.

Sapukan juga coffee syrup





7.Baki Chocolate Ganache, panaskan sebentar bagi Chocolate Ganache tu cair kembali. 

Tuang atas kek

guna ring kek 4 segi yang ukuran 20 x 20 cm,Jika guna 18 x 18 utk baking kek tadi anda gunalah saiz yang sama yea...

Masukkan kek dalam ring tu dan tuang chocolate ganache atasnya. 

Jadi lapisan ganache yang terakhir tu akan sama tebal dengan lapisan tengah.

Kemudian simpan kek dalam peti ais dalam 2 jam atau sehingga Chocolate Canache keras.

Apabila kek telah sempurna keras, boleh dipotong dan kemaskan kek.



Maafkan chef obie jika ada kekurangan, walaubagaimanapun....

chef obie sukacita jika anda cuba resepi ini..





Resepi Kek Red Velvet Moist Dan Cupcake Red Velvet



RESEPI KEK RED VELVET MOIST (kek sebenar red velvet agak rapuh dan kering sedikit)
resepi ini telah diubah untuk selera orang kite.. peace)

Bahan-bahan


(kering)

280 g tpg gandum

50 g serbuk koko

2 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil soda bicarbonate

1 sudu kecil garam


A


125 g mentega unsulted

260 g gula castor


B

2 biji telur (gred B)

C


1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu kecil cuka putih @cuka kurma @ cuka epal

1 sudu besar pewarna merah bright


D


240ml buttermilk 

(Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)atau boleh beli aje buttermilk di pasaraya..sekarang dah mudah untuk mendapatkannya.

optional boleh gantikan yogurt jika tiada buttermilk.


CARA-CARA:


1.Ayak kesemua bahan kering-ketepikan



2.Pukul (A) sampai kembang & ringan.Masukkan (B) satu persatu dan pukul lagi

Masukkan (C)-pukul hingga sebati



3.Kemudian Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.



4.Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak.

Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.

Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.


RESEPI KRIM CHEESE :


300 grm whipping cream-brand anchor

150 grm cream Cheese-brand Phillidephea atau tartura

100 gm mascarpone cheese

60 grm gula icing

100 grm butter

2 titik lemon paste

Cara -cara :


Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan

Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.

Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.

Boleh digunakan untuk menghias kek anda




Resepi Donut



Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )


3 cawan tepung gandum

1 cawan air suam kuku

2 sudu besar mentega

6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)

3 sudu besar susu pekat manis

1 paket yis (jenama mauripan)

1 biji telur


Cara-cara


1)Cairkan mentega dan ketepikan.



2)Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.



3)Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.



4)Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.



5)Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.



6)Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.



7)Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice



8)Korang bolea juge menggunakan royal icing,peanut butter,jam filling didalam donut dan apa sahaja bahan yang sedap dan menarik boleh digunakan sebagai hiasan dan rasa.



Selamat Mencube...





Resepi Pau Sambal atau Burger Malaysia


Bahan-bahan Doh:


3 cawan tepung gandum

2 sudu teh yis kering(mauripan) 

-dibancuh dengan 1/4 cawan air suam yang dicampur dengan 1 sudu besar gula. Biarkan dalam mangkuk hingga berbuih(10 minit)

2 1/2 sudu besar margerin atau lelemak sayuran (shortening)

1 biji telur

1 biji kentang, direbus dan dilecek halus

1/2 cawan air dicampur secubit garam


Cara-cara:


1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar. Masukkan telur, campuran yis, margerin,shortening dan kentang ;



2. Campurkan semua bahan menggunakan tangan dan uli perlahan-lahan. Uli hingga adunan licin dan tambah air sedikit demi sedikit, jika adunan terlampau kental.



3. Uli lagi hingga adunan sebati dan licin. Biarkan di dalam mangkuk dan tutup dengan kain. Biar 15 minit.(boleh tutup dengan plastik-apa yang penting kite tak mahu

doh menjadi kering)



4. Buka tutup dan tumbuk adunan untuk mengeluarkan udara. Uli lagi dan bentuk bulat-bulat dan tekan sedikit agar bentuk pau sedikit leper. 

Boleh juga dicanai setebal 1 sm dan diterap bulat-bulat.



5. Sediakan dulang yang ditabur rata sedikit tepung. Letakkan pau di dalam dulang dan biar 10 minit sebelum digoreng.



6. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Guna api Perlahan. Goreng pau sambil

diterbalikkan sentiasa agar pau masak rata. angkat bila warna pau keperangan.



7. Belah pau telah digoreng, isikan sambal ikan bilis dan timun. 



resepi sambal tumis ikan bilis ...Insyaallah obie sharing..coming soon yea..





Resepi Cream Puff


Bahan


100 gm butter

170 gm air

120 gm tepung gandum/tepung roti/tepung naik sendiri(chef obie tambah jadi 140 gm)

250 gm telur (anggaran 4 biji telur saiz A)

sedikit vanilla,gula dan garam(chef obie tambah)


Cara Membuat


1-Didihkan air bersama butter,garam,gula dan vanila.Perlahankan api.Masukkan tepung sambil dikacau dan tutup api dan terus kacau sampai sebati adunan tersebut dan membentuk segumpal adunan.



2-Biarkan sejuk sekejap adunan tersebut 5-10 minit dan masukkan dalam mixer lalu dipukul sambil dimasukkan telur sedikit demi sedikit.Adun hingga sebati.



3-Paipkan adunan menggunakan piping beg dgn acuan semprit ke dalam dulang yang dilapik kertas minyak.Seeloknya paip sebesar ibu jari kaki sahaja saiznya kerana puff ini akan mengembang dan jarakkan kedudukannya.Tekankan peak yang terbentuk di pusaran adunan supaya tidak hangus/garing nanti.



4-Sebelum dibakar spray dahulu permukaan puff tu dengan air....bakar hingga masak.

Peringatan:Oven mesti dipanaskan terlebih dahulu .


Intinya


415 ml susu segar

5 biji kuning telur (chef obie guna 3 shj)

25 gm tepung jagung (chef obie guna tepung kastad)

100 gm gula (chef obie guna 60gm shj)

2-3 sudu makan cream jagung

sedikit vanilla


Cara Membuat

Pukul sebentar telur kuning dengan gula dan masukkan semua bahan kecuali cream jagung,tapiskan.Kacau atas api hingga separuh pekat dan masukkan jagung cream.Terus mengacau bater ini sehingga pekat dan berkilat.Sejukkan dan boleh dipaipkan ke dalam puff.




Resepi Moccha Swiss Roll



Bahan-bahan [A] :


3 biji telur gred A atau B

2 oz/ 60 gm/ 4 Tbsp gula kaster

1/2 tsp serbuk penaik

1/2 tsp asen vanilla

1/2 Tbsp ovallate

1.5 oz/ 5 Tbsp tepung gandum (timbang dan kemudian kurangkan 3 Tbsp tepung gandum ni)

3 Tbsp serbuk nescafe gold

1/2 Tbsp susu tepung


Bahan-bahan lain :

2 oz/ 60 gm mentega (dicairkan dan disejukkan)
Buttercream secukupnya

Cara Membuat


1-Pukul bahan-bahan [A] dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan berkrim (lebih kurang 7-9 minit).



2-Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati dan rata.



3-Tuang adunan ke dalam loyang 11" X 8" yang telah dilapikkan dengan kertas kalis minyak dan ratakan permukaannya.



4-Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.



5-Setelah selesai proses pembakaran, keluarkan kek dari oven. Biarkan sejuk seketika. 



6-Letakkan sekeping kertas kalis minyak di permukaan kek dan terbalikkan kek ke atas permukaan yang rata. Bahagian bawah kek kini berada di atas

Tarik perlahan kertas alas pembakaran tadi.



7-Sapukan permukaan kek dengan buttercream secara lemah lembut.



8-Gulung kek dengan cermat.



Moccha Swiss Roll sedia untuk di hidang...Selamat mencuba





Resepi Puding Karamel


Bahan-bahan


400cc(400ml) susu segar/susu cair

5 sudu besar gula halus

3 biji telur- pada suhu bilik

2 biji telur kuning-pada suhu bilik

2-3 titik esen vanila

[ KARaMEL ]

5 sudu besar gula

2 sudu besar air

Cara Membuat


1-Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.



2-Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.



3-Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.



4-Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.



5-Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit

Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.

Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.

Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais


Resepi Neapolitan Cheesecake

Batter neapolitan cheesecake...
Neapolitan Cheesecake setelah disejukkan dan telah dipotong kemas...

Resepi Neapolitan Cheesecake

Base: Kek Chiffon
A:
15g serbuk koko
1/4C air panas
*1/2st chocolate emulco

B:
2 kuning telur
50g gula kastor
75g tepung superfine
1/2st + 1/4st baking powder
1/4st soda bikar
1/8C minyak jagung
1/2st esen vanila

C:
2 putih telur
1/8st cream of tartar
35g gula kastor

Cara:
1. Larutkan serbuk koko & choc emulco dalam air panas. Ketepikan.
2. Dalam satu bekas, campurkan kesemua Bahan B. Masukkan larutan koko tadi dan kacau rata.
3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan separuh gula. Pukul dengan kelajuan tinggi, masukkan selebih gula dan pukul hingga kental.
4. Gunakan kaedah kaup balik, kaupkan adunan putih telur ke dalam adunan tadi.
5. Tuang dalam bekas 9" dan bakar secara bain marie dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 25-30 min, 175C.
6. Sejukkan kek pada suhu bilik di atas redai (masih dalam loyangnya).

Cheese filling:

60g butter,
200ml whipping cream
250g cream cheese, suhu bilik
50g gula kastor
40g tepung gandum/superfine, ditapis
2sudu besar + 2sudu kecil tepung jagung, ditapis
4 biji kuning telur
1sudu kecil jus limau/lemon

4 biji putih telur
1/4sudu kecil cream of tartar
70g gula kastor

50g white chocolate, dicairkan
1st strawberry paste + beberapa titis pewarna merah

Cara:
1. Sediakan springform pan 9" yang digris dan dialas baking paper pada dasar dan kelilingnya. Letakkan kek sponge coklat di dalam. Ketepikan.

2. Pukul cream cheese, butter, 40g gula kastor dan whipping cream hingga sebati. Masukkan campuran tepung diayak dan adun rata. Masukkan kuning telur dan jus lemon, pukul sebati. Bahagikan adunan kepada dua ( berat 335g setiap satu).

2. Masukkan white chocolate cair ke dalam satu adunan. Masukkan strawberry paste + pewarna ke dalam adunan yang lagi satu.

3. Dalam bekas bersih, pukul 2 biji putih telur dengan 1/8st cream of tartar hingga berbuih. Masukkan 30g gula kastor sedikit demi sedikit dan pukul hingga kembang dan ringan. Kaup balikkan ke dalam adunan keju coklat perlahan-lahan. Bakar dalam oven 160C selama 25-30 minit secara waterbath. Pastikan ketinggian air lebih kurang paras kek coklat.

4. Beberapa minit sebelum adunan keju white coklat masak, pukul baki 2 biji putih telur dengan 1/8st cream of tartar bersama baki 30g gula hingga bertanduk. Kaup balikkan ke dalam adunan keju strawberry.

5. Tuangkan adunan keju strawberry di atas adunan keju coklat dan bakar lagi 30-40minit atau hingga permukaan atas cheese kelihatan sedikit kering dan bahagian tengah tidak lagi bergoyang.

6. Renggangkan pintu oven sedikit, biarkan kek sejuk dalam oven lebih kurang 1 jam. Seterusnya sejukkan pada suhu bilik (masih dalam loyangnya) dan simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dikeluarkan dari loyangnya.

7. Hias dengan fresh cream atau mengikut citarasa anda.Obie suke plain aje...yang penting kekemasan pada kek.. dan ketika memotong...,
tips- ketike memotong, pisau rendamkan pada air panas seketika sebelum memotong cheese cake...ia akan menghasilkan potongan yang kemas.

Selamat Mencuba..dan anda boleh sharingkan resepi ini kepada teman-teman yg suke sesangat dengan cheese cake..peace...





RESEPI BISKUT SARANG SEMUT


180 gm butter, lembut ke suhu bilik
1/2 cawan gula castor
180 gm tepung gandum


1 cawan tepung kastad
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil vanilla essence
secubit garam

Cara-cara

1- Pukul butter dan gula sampai kembang.

2- Masukkan vanila, kacau rata dan masukkan tepung, tepung kastad, dan baking powder. Gaul dan uli dengan tangan sehingga menjadi doh.

3-Bahagikan doh kepada beberapa bahagian,perlukan saiz sederhana bagi memudahkan sewaktu memarut nanti, bungkus @ wrapping setiap bahagian doh dengan cling film dan bekukan dalam freezer.

4- Apabila telah beku boleh la di parut halus, sudukan dalam paper cup saiz kecil, isi dengan penuh sebab lepas masak doh akan kecut sikit dan taburkan chocolate rice sebagai hiasan.

5- Bakar pada suhu 175C-180C selama 8-10 minit / sehingga masak.




RESEPI BISKUT KACANG MAZOLA



500 gram kacang tanah
480 gram tepung gandum
20 gram Tepung jagung
380ml minyak jagung ( guna jenama Mazola kalu nak try jenama lain pun boleh , tapi dah tak boleh
guna nama biskut mazola..kena tukar namanye r..heeee)
280 gram gula castor
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam

1 biji kuning telur dicampur dengan pewarna kuning ( untuk di gliss ).

cara-caranya

1. Kacang tanah ( goreng tanpa minyak- disangai) , blender hingga hancur.

2. satukan gula castor, kacang tanah, baking powder dan tepung gandum, kemudian masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit, gaul sebati. pastikan adunan boleh dikepal.

3. Bentukkan bulat-bulat kecil dan tekan permukaan biskut ini dengan jari, ulang langkah tadi sehingga semua adunan habis, akhir sekali gliss dengan kuning telur dan lekatkan dengan kacang tanah sebagai hiasan, Bakar pada suhu 175 - 180 darjah selama 25minit atau sehingga permukaan biskut perang.

4. sejukkan atas redai

5. simpan di dalam bekas yang kedap udara



Resepi Roti Canai Lembut


Bahan

*1 kg Tepung gandum ( brand apa pun boleh- cap sauh / chempaka )
750ml Air
*1biji Telur
*1sudu Garam
*1suduBesar Mentega / marjerin ( suka guna marjerin seri pelangi -felda )

5suduBesar Tepung gandum( jika doh roti canai anda terlalu lembik-tambahkan sedikit tepung gandum ni )

Cara Membuat

1.Masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati

2.Masukkan air tadi kedalam tepung.

3.Menguli hingga jadi doh, rehatkan doh selama 10min

4.Uli lagi selama 6min- 8 minit ( ulangi langkah ini sebanyak 3 kali - uli dan rehatkan doh )

5.Sehingga doh menjadi kenyal dann tak melekat.( jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan.
kalau ianya masih lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 suduBesar @ 2)

6.Bentukkam menjadi bebola. kepada 20 biji. salut dgn margerin. perap selama 3 jam atau lebih.

7.Ambil 4 biji, nipiskan sebesar piring, ketepikan selama 5 min utk mengelakkan mengecut bila di tebar.

8.ambil satu keping yg telah di nipiskan & diperap, bolehlah di tibar atau di tarik, utk mengelakkan koyak,
tangan mesti sentiasa berminyak. bila dah cukup nipis, renjiskan byk skit minyak, dah lipat. kalau kurang minyak ,
boleh kering dan mudah terkoyak ditengah.

9.Panaskan pan dgn api sederhana.. letaklah sedikit minyak. masak hingga perang. sambil terbalikkan roti,
hendaklah sentiasa merenjis minyak diatas roti.

10.Doh Roti canai ni boleh disimpan dlm fridge atau peti ais sehingga 2 hari
(Perlu diingat: jangan uli terlalu kenyal doh nya, akan menyebabkan roti susah nak ditibar dan keras )

Boleh lah dimakan bersama kari ikan,ayam,daging, sayur dalca dan sambal tumis...peeerrrrghh layan




Resepi Royal Aising


Bahan

1 CAWAN GULA ICING YANG TELAH DITAPIS

1 BIJI TELUR PUTIH

1/2 BIJI JUS LEMON

2 TITIS GLYCERYN( tiada pun tidak mengapa )

Cara Membuat

1.Pukul kesemua bahan dalam satu bowl.pukul sehingga kembang dan berwarna putih...jika agak cair boleh ditambah sedikit gula icing, apabila siap boleh terus digunakan atau boleh disimpan dalam peti ais, tetapi perlu disimpan dalam bekas kedap udar..supaya boleh tahan 3 hari.Royal icing kegunaannya adalah untuk mendekorasi dan menghias ke atas kek, cookies dan sebagainya.




Resepi Kek Lapis Sarawak Sedap


Bahan-bahan


BAHAN A

4-5 biji kuning telur gred B
3 biji putih telur
160 gram gula kastor
110 gram tepung hong kong
1 sudu makan ovelet

BAHAN B

200 gram mentega/butter
3 sudu makan susu pekat

BAHAN UTK BHGN LUAR KEK

300 gram putih telur (7-8 biji putih telur)
200 gram tepung hong kong
140 gram gula kastor
1 sudu makan ovelet
250 gram butter/mentega (cairkan)
50-60 ml susu cair




Cara membuat bahagian dalam kek lapis sarawak- A dan B

1. Pukul Bahan B hingga sebati, Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati,kemudian jadikan adunan kepada 3 bahagian.
Bhgn pertama masukkan pewarna hijau, bhgn ke 2 masukkan pewarna merah & bhgn ke 3 masukkan pewarna kuning. ( warna boleh diguna mengikut kehendak)

2. Bakar bhgn pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bhgn ke 2 dan seterusnya bhgn ke 3. Buat 3 lapisan.

3.Apabila masak,Anda perlulah sejukkan dulu.Kemudian potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. Kemudian potong segitia kecil-kecil atau segiempat sama. Biarkan tepi.


Cara membuat bahagian luar kek lapis sarawak

1. Anda perlulah memukul putih telur sehingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair.
Akhir sekali barulah masukkan mentega cair dan gaul hingga sebati ,Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan.
Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi
semua kek yang telah dipotong dan bakar lagi, harap ianya tidaklah mematahkan semangat anda
yang berkobar-kobar ingin membuat kek lapis sarawak ini..yea

2. Apabila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan selesai.

3. Perlu diingat anda gunakanlah saiz- acuan 8 1/2 x 8 1/2 inci ..
selamat mencuba dan anda boleh gunakan resepi ini,juga boleh hebahkan pada teman-teman yang mencari resepi ini,
Jika ada kekurangan adalah daripada chef obie sendiri...

selamat mencuba, terima kasih yang sentiasa mengingatkan chef obie mengenai resepi kek lapis sarawak ini..
anda juga boleh menggunakan dan bertanyakan resepi daripada pakar-kek lapis dan blogger masakan yang mahir dengan kek lapis sarawak ini..
'dont segan-segan tanye heee... tanye direct chef obie mengenai apa sahaja resepi masakan pun boleh..Insyaallah..
akan chef obie cuba berkongsi dengan anda..selagi anda suka mencuba dengan resepi daripada chef...'

TIPS
1. setiap sukatan jika anda terlebih dalam (1-10gm) dalam timbangan adalah tidak mengapa.
2.Anda boleh menambahkan sedikit gram pada gula jika ingin lebih manis, juga boleh mengurangkannya.
3.Tepung hong kong mudah didapati di pasaraya.
4.Untuk kek lapis sarawak ini.. sebaiknya jangan tertinggal menggunakan ovelet.




Hokkaido Chiffon Kek


Bahan-bahan:


4 cawan tepung gandum

2 cawan gula

2 sudu besar baking powder

1/2 st garam

2 cawan susu UHT

1 cawan minyak sayur

1/2 st vanila extract

10 biji kuning telur

16 putih telur

1 sudu besar cream of tartar



Ganache secukupnya


Cara membuat:


1.Pastikan semua bahan berada di suhu bilik.Panaskan oven 180'C.



2.Ayak tepung,baking powder dan garam.



3.Dalam bekas yang lain campurkan susu,minyak dan vanila.Kacau rata,kemudian tambahkan

kuning telur,kacau rata.



4.Tuang campuran telur ke dalam tepung,pukul lebih kurang 2 minit.



5.Pukul putih telur sampai berbuih,masukkan gula dalam 2 tahap,pukul sampai soft peak.



6.Campurkan adunan kuning telur ke putih telur dalam 3 tahap,kacau perlahan.



7.Tuang ke dalam cawan,taruh di dalam dulang nipis,hentakkan 1 kali untuk mengeluarkan

gelembung udara di adunan.



8.Bakar 20 minit atau hingga masak.




Resepi Jelly Kelapa Muda


Bahan

17gm agar-agar tali
4 biji kelapa muda ( 2.5 liter )
isi kelapa
1 litter air
gula 260 gram
2 helai daun pandan

Cara membuatnya:

1. Basuh agar-agar, masak bersama 1 litter air dan daun pandan , sehingga agar-agar larut

2. Tutup api dan masukkan gula, kacau hingga gula larut

3. Masukkan air kelapa dan isi kelapa

4. Masukkan dalam Jelly Container kecil dan sejukkan dalam peti ais.

Selamat Mencube.... senangkan...




Resepi Kek Chiffon Coklat


Bahan A

8 kuning telur (gred A)
270 ml air
170 ml minyak jagung / Minyak Masak / Minyak Sayuran
1 camca teh garam halus
200 g gula halus
270 g tepung gandum -
30 g serbuk koko
1 camca teh esen vanilla
2 camca teh baking powder

Bahan B

4 putih telur (gred A)
90 g gula halus
Secubit cream of tartar

Cara Membuat


1.Panaskan oven pada suhu 175C- 180C. 



2.Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam, gaul rata dan ayak. 



3.Satukan kuning telur bersama gula halus (bahan A), kacau rata dan tuang air, kacau hingga gula larut. 



4.Masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul hingga sebati, tuang minyak dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan.



5.Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus (bahan B), dan cream of tartar dan terus memutar hingga pekat.



6.Campurkan putih telur tadi ke dalam adunan no 1 dan kacau dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik hingga sebati.



7.Tuang dalam tin chiffon yang bersaiz 23 cm (jangan sapu mentega pada tin jangan lupa sediakan 2 tin chiffon- resepi ini untuk dua tin ) 

dan bakar 45 - 50 minit hingga kek masak.



8. Keluarkan dari oven dan terbalikkan tin serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan macam tu sehingga betul2 sejuk.

Bila kek sejuk, sisip tepi tin dengan pisau untuk melonggarkannya. Buat sama juga untuk bahagian dasarnya, keluarkan kek dari tin..

siap untuk dihidang.

Selamat mencuba..dan anda juga boleh sharing resepi ni pada teman-teman yang lain..
sharing is caring...




Resepi Jam Strawberi

Bahan

2kg / 2000 g. Buah Strawberi

100 g Apple pektin

2kg / 2000 g. gula pasir

4 sudu besar air perahan limau nipis

80ml air.

Cara Membuat
1. Bersihkan Strawberi dan potong kecil.

2. Blend Strawberry bersama 80ml air.

3. Masukkan strawberry yang telah diblend tadi ke dalam periuk bersama apple pektin dan gula pasir.

4. Masak diatas api sederhana besar hingga mendidih sambil dikacau selalu supaya tidak hangus.

5. Setelah mendidih masukkan air perahan limau dan didihkan lagi selama beberapa minit.

6. Angkat dan masukkan kedalam botol yang bersih dan steril.Tutup rapat rapat.

7. Biarkan ianya sejuk sebelum disimpan.

Selamat Mencuba dan sharing la resepi ni kepada teman-teman....
dah blea buat bizz ni..heeeee




Resepi Chilled Honey Dew Sago


Hari ni obie nak sharing resepi Chilled Honey Dew Sago..
Waaaa....segar rasanye...

Bahan

1 Biji Buah Honey Dew ( saiz Sederhana diambil isinya )
boleh dipotong kiub atau pun dibentuk bebola.- separuh bahagian diblender

3/4 Sago atau orang putih panggil tapioca pearls

1/2 Cawan Santan

1/2 Cawan Susu Segar

100 ml Chipping Cream

1/2 Cawan Gula

2 Sudu Besar Gula Melaka atau gula merah

2 Helai Saun Pandan

Cara Membuat


1. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan Sago dan kacau..biar ia 10 - 15 minit

sehingga sago kembang dan lembut.



2.Tapis sago dan bilas dengan air sejuk.



3. Menggunakan pot atau periuk, panaskan santan, susu , whipping cream, daun

panda dan gula .Kacau perlahan sehingga mendidih, apabila mendidih boleh

matikan api..



4. Sejukkan diluar dahulu, masukkan honeydew yang telah diblender dan dipotong kiub/ dibentuk bebola

juga masukkan sago.

Simpan dalam peti sejuk.



5. Hidangkan dalam keadaan Sejuk...mmmmmmm segaaarrrr rasenye...











Resepi Tum Tim Grob atau Red Ruby



Obie kali ni nak berkongsi resepi, manisan dari negara thailand...sawadikap...! Pasti anda pernah makan manisan thai ni.. ,






bahannya.



500 gm sengkuang cina. 



1 cawan santan

garam

tepung ubi 

pewarna merah

air 

gula atau sirap rose 



Cara Membuat



1.sengkuang cina potong dadu , rendam dalam air yang telah dicampur

sedikit pewarna merah dalam sejam kemudian toskan.



2.sengkuang yang telah diwarnakan itu disalut pula dengan tepung ubi,

pastikan sengkuang disaluti penuh dengan tepung ubi tau..sebab kita akan merebus sengkuang ini. 



3.Panaskan air-apabila air mendidih masukkan sengkuang yang sudah disalut

dengan tepung ubi.biar sengkuang tu timbul dipermukaan baru angkat tau...

kemudian apa lagi masukkan dalam mangkuk dan dah boleh dihidangkan bersama santan.

masukkan air gula ikut rasa manis masing-masing. selalunya santan tu masukkan sedikit

garam dan dihiaskan dgn hirisan nangka.sedap tau.. 



Selamat mencuba









Resepi Roti Jala



150gm atau 1 cawan Tepung Gandum

1 Biji Telur

150ml Air

150ml susu segar atau santan

3 sudu Minyak Masak atau marjerin yang dicairkan

Garam

Serbuk kunyit atau pewarna kuning



Cara membuat;



1.Masukkan susu, air ,telur , garam kunyit atau pewarna ke dalam blender dan blend seketika, kemudian masukkan tepung gandum dan blend sehingga sebati.

2.Masukkan adunan ke dalam plastic piping bag,Chef obie menggalakkan menggunakan piping bag kerana ianya mudah untuk anda membuat tirai jala tanpa ada isu adunan tersumbat pada bekas roti jala.

3.Panaskan kuali atau non stick pan , kemudian letakkan sedikit minyak.

4.Kiraikan diatas kuali, apabila roti kelihatan kekuningan dan bahagian tepi kirai mengering bolehlah digulung dan dihidangkan bersama kari ayam.



Resepi Kari Ayam Roti Jala



400-500gm ayam cincang atau isi ayam dipotong dadu.

1 biji Bawang Merah di hiris

1 ulas bawang putih

2 biji kentang dipotong dadu

1 batang kulit kayu manis

2@3 biji bunga lawang

1 cawan santan

Air

5 sudu Rempah Kari Daging 

Gula

Garam

2 batang Cili kering digunting

Daun Kari

1 keping asam keping atau 1 sudu asam jawa

Minyak Masak secukupnya



Cara Membuat:



1.Panaskan kuali dengan minyak masak, masukkan bawang merah, bawang putih, cili kering, bunga lawang , kulit kayu manis dan daun kari, tumis sehingga naik bau.Masukkan rempah kari kacau selalu dan pastikan tiada mengerak dibahagian tengah, masukkan air secukupnya.Biar mereneh



2.Masukkan ayam kacau sebentar ,masukkan kentang



3.Apabila mendidih, masukkan asam keping atau air asam jawa.



4.Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa, siap dihidang.



Selamat Mencuba.












Resepi Roti Burger dan Roti Hot Dog









Kepada peminat atau pembuat roti diMalaysia,

sila ambil perhatian, heee Chef Obie berkongsi resepi

kepada anda semua...

Bila kite minat dengan sesuatu...

contoh la..minat sangat nak buat roti..

pasti anda akan dapat membuat roti ini

dengan baik dan chantek! InsyaAllah...



Lebih 10 tahun chef obie menggunakan resepi ni...

untuk hidangan kat hotel, restauran mahupun untuk 

bakery shop!Hari ini dengan suka cita

dikongsikan kepada anda...

semoga kite sama-sama mendapat

kebaikan daripada 

perkongsian kecil resepi ni..



Selamat mencuba



Resepi Roti Burger Dan Hot Dog



TEPUNG GANDUM 800 GM / GULA 40 GM / GARAM 10 GM / YEAST 18GM / SUSU TEPUNG 50GM / FORMAT / Bread Improver 10GM / BUTTER/MENTEGA 100GM / H20/AIR 450ML



Cara Membuat :-



Adun Tepung, garam,gula , yeast, susu tepung dan format , masukkan air uli sehingga menjadi doh. Tambah Butter / mentega –uli doh sehingga lembut . Biar ia naik selama 45 minit @ berganda saiznya. Bahagikan doh menjadi 80gm untuk Roti Burger, manakala untuk soft roll 40gm. Bentukkan bebola dan griskan dulang pembakar. Biar ia naik selama 15 minit.Kemudian ratakan sedikit biarkan ia menaik .Sapukan dengan air/susu dan taburkan sedikit bijan/sesame ke permukaan.



Bakar pada suhu 190’ c selama 12-15 minit



Resepi yang diberi boleh digunakan untuk berniaga,untuk keluarga , keramaian dan sebagainya.









Rainbow Kek






Bahan



Unsulted Butter/ Mentega 220gm

Castor Sugar / Gula Castor 360gm

Egg White / Telur Putih 5nos/biji

Flour / Tepung Gandum 420gm

Baking Powder 1tspn

Vanilla Essence

Salt /Garam secukup rasa

Fresh Milk 350ml





Cara membuat



1.Panaskan Oven 170-175’c

2.Sediakan Loyang @ rim kek saiz 7’inci sebanyak 6,lapik kertas minyak atau parchment paper.

3.Tapis tepung, baking powder dan ketepikan.

4.Pukul butter dan gula sehingga bertukar warna.

5.Masukkan telur putih satu persatu , teruskan pukul sehingga sebati Masukkan Vanilla Essence

6.Akhir sekali masukkan tepung dengan di selang selikan dengan susu.

7.Adunan yang telah siap dibahagikan kepada 6 bhagian dengan berat setiap satu 250gm

Warna yang digunakan kuning,merah,oren,biru, ungu,hijau,



Italian Meringue Buttercream



Air 120ml

Gula Castor 430gm

Egg White / Telur Putih 250gm

Unsulted Butter 680gm

Vanilla Essence



Cara membuat



1.Pukul putih telur sehingga kembang.

2.Panaskan gula dan air selama 7 minit

3.Selepas gula telah mendidih masukkan ke dalam putih telur dengan hala laju pukul yang tinggi.Teruskan pukul hingga dasar mixer sejuk.lebih kurang 10-15 minit.

4.Masukkan mentega, pukul sehingga semua sebati.

5.Siap dan boleh digunakan / disimpan dalam pet ais dan boleh dipukul kembali untuk kembangkan lagi.
















Roti Jejari Keju



Bahan 



Sediakan doh asas ban manis

( sila rujuk resepi asas ban manis - ada bahagian bawah )



Hiasan

Keju Cheddar yang telah diparut

Gula



Cara membuat :



1.bahagikan doh kepada 60gm dan bentukkan menjadi bebola. Biarkan selama 10- 15 minit.



2.Ratakan doh yang telah dibebola , canaikan menjadi jejalur panjang 30 sm.( seperti pembaris panjang ).Masukkan ke dalam dulang pembakar yang telah digris minyak kemudian biarkan ia menaik ditempat yang suam selama 40-45 minit.



3.Sapukan telur dan taburkan gula juga keju cheddar diatas doh.



4.Bakar pada suhu 190’c selama 12- 15 minit sehingga berubah warna kuning keemasan.





Resepi Asas Roti Ban Manis



( Kaedah Doh Segera )



Resepi ini chef obie telah beri dalam eBook Roti 100 Resepi Chef Obie.Resepi ini merupakan Kaedah doh segera.



Kaedah doh segera merupakan kaedah membuat doh yang paling cepat. 



Ia tidak perlu dibuat mengikut naik biasa. Cuma biarkan doh selama 15 minit dan bahagikan ia.



Kemudian bulatkan bentuknya sebelum mengisi initi ke dalam doh.



Kaedah ini menghasilkan roti yang lebih kecil dan padat. 



Ini bererti roti akan menjadi basi dengan cepat. 

Hidangkan semasa panas supaya lebih enak rasanya.



Resepi Asas Ban Manis 



Kaedah doh segera ( rujuk ebook Roti 100 Resepi chef Obie )



Bahan 1



500gm Tepung Roti 100gm Tepung gandum 

110 gm Gula 

10gm garam

20gm Tepung susu

4 sudu yis segera

1 sudu Peningkatan roti (bread imrover)



Bahan 2



1 biji Telur 

300ml Air sejuk 
1/3 sudu cuka 
Bahan 3
60gm mentega / marjerin

Cara membuat 

1.Adun semua Bahan 1 

2.tambah bahan 2 dan uli sehingga menghasilkan doh.

3.Campurkan bahan 3, dan terus menguli untuk menghasilkan doh yangb lembut dan kenyal.

4.Bentukkan menjadi bebola dan tutup doh dengan plastik,biarkan ia naik selama 15 minit atau berganda saiznya.

5 ia siap untuk membuat roti atau ban.

Untuk pengetahuan korang resepi asas ban manis ni ade 3 cara

iaitu :

1- Kaedah Doh Segera

2- Kaedah Doh Terus

3- Kaedah Doh dan Span

untuk hari ni Bie sharingkan resepi doh segera....

selamat mencuba!





Mochi kacang merah, pandan dan coklat





Bahan 



Tepung pulut 200gm ( atau anda boleh juga gunakan tepung pulut dari jepun mochiko @ shiratama ko )

Gula 4 sudu makan

Air 200-240ml 

Tepung katakuriko sedikit untuk menyaluti mochi 

Pewarna merah pink



Inti kacang merah

Kacang merah 200gm

Gula 100gm

Garam secubit



Cara membuat



1.adunkan tepung pulut bersama gula ,garamdan air, kacau sehingga rata dan masukkan sedikit pewarna merah pink dalam bekas Loyang.



2.Proses membuat mochi memerlukan anda menyediakan tempat mengukus, Panaskan kukusan, dan anda boleh kukus adunantepung tadi lebih kurang 15 minit.



3.Anda perlu menyediakan dulang, pastikan ianya kering atau anda boleh sediakan parchment paper kemudian taburkan tepung katakuriko.



4. Apabila tepung mochi telah masak dikukusan.angkat dari kukusan dan tuangkan tepung mocha kedalam dulang berisi tepung katakuriko.Ambil sedikit tepung katakuriko di tapak tangan anda supaya tidak melekat semasa proses membentuk mocha kacang merah.



5.Anda dinasihatkan berhati-hati semasa proses membentuk kerana tepung agak panas.Bagikan tepung kepada 16 bahagian atau 18 bahagian, masukkan initinkacang merah dan bentukkan bulat serta sapukan tepung katakuriko dibahagian luar mocha.lakukan sehingga selesai .



6.Manakala cara membuat initi kacang merah , anda perlu merendam kacang ,merah terlebih dahulu, sebaiknya semalaman, kemudian rebus dengan airsehingga lembut dan empuk , apabila kacang merah telah lembut ,baru anda masukkan gula, kerana jika anda masukkan gula dan air sekali, akan menyebabkan kacang merah lambat untuk lembut dan empuk.

Untuk membuat initi anda disarankan membentukkan bebola 20gm setiap satu.



Inti pandan.



Keledek putih 200gm

Gula 40gm

Daun pandan 2 helai( diblender ambil airnya sahaja)

Pandan essence



Cara membuat



1.Rebus keledek sehingga empuk dan lembut, masukkan gula dan air pandan juga pandan essence sehingga kering, gunakan api yang perlahan.Bentukkan bebola 20gm setiap satu sehingga selesai.



Inti Coklat



Dark Coklat Coin 200gm

Gula sirap 120ml



Caranya membuat



1.Panaskan gula sirap dalam pot, apabila telah mulan panas masukkan dark coklat dark coklat coin, kacau sehingga menjadi pekat dan agak kering. Bentukkan bebola 20gm sehingga selesai. 










RESEPI SICILIAN CHEESECCAKE



Bahan Base : 



190 gm Biskut Coklat ( tak kisah ape brand- oreo / cream o dan sebagainya )

90 gm Mentega



Bahan Filling :



625 gm Keju Ricotta ( mesti gunakan keju ricotta – bahan penting Sicilian cheesecake )

1 cawan Gula Aising

1 sudu kecil Vanila pod atau Vanilla esen pun boleh

2 sudu besar Crème de Cacao ( kalau korang tak ade boleh abaikan )

60 gm Coklat Gelap / Dark chocolate

2 sudu besar Buah-buahan glaze dicincang ( kulit limau , ceri , mangga dan sebagainya – kalau korang tak ade juge boleh gunakan buah kering sepeti pic , fig atau prune tapi perlu dicincang.

60 gm Coklat gelap / dark chocolate untuk hiasan

½ cawan Whipping Cream



Cara Membuat :



Base kek



1.Kisar Biskut coklat , dalam mangkuk campurkan mentega yang dicairkan, gaul sebati kemudian padatkan didalam rim kek bersaiz 8 inci.pastikan betul-betul padat. Apabila telah pasti padatnya simpan dalam peti sejuk sementara kite siapkan bahan untuk filling.Boleh gunakan senduk atau sudu dengan menekan biskut sehingga padat.



2.Satukan keju ricotta , gula aising , vanilla dan crème de cacao , pukul sehingga ringan dan gebu ( fluffy )



3.Coklat gelap perlu di parut halus, masukkan coklat gelap yang telah diparut bersama Buah-buahn glaze yang telah dicincang ke dalam adunan .pukul sehingga bahan sebati.



4.Gunakan spatula atau sudu pun boleh ,masukkan adunan kedalam rim ( base biskut coklat ).Kemudian sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 6 jam atau sebaiknya semalaman. Apabila hendak dihidang , korang perlu ppukul whipping cream sehingga menjadi cream, sapukan diatas permukaan kek keju sicilai ni, akhir sekali taburkan dengan coklat gelap di atas permukaan kek. Siap … mudah kan.

Orang sicilia memang suka makan kek keju tanpa dibakar atau baked.Inagt mesti gunakan keju ricotta.



Senangkan resepinye?korang mesti cuba tau…. 













Resepi Fotune Cookies



Bahan



½ cawan Tepung

½ cawan Gula Castor

2 biji Telur Putih

2 sudu besar Air

½ sudu kecil Esen Vanilla






Cara Membuat



1.Pukul Tekur putih sehingga kembang dan ringan.



2.Dalam mangkuk yang lain berisi tepung yang telah ditapis, gula castor dan esen vanilla.Satukan telur putih yang telah dipukul daalam mangkuk ini dan kacau menggunakan senduk kayu @ wodden spatula sehingga semua bahan –bahan sebati.



3.Masukkan air 2 sudu besar ke dalam adunan tujuan untuk mendapatkan adunan yang tipis apabila dibakar nanti.Kacau sebentar dan aduna sudah boleh untuk dibakar.



4.Panaskan oven 180’c,



5.sediakan silpad atau parchment paper atau silicon paper ( penggunaaan kertas ini lebih sesuai dan memudahkan anda membuat fortune cookies )



6.1 sudu besar adunan untuk 1 fortune cookies. Gunakan sudu besar dan bentukkan adunan bulat dan nipis di atas silpad / parchment paper / silicon paper. Apabila telah cukup membentuk bakar dalam oven antara 5 – 7 minit, sehingga keliling cookies berubah sedikit warna keperingan sedikit.






7.Masa yang penting untuk membentuk fortune cookie, apabila telah keluarkan daripada oven.Gunakan spatula kecil atau pisau mentega atau jam keluarkan setiap cookies yang telah dibakar.Letakkan mesej dibahagian tengah cookie yang berbentuk bulat,






8.Kepilkan dengan jari diantara bulatan kemudian bentukkan lekukan dibahagian tengah cookies di bibir mug, balang jam atau cawan kopi.






9.Letak dalam dulang muffin untuk memastikan bentuknya sama . Jika tida dulang muffin pun tak mengapa, letak aje atas tray dan biar ia sejuk. Siap mudah kan….






10. Simpan dalam bekas kedap udare, supaya fortune cookies tidak masuk angin dan tahan lame sedikit.



Selamat Tahun Baru Cina .. Gong Xi Fa Cai kepada anda yang berbangsa cina …

Enjoy! 












Resepi Coklat Hazelnut Praline atau Joo Hazelina Praline



Joo Hazelina Praline



Bahan



250gm Coklat Susu ( dicairkan )

50gm Coklat Gelap ( dicairkan )

80gm Pes Kacang Hazelnut ( pes pralin )

Pewarna Kuning emas

Acuan coklat



Cara membuat



1.Gunakan berus, celup pada pewarna kuning emas dan sapu dalam bekas  acuan coklat.Bentuk Acuan coklat terpulang kepada citarasa anda.



2.Gunakan Kertas Piping , Picit sedikit coklat gelap yang telah dicairkan didalam acuan yang telah disapu pewarna kuning emas dan biarkan ia mengeras sedikit.



3.Campurkan coklat susu bersama pes kacang hazel dan kacau sebati.



4.Tuangkan campuran coklat susu ke dalam acuan coklat.



5.Keraskan coklat dalam peti sejuk 15-20 minit.





6.Apabila telah mengeras keluarkan daripada acuan.
















Resepi Gummies Candy



Bahan-bahan:



2 pakej (6 oz) gelatin berperisa, seperti Jell-O jenama

Gelatin 12 pakej unflavored

1 cawan air

5-6 acuan gula-gula, bergantung kepada saiz rongga dalam acuan



Penyediaan:



1. Sediakan acuan gula-gula dengan menyembur dengan semburan minyak masak nonstick.



2. Menggabungkan gelatin unflavored, gelatin berperisa, dan air sejuk dalam periuk kecil. Kacau hingga sebati.



3. Letakkan periuk di atas dapur dengan api yang sederhana. Teruskan kacau manakala campuran panas dan menjadi cecair.



4. Setelah campuran adalah cecair sepenuhnya, keluarkan dari panas dan tuangkan ke dalam acuan yang disediakan.



5. Biarkan sejuk sedikit, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit untuk menguatkan.



6. Apabila pepejal, keluarkan dari acuan dengan berhati-hati, dan ape lagi nyuuuumm..nyuum..nyuuuummm layan!














Assalammualaikum wbt , 



Bie hari ni akan sharing satu resepi quiche,..

quiche yang popular iaitu " Quiche Lorraine " 



Take noted tau...

Selamat Mencuba!

Resepi Quiche Lorrainne

Bahan Pastry

1 cawan Tepung Gandu
¼ sudu Garam
1/3 cawan Shortening
2 sudu besar Air Sejuk

Inti Lorraine

8 keping Beef Bacon dipotong hiris dan digoreng rangup.
1 cawan Parutan Keju Parmesan 
1/3 Cawan bawang dicincang
4biji Telur
1 ½ cawan Whipping Cream @ krim masakan
1 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Lada hitam / putih
1 sudu kecil Serbuk Cayene

Cara Membuat

1.Bahan Pastry – satukan semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh, simpan dalam peti sejuk sekurangnya 20 minit, sebelum digunakan. ( canai – ½ cm letak dalam mould pie atau tartlette.simpan peti sejuk dahulu sebelum diisi inti lorainne.

2.Bahan Inti Loraine- Saatukan kesemua dalam mangkuk dan kacau menggunakan whisk- tuang ke dalam pastry dan mengikut sukatan penuh untuk setiap keping pastry. Bakar pada suhu 180’c 30 minit.



Resepi Roti Puri

Bahan 

1 cawan Tepung Gandum / Tepung Attar
¼ sudu besar Garam
½ cawan Air ( mengikut keperluan )

Cara membuat

1.Satukan kesemua bahan dalam mangkuk dan letak air sedikit demi sedikit uli sehingga menjadi doh.

2.Pastikan sehingga tangan tiada lagi sisa doh, doh mudah dibentuk, bentukkan saiz bebola mengikut permintaan anda sendiri. Kemudian canaikan menggunakan tangan atau rolling pin sehingga nipis.

3.Minyak yang panas untuk menggoreng – Gorengkan doh yang telah dicanai dalam miyak yang panas, Sentuh di bahagian tengah doh supaya ia menggelembung.Balikkan. Siap. 





Resepi Butterscotch Brownies

Bahan

450 gm Coklat Chip Putih
80 gm Unsulted Butter
3 biji Telur ( saiz A atau B )
180 gm Gula Perang – Light Muscovado ( gula perang yang biase tu pun boleh )
180 gm Tepung Gandum
1 sudu kecil Serbuk penaik
170 gm Walnut ( dicincang )
1 sudu kecil Esen Vanilla

Cara Membuat

1.Panaskan oven pada suhu 180’c-190’c , sediakan tray saiz 28 sm x 18 sm x 7 , lapikkan dengan kertas parchment atau kertas minyak yang telah digris.

2.Cairkan 90 gm coklat chip putih ( diambil dari bahagian 450 gm coklat putih ).kemudian sejukkan dalam suhu bilik.

3.Dalam mangkuk- pukul telur dan gula perang sehingga sebati ( gunakan whisk tau, kalau kat rumah ade hand mixer comel tu pun boleh, lagi cun untuk resepi kecik ni )agak adunan telah megembang, masukkan pula coklat chip yang telah dicairkan tadi dan teruskan pukulan lebih kurang 1 minit.

4.Tapis Tepung bersama serbuk penaik,Satukan walnut dan baki coklat chip putih ke dalam tepung yang dah ditapis ni, gunakan spaula plastic yang lembut untuk digaul mesra…

5.Satukan ke semua bahan kering ni dengan adunan telur dan gula perang tadi perlahan-lahan sehingga sempurna adunan.

6.Tuang dalam tray yang telah disediakan awal tadi, mase untuk membakar.Siap!
Percayalah aroma kek buterscotch brownies ni memang mendatangkan selera yang membuak-buak..yuuuuuummmmy!








Resepi Kuih Bahulu 

Bahan-bahan:

2 mangkuk Telur 
2 mangkuk Gula pasir
1 kg Tepung Gandum 

1 sudu besar Baking Powder
1/2 cawan Minyak Masak .



Cara Membuat :




 Pukul telur dan gula sehingga kembang ( gunakan whisk- )




Ayak tepung bersama baking powder kedalam adunan bahulu yang telah kembang .Kemudian kacau adunan sehingga sebati.




 Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit - 15 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak yang telah dipanaskan.




Sediakan kain atau tisu dapur  untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
Tips - Untuk mendapatkan kuih bahulu yang ringan anda boleh panaskan tepung dalam oven terlebih dahulu selama 5 minit sebelum digunakan.


Resepi Biskut Suji Popular


Bahan-bahan

250 gm mentega
60 gm tepung gandum

40gm tepung susu
2 biji kuning telur
200 gm gula halus
200 gm tepung suji
50 gm tepung jagung
50 gm Serbuk Badam
1 camca teh esen vanila
Sedikit garam dan buah ceri untuk hiasan

Cara Penyediaan

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi.
3. Masukkan semua jenis tepung dan serbuk badam. Gaul rata.
5. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.
6. Kemudian bulatkan-bulatkan adunan. Bubuh ceri di atasnya. Bakar hingga masak.





 Rainbow Styles Cookies

Bahan

250gm Tepung Gandum
1 sudu besar    Tepung Jagung ( brown &polson )
50 gm  Tepung Susu
250 gm            Mentega / marjerin
160 gm            Gula Aising
1 sudu kecil     Esen Vanila
Pewarna – Ungu Violet,,Biru,kuning,jambu,merah,hijau epal

Cara  Membuat

1.Satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh.Bahagikan kepada 7 bahagian untuk diwarnakan- dan satu bahagian tanpa warna .
2.uli dan gulung doh memanjang atau menggunakan piping bag pastikan saiz seperti sebatang straw,perlu diingat styles cookies saiz setiap doh yang diuli perlukan saiz seakan sebatang straw minuman.
3.Susun setiap doh yang telah diuli menjadi seakan straw minuman atas Loyang atau dulang.Susun rapat-rapat antara setiap doh yang telah diwarnakan dan diuli.Apabila telah siap disusun.Sejukkan sebentar dalam peti sejuk selama 30 minit.
4.Keluarkan doh dari peti sejuk, potong bersilang seperti bentuk 3 segi, anda boleh memotong memanjang jika suka,Styles cookies hanya sesuai bentuk 3 segi dan 4 segi kerana keunikannya dan tiada pembaziran doh.Hias dengan gula manik
5.Bakar pada suhu 160’c selama 18 minit.


Rainbow Styles Cookie ini anda boleh anda gunakan untuk hidangan biskut raya tahun ini, malah kepada anda yang ingin membuat bisnes pun sesuai- tak kire lah bisnes biskut raya mahupun hamper dan goodies.Rainbow Styles Cookies ini juga telah dikongsikan resepinya di Majalah AROMA terbitan Suri Media Sdn Bhd untuk keluaran edisi hari raya tahun ini, anda juga boleh dapatkannya dipasaran sekarang!


Resepi Tat Nanas Landak 


Bahan

2 cawan Tepung Gandum
½ cawan Serbuk Nestum
3 sudu besar Tepung Kastard
2 sudu besar Tepung Susu
225 gm Marjerin / Mentega
1 sudu besar Minyak Sapi
1 biji Telur Kuning ( Gred B )
1 sudu besar Gula
Esen Vanilla

Bahan Inti :
3 biji Nanas Muda
6 ulas Nangka Madu ( dikisar )
Sedikit bunga cengkih, kulit kayu manis dan daun pandan

Cara Membuat Inti :
1.Parut Nanas Tapi janagan dibuang airnya.Masak bersama nangka muda dan semua bahan seperti daun pandan.
2.Kacau supaya tidak hangus, setelah nanas pekat dan kering masukkan gula, bunga cengkih,kulit kayu manis dan kacau sehingga likat.Angkat dan sejukkan.

Cara Membuat :

1.Pukul marjerin,miyak sapi ,tepung susu dan gula hingga sebati.

2.Kemudian masukkan telur , pukul sederhana.Uli menggunakan tangan , masukkan tepung gandumm yang telah diayak,serbuk nestum dan gaul hingga doh lembut.

3.Doh dibentuk bebola dan diisi dengan jam nangka dan dibentuk landak dengan menggunakan gunting.Letakkan dalam dulang pembakar.Bakar pada suhu 160’c selama 20 minit



Hobbit Styles Cookies ( mesti berwarna ungu dan violet )

Bahan Doh Plain

250gm Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung ( brown &polson )
50 gm Tepung susu
250 gm Mentega / marjerin
160 gm Gula Aising
1 ½ sudu kecil Perisa Keladi @ Yam
Sedikit garam
Pewarna Ungu dan Violet
Gula Manik

Cara  Membuat

1.Satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh .Bahagikan kepada 2 bahagian untuk diwarnakan.

2.uli dan gulung doh memanjang atau menggunakan piping bag pastikan saiz seperti sebatang straw,perlu diingat styles cookies saiz setiap doh yang diuli perlukan saiz seakan sebatang straw minuman. 

3.Susun setiap doh yang telah diuli menjadi seakan straw minuman atas Loyang atau dulang.Susun rapat-rapat antara setiap doh yang telah diwarnakan dan diuli.Apabila telah siap disusun.Sejukkan sebentar dalam peti sejuk selama 30 minit.

4.Keluarkan doh dari peti sejuk, potong bersilang seperti bentuk 3 segi, anda boleh memotong memanjang jika suka,Styles cookies hanya sesuai bentuk 3 segi dan 4 segi kerana keunikannya dan tiada pembaziran doh.Hiaskan dengan gula manik

5.Bakar pada suhu 160’c selama 18 minit.


Fellow Styles ( mesti berwarna violet dan kuning )

Bahan Doh Plain

250gm Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung ( brown &polson )
50 gm Nestum dikisar
250 gm Mentega / marjerin
160 gm Gula Aising
1 ½ sudu kecil Esen Mangga @ perisa mangga
Pewarna violet dan kuning
Gula Manik

Cara  Membuat

1.Satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh .Bahagikan kepada 2 bahagian untuk diwarnakan.

2.uli dan gulung doh memanjang atau menggunakan piping bag pastikan saiz seperti sebatang straw,perlu diingat styles cookies saiz setiap doh yang diuli perlukan saiz seakan sebatang straw minuman. 

3.Susun setiap doh yang telah diuli menjadi seakan straw minuman atas Loyang atau dulang.Susun rapat-rapat antara setiap doh yang telah diwarnakan dan diuli.Apabila telah siap disusun.Sejukkan sebentar dalam peti sejuk selama 30 minit.

4.Keluarkan doh dari peti sejuk, potong bersilang seperti bentuk 3 segi, anda boleh memotong memanjang jika suka,Styles cookies hanya sesuai bentuk 3 segi dan 4 segi kerana keunikannya dan tiada pembaziran doh.Hiaskan dengan gula manik

5.Bakar pada suhu 160’c selama 18 minit.




Velvet Styles ( mesti gabungan coklat & merah )

Bahan Doh Merah

250gm Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung ( brown &polson )
50 gm Nestum dikisar halus
250 gm Mentega / marjerin
100 gm Gula Aising
60 gm Gula perang
1 ½ sudu kecil Esen Vanila
Pewarna merah

Bahan Doh Coklat

150 gm Tepung Hairan Kek Coklat Moist
100 gm Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung ( brown &polson )
50 gm Nestum
250 gm Mentega / marjerin
160 gm Gula Aising

Cara  Membuat

1.Satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh.

2.uli dan gulung doh memanjang atau menggunakan piping bag pastikan saiz seperti sebatang straw,perlu diingat styles cookies saiz setiap doh yang diuli perlukan saiz seakan sebatang straw minuman. 

3.Cara buat doh coklat- satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh seperti doh plain.

4.Susun setiap doh yang telah diuli menjadi seakan straw minuman atas Loyang atau dulang.Susun rapat-rapat antara setiap doh yang telah diwarnakan dan diuli.Apabila telah siap disusun.Sejukkan sebentar dalam peti sejuk selama 30 minit.

5.Keluarkan doh dari peti sejuk, potong bersilang seperti bentuk 3 segi, anda boleh memotong memanjang jika suka,Styles cookies hanya sesuai bentuk 3 segi dan 4 segi kerana keunikannya dan tiada pembaziran doh.Hias dengan gula manik

6.Bakar pada suhu 160’c selama 18 minit.




Samba Styles ( mesti berwarna hijau epal dan kuning )

Bahan Doh Plain

250gm Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung ( brown &polson )
50 gm Serbuk Badam
250 gm Mentega / marjerin
160 gm Gula Aising
1 ½ sudu kecil Esen Jagung @ perisa jagung
Sedikit garam
Pewarna hijau epal dan kuning
Gula Manik

Cara  Membuat

1.Satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh .Bahagikan kepada 2 bahagian untuk diwarnakan.

2.uli dan gulung doh memanjang atau menggunakan piping bag pastikan saiz seperti sebatang straw,perlu diingat styles cookies saiz setiap doh yang diuli perlukan saiz seakan sebatang straw minuman. 

3.Susun setiap doh yang telah diuli menjadi seakan straw minuman atas Loyang atau dulang.Susun rapat-rapat antara setiap doh yang telah diwarnakan dan diuli.Apabila telah siap disusun.Sejukkan sebentar dalam peti sejuk selama 30 minit.

4.Keluarkan doh dari peti sejuk, potong bersilang seperti bentuk 3 segi, anda boleh memotong memanjang jika suka,Styles cookies hanya sesuai bentuk 3 segi dan 4 segi kerana keunikannya dan tiada pembaziran doh.Hias dengangula manik

5.Bakar pada suhu 160’c selama 18 minit.

Resepi Biskut Dahlia Popular


 Bahan-bahan

3 biji merah telur
2 biji putih telur
2 sudu besar susu pekat manis
1 tin tepung jagung brand Brown &polson
2 cawan tepung gandum
1 sydy besar Tepung Susu
2 cawan mentega
2 ½ cawan gula halus
½ sudu kecil serbuk penaik

Cara Penyediaan

Pukul telur bersama gula halus sampai naik. Tepung jagung dan tepung gandum digaul, masukkan mentega, serbuk penaik, telur, susu dan vanila. Uli kesemuanya sampai lembut kemudian terap. Bakar

RESEPI AGAR-AGAR TELUR

PANDAN 

BERSANTAN

Bahan-Bahan:

  • 1 paket @13 gram agar-agar (gunakan agar-agar bertali)
  • 1 cawan santan pekat ( santan kotak )
  • 1 cawan santan cair
  • 1 biji telur Saiz B
  • 3 1/2 cawan air
  • 1  cawan gula batu 
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 4 helai daun pandan
  •  pewarna hijau epal
  •  pandan essence




















Cara Penyediaan :
  1. Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air. 
  2. Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut.
  3. Masukkan gula batu, daun pandan, perasa pandan, pewarna hijau, garam dan santan cair.Kacau menggunakan whisk perlahan-lahan sehingga sebati.
  4. Pukul sedikit telur bersama santan. 
  5. Tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti.
  6. Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.
  7. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.



DAPATKAN FILE KIT DAN CD ROM PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN POPULAR YANG MENJADI PILIHAN NETIZEN , PENIAGA DAN USAHAWAN MALAYSIA 2015 HINGGA KINI - 2017

 

 


 
gambar hak milik sendiri & sebahagian courtesy google


Senario Online Dan Offline yang berdaya saing terutama dalam bidang perniagaan.
Telah memberi seluas luasnya peluang untuk sesiapa sahaja memulakan perniagaan sama ada secara kecil-kecilan , sederhana mahupun secara ekstrim. 


Perniagaan berasaskan makanan menjadi pilihan utama netizen , peniaga dan usahawan dizaman kegawatan ekonomi sekarang ini.


Mengapa perniagaan berasaskan makanan menjadi pilihan nombor satu ? selepas perniagaan kecantikan , kesihatan , kosmetik dan pendidikan ? Ya , kerana mereka yang memilih jenis perniagaan ini adalah tergolong mereka yang terang hati dan bijak .Atas tiket keperluan dan permintaan yang sentiasa ada walau keadaan kegawatan ekonomi yang teruk dan mata wang yang tidak tentu turun naiknya mahupun ketika dalam peperangan.
Manusia sentiasa memerlukan makanan dan minuman untuk kelangsungan hidup !





Sesuatu yang positif dan peluang untuk berjaya adalah SAMA RATA , hanya PERBEZAAN seseorang yang lebih berjaya dalam perniagaannya kerana adanya ilmu dalam perniagaan mahupun ilmu pemasaran online dan offline yang praktikal dan terbukti berjaya.Mereka boleh menimba ilmu dengan coach-coach pemasaran mahupun mereka yang pakar dalam mengembangkan perniagaan secara online mahupun offline.





Banyak cara kini untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dalam perniagaan , Pihak chef obie mengambil inisiatif dengan mengeluarkan FILE KIT DAN CD ROM PERNIAGAAN yang berasaskan perniagaan makanan dengan pilihan dan keutamaan masyarakat Malaysia dalam sesuatu TREND mahupun yang COMMAND.





Kepada anda yang minat dengan perniagaan berasaskan makanan tetapi masih tercari-cari perniagaan makanan apa yang sesuai untuk anda .Disini pihak chef obie sukacita memberi beberapa cadangan yang mudah dan boleh anda cuba jalankan dan nikmatilah perniagaan yang anda cuba nanti dengan penuh istiqomah , semangat , bertabah dan tidak berputus asa.






Alhamdulillah semenjak Chef obie mula berkongsi ilmu dan membantu masyarakat dengan program-program "Community Develop" , " Bussines Develop" dalam pelbagai bentuk penyampaian telah melahirkan individu-individu berdaya saing dalam Industri Perniagaan Makanan .Sama ada dalam online mahupun offline.Tahniah kepada anda yang memang layak untuk berjaya !






Perkongsian Ilmu yang telah diadaptasikan ke dalam bentuk FILE KIT DAN CD ROM bagi MEMUDAHKAN Anda yang tidak berkesempatan berguru dengan chef obie secara live atas sebab-sebab tertentu seperti faktor geografi lokasi yang jauh , kekangan masa mahupun melibatkan kos yang tinggi dan pelbagai komitmen yang lain.






FILE KIT DAN CD ROM PERNIAGAAN BERASASKAN MAKANAN
Pilihan Netizen , Peniaga dan Usahawan Malaysia


1. FILE KIT & CD ROM PERNIAGAAN WESTERN FOOD + STANDARD RESEPI MENU
( Restauran / Cafe / Foodtruck / Food Court / Kiosk / Gerai / Bazaar / Lunch Box etc )
HARGA RM3800



2.FILE KIT & CD ROM PERNIAGAAN MASAKAN KAMPUNG DAN ALA THAI + STANDARD RESEPI MENU
( Restauran / Cafe / Foodtruck / Food Court / Gerai / Lunch Box etc )
HARGA RM3800



3.FILE KIT & CD ROM PERNIAGAAN CHAR KUEY TEOW & KUEY TEOW GORENG + STANDARD RESEPI MENU
( Restauran / Gerai / Foodtruck / Bazaar / Pasar Malam etc )
HARGA ASAL RM1800 kini pada harga PROMOSI 
Hanya RM990 sahaja !



4.FILE KIT & CD ROM PERNIAGAAN SATAY  DAN SATAY FROZEN + STANDARD RESEPI MENU
( Restauran / Gerai / Frozen Food / Foodtruck etc )
HARGA RM1800 



5.FILE KIT & CD ROM ASAS MEMBUKA PERNIAGAAN PEMBEKAL BAHAN BAKERI + FILE MEMBUAT TEPUNG KEK & BISKUT JENAMA SENDIRI 
HARGA RM3800 



6.FILE KIT & CD ROM MEMBUAT TEPUNG KEK , BISKUT , TEPUNG GORENG CRISPY & TEPUNG TEMPURA 
HARGA ASAL RM1800 kini pada harga PROMOSI 
Hanya RM990 sahaja !



7.FILE KIT & CD ROM ASAS MEMBUKA KEDAI KEK , PASTRI DAN BAKERI + STANDARD RESEPI
HARGA RM3800 



8.FILE KIT & CD ROM TIPS DAN TEKNIK BIZZ GERAI BURGER SEMUDAH A.B.C
HARGA ASAL  RM990 kini pada harga PROMOSI 
Hanya RM390 sahaja !



9.FILE KIT & CD ROM TIPS & TEKNIK BIZZ GERAI NASI LEMAK KUKUS BERLAUK SEMUDAH A.B.C
HARGA ASAL RM1200 kini pada harga PROMOSI 
Hanya RM590 sahaja !



10.FILE KIT & CD ROM TIPS & TEKNIK BIZZ YONG TAU FOO SEMUDAH A.B.C
HARGA ASAL RM1200 kini pada harga PROMOSI 
Hanya RM590 sahaja !



11.FILE KIT & CD ROM TIPS & TEKNIK PERNIAGAAN KATERING SEMUDAH ABC + STANDARD RESEPI MENU
HARGA ASAL RM2800 kini pada harga PROMOSI 
Hanya RM1800 sahaja !



PILIHLAH DENGAN BIJAK mengikut kepentingan dan keperluan Anda SEKARANG ! 
HARGA PROMOSI AKTIF SEHINGGA 31 OGOS 2017






Wajib  Membuat Pembayaran PENUH ke salah satu akaun pilihan 

i- CIMB 7619121286



ii- MAYBANK 151409098193



iii- BSN 14005-41-00008021-7

atas nama 

Muhamad Gunawan Jamil



Kemudian
Bukti Pembayaran Perlu Disimpan
Dan whatsapp Infonya ke 



01722620719

p/s Anda wajib hubungi pihak chef obie di talian 


0172260719 sama ada melalui whatsapp atau direct call






whatsapp / telegram

60172260719

chef obie

Terima Kasih

Komen
55 Komen

55 ulasan:

Raudhah Mawaddah berkata...

Assalamu'alaikum chef obie.. :-D resepi chef sgt sgt menarik prhatian sy.. smuanya mntap dn sgt best, ia mmbuatkn sy mnjd rambang mata nk buat resepi yg mne.. trima ksih at prkngsiannya.. tp sblum tu sy nk thu, ap mksd chef dgn mrnggris trlbih dhulu loyang sblum d msukkn adunan..?? maaf mngganggu..

chefgunawanjamil Obie berkata...

wslm,

cik raudhah mawaddah, terima kasih bertanye-
perkongsian resepi untuk semua..
untuk mereka yang tercari-cari resepi untuk kegunaan harian mahupun untuk berbizz..

Berbalik kepada soalan cik-
apa maksud chef dgn menggris terlebih dhulu loyang sblum d masukkan adunan..

maksudnya menggris ialah cik perlu terlebih dahulu sapu marjerin/ mentega ke atas loyang - gris ialah meminyakkan loyang sama ada meggunakan mentega / marjerin / shortening / minyak atau apa sahaja bagi tujuan sebelum meletak adunan .

semoga pencerahan ini cik faham

terima kasih sekali lagi

Tanpa Nama berkata...

Salam Chef...sy mohon kongsi resepi yer..halalkan setiap resepi yg bakal sy cube nnti...tq

chefgunawanjamil Obie berkata...

Wslam,

Terima Kasih lawati blog chef obie..
telah chef halalkan semenjak mulanya chef berkongsi resepi dalam blog atau majalah amsakan tempatan...

InsyaAllah semoga kite semua secara langsung ataupun tidak mendapat keberkatanNYA dan kebaikan dariNYA

peace...

Ida Mail berkata...

Assalamualaikum chef obie.
Saya mmg minat memasak dan resepi chef semuanya menarik perhatian saya. Syabas saya ucapkan kpd chef yg sudi berkongsi resepi.
Saya ada pertanyaan berkaitan dgn resepi bun burger. Antara bahan yg digunakan ialah format. Apa itu format? Hrp chef obie sudi memberi penjelasan. Terima kasih.

chefgunawanjamil Obie berkata...

BREAD IMPROVER
Digunakan untuk melembutkan dan meringankan roti. Nama lain bagi Bread Improver adalah:
i) Bread Softner
ii) Softner
iii) Modular Softner
iv) Magi Pro 5. S 500
v) Voltex (cecair)
vi)Format
Untuk makluman semua, pihak pembekal akan menjual Bread Improver dengan nama yang berlainan. Jadi pengguna boleh memilih senarai nama di atas, semasa membeli Bread Improver.

dalam resepi roti burger diatas, format ( optional ) jika tida tidak mengapa, anda hanya perlu tambahkan kuantiti berat pada bread improver.

Harap pencerahan daripada chef obie ini dapat membantu

Tanpa Nama berkata...

Salam

Chef obie thanx 4sharing ur knowledge.
Im very appriciate it...expecially ur burger buns recepi... its very nice..
I use this recepi... 4 my menu burgers in my cafe'... boleh chef sharing recepi daging burger?

TQ

chefgunawanjamil Obie berkata...

wslm,

terima kasih kembali,
kerana sudi menggunakan resepi chef obie,
untuk menghasilkan daging burger homemade seperti burger bakar atau daging burger biase tu.... its batter u hadir ke kelas personal chef, ... kelas burger..
u will enjoy it!

Tanpa Nama berkata...

Noted chef,insyaallh under planning to join your classes..
Very excited!

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum chef obie wan kenobie

Saya mengikuti perkembangan chef obie sejak dalam facebook lagi, nama dalam facebook ' obie wan kenobie'

Sebagai salah seorang bekas pelajar kelas baking kek dan roti chef obie,berasa sedih kerana hampir setengah tahun chef tiada aktif mahupun updated status - info dan sebagainya.

Chef obie sila kembali dalam facebook,
Tiada siapa boleh ganti chef obie wan kenobie yang brilliant gorgeous dan sempoi

Please take noted

Zees Saini berkata...

Kenape tiap kali kita bakar cake, cake itu akan merkah di bahagian atas? harap chef dapat beri tips untuk elakkan supaya cake itu tidak merkah. terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Hi chef

Congrats I see u on tv2 pagi tadi at hero dapur chef nik michael

U r great!
I think u r better than hero dapur..
hope chef diberi banyak peluang utk muncul dlm rancangan masakan tempatan yg lain dari sedia ada

Good luck...

Thank u for the resepi

chefgunawanjamil Obie berkata...

Terima kasih bertanya cik zees saini-

antara sebab kek merekah-
- Kek Merekah di Atas ■Ketuhar terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar. ■Kekurangan cecair.( bahan adunan tidak sempurna ) ■Acuan tin terlalu kecil.

Tips elak merekah
*semua bahan hendaklah ditimbang dengan betul dan gunakan penimbang serta camca penyukat dan acuan tin yang ditetapkan dalam resipi. Bukan cawan kopi, cawan teh tetapi cawan sukatan metrik. Dan bukan camca teh, camca makan di rumah... tetapi camca sukatan. Apabila kek sedang dibakar, jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar sebelum tiga suku membakar ,pastikan ketuhar pada suhu yg dingini jgn sesekali memasukkan adunan kek pada suhu yang tinggi dan tidak sesuai,pastikan adunan sesuai dengan tin kek @rim contoh adunan yg berat 500-600gm sesuai dgn 6@7 inch tuin kek,pastikan resepi sempurna dan tepat/bertul- adunan tidak terlalu kental atau cair.


semoga pencerahan chef obie ni sedikit membantu

peace

chefgunawanjamil Obie berkata...

hi, thanks 4 ur comment..
huuuuuu segan pulak chef

peace

Tanpa Nama berkata...

Salam chef
halalkan yea resepinya

Zees Saini berkata...

terima kasih di atas jawapan dan tips dari chef. disini juga, saya ingin penjelasan dari chef dengan lebih lanjut lagi mengenai sukatan. biasanya, jika satu cawan kopi/teh self raising flour, berape gram agaknya kalau ikut sukatan metrik. harap chef dapat membantu sebab inilah masalah besar saya terutama membuat kek marble. terima kasih.

Wan Roshani Wan Mahmud berkata...

Utk resepi brownies butterscotch tu..bl nk ltk butter?

Wan Roshani Wan Mahmud berkata...

Salam
resepi brownies butterscotch tu butter nk letak bl dlm adunan?coz xde mention

chefgunawanjamil Obie berkata...

Assalammualaikum wbt,

terima kasih bertanya dan melawat blog chef obie,

pencerahan- butter perlu dicairkan bersama coklat chip, dan dicampur ke dalam adunan-

3.Dalam mangkuk- pukul telur dan gula perang sehingga sebati ( gunakan whisk tau, kalau kat rumah ade hand mixer comel tu pun boleh, lagi cun untuk resepi kecik ni )agak adunan telah megembang, masukkan pula coklat chip yang telah dicairkan tadi ( telah dicair bersama butter )dan teruskan pukulan lebih kurang 1 minit.

:)

Tanpa Nama berkata...

Salam chef obie. Kak zees nak tanya, macam mana nak buat biskut yang sama besar sebab kadang-kadang kak zees buat biskut, ade besar ade kecil. Mcm mana cara nak buat biskut yang sama besar? Contohnya macam kuih tart yang kita sepit sendiri? Kadang kadang ade besar ade kecik, kadang kadang ade tebal ade nipis. Macam mane nak buat kuih itu sama rata? Harap chef obie dapat jelaskan. Terima kasih.

chefgunawanjamil Obie berkata...

Wslm, Kak zees
terima kasih melawat blog chef & bertanya=

tips buat biskut sama besar & saiz
-canai doh biskut menggunakan acuan biskut & canai doh hanya 1/2 inci- seperti utk doh kuih tat.Selesaikan dahulu doh kuih tat kemudian baru letak inti nanasnya, pastikan berat inti nanas sama( timbang guna digital scale @ penyukat sudu yang sama kemudian gentel bulat )
- doh jangan dicanai terus biarkan ia rehat sebentar 10-15 minit.- tat nanas. mazola, mama carries & lain-lain.
-keseragamn biskut mengikut jenis & cara pembuatan biskut sebagai contoh untuk dapatkan biskut ala famous amos yg sama saiz-Pastikan measuring spoons atau sudu penyukat digunakan. Ia cara yang paling mudah bagi memastikan anda mendapat saiz biskut yang sama besar dan cantik. Ambil sedikit doh guna sudu penyukat samada sudu penyukat 1 tsp atau 1/2 tsp bagi mendapatkan saiz yang sama terutama untuk biskut ala famos amos, coklat chip mahupun almond london.
-jika buat tat nanas gulung pastikan kepadatan doh dalam acuan & gunakan pengukur @ pembaris untuk paip doh supaya sama panjang & mudah untuk digulung juga boleh tetapkan berapa jumlah biji tat yang boleh digulung untuk sekali paip.

semoga pencerahan chef dapat membantu kak zees

Tanpa Nama berkata...

Salam chef obie,

Kak zees ni adalah peniaga kuih yang bermusim. Biasanya, saya mendapat tempahan untuk membuat kuih setiap hari raya. Untuk pengetahuan chef obie, tahun ni saya mendapat tempahan yang banyak. Disini saya ingin bertanya, boleh tak kalau kita membuat tempahan kuih tart seawal 2 minggu sebelum puasa? Harap dapat penjelasan dari chef obie. Terima kasih.

chefgunawanjamil Obie berkata...

Waalaikumussalam,
Tahniah kerana minat baking & memasak...& bisnes :)

Pencerahan dari chef obie-
1. kak Zees boleh buat tempahan awal 2 minggu sebelum puasa, apa yang perlu ialah cara pemyimpanan.
Pastikan puan menggunakan silicon gel(biji silikon) untuk memastikan kuih raya kak zees tahan dan tidak masuk angin.Boleh beli silicon(agen absorb oxgn) ia paket kecil2 mudah didapati dikedai pembekal bahan bakery.paket silicon ini puan letak 1paket dalam 1 balang kuih raya.
Penyimpana yang baik dan sempurna juga membantu kuih raya kekal sedap.Insyaallah 2 bulan-3 bulan kuih kak zees masih maintain.

2.kak zees juga boleh gunakan bahan pengawet makanan atau aditif dalam kuih raya -anti kulat ( seperti natrium benzoat,natrium nitart & sebagai mengikut kesesuaian kuih raya )


Tanpa Nama berkata...

terima kasih chef obie. semoga kekal popular di tv2.

chefgunawanjamil Obie berkata...

most welcome & sudi2 melawat blog chef :)

Tanpa Nama berkata...

chef...kalau nk beli ebook asas kek mcm mna

chefgunawanjamil Obie berkata...

selamat hari raya-
offer ebook pd harga diatas telah tamat pd akhir ramadhan,
jika sesiapa yg ingin mendapatkan ebook selepas promosi berakhir masih dibuka jualan, tetapi pada harga biasa untuk ebook- iaitu 1 ebook RM30 & akan mendapat ebook percuma seperti promosi termasuk ebook asas buat kek.
- cik/ en perlu dapatkan salah satu ebook diatas,
manakala ebook asas buat kek chef akan beri percuma,
TQ

Tanpa Nama berkata...

salam chef...boleh tak kongsikan resepi kebab

amol berkata...

Wahhh bestnya resipi ..

norfaziela mohd noor berkata...

Banyak nya resepi, mohon di halalkan resepi ye. Terima kasih sudi berkongsi resepi, Senang ibu macam saya nak masak bagi anak-anak makan;)
Terima Kasih sekali lagi ;)

Tanpa Nama berkata...

chef mohon kongsi resepi yang ada di sini.. halalkan ilmu yang chef berikan ye

zahran AB berkata...

terima kasih

chefgunawanjamil Obie berkata...

Terima kasih...silalah cube resepi chef obie

chefgunawanjamil Obie berkata...

Terima kasih puan , semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu puan atau sesiapa sahaja yg memerlukannya...

peace

chefgunawanjamil Obie berkata...

most welcome

Mariatul Qibtiah berkata...

as salam chef,terima kasih diatas perkongsian resepi,sya ingin bertanya tentang resepi Rainbow Styles Cookies,maksud gulung hingga memanjang? dan Tepung Jagung ( brown &polson ) tu mcm mane ye..

chefgunawanjamil Obie berkata...

wslm terima kasih melayari blog chef obie...

pencerahan:

1- gulung memanjang... ( gulung doh sehingga menjadi seperti straw minuman - saiz yang sama )

2.Tepung Jagung ( Brown & Polson )-
boleh refer pada google- ianya dalam tin bewarna oren - ada logo butterfly... juga dikenali dgn tepung jagung butterfly..
tepung jagung orang lame... mak-mak kite biase menggunakannye..., chef x galak guna tepung jagung paket yang biase dan mudah didapati dikedai..kerana hasil yang tidak standard seperti yg diharapkan.

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum..chef obie..terima kasih atas resepi2 yg ikhlas tu semua...
Chef obie..sy nk mohon pencerahan tentang cara chef buat coffee syrup..
Cara biat coffee syrup kat atas sy tidak faham..

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum...chef obie..terima kasih byk2 atas resepi2 yg ikhlas&sedap2...tpi sy cuma tak faham tentang resepi coffee syrup tu je..sudikah chef obie mnjelaskannya kpd sy..??

Ckay Sung berkata...

Wah banyaknya resepi..tq for sharing this chef..cuti skola ni mau try buat..tq..^^

Jemput singgah entri saya hari ni:
http://goodlifewithnaturalsupplement.blogspot.com/2014/11/promo-shaklee-nov-2014-omega-guard.html

chefgunawanjamil Obie berkata...

selamat mencuba

ckay sung

sue haila berkata...

dah try wat puree..yesss..menjadi..resepi senang...tq for sharing

chefgunawanjamil Obie berkata...

terima kasih menggunakan resepi chef obie...

boleh share pd teman2

norizwani ayu berkata...

Hai chef....tq for sharing resepi....dlm resepi cream cheese red velvet ada mguna kn whipping cream brand anchor...whipping cream ni dairy or non dairy? Tq chef :D

Tanpa Nama berkata...

As Salam chef..sy nk tanya apakah ''Apple pektin'' yg digunakan dlm resepi membuat jem strawberry??

RYA NA berkata...

salam chef....tq for shrng all the respi..make me nk buat je....xsabar....hehhe..tqvm

chefgunawanjamil Obie berkata...

wslm ,
cik/pn Rya na ..tq lawat blog chef & selamat mencuba resepi

abuya berkata...

panacotta kelapa pandan.. thorbaikkk.. marvellous

Tanpa Nama berkata...

Aslkm chef. Kalau guna breadmaker boleh tak mentega (resepi asas bun manis) dan toffee (resepi roti sarang lebah) diletak sekali dgn bhn2 lain? Tq chef.

Tanpa Nama berkata...

Tq chef sbb x kdkut ;) ..smg murah rzki..

chefgunawanjamil Obie berkata...

terima kasih abuya

chefgunawanjamil Obie berkata...

Terima Kasih..Aamiin semoga ada manfaat bersama

chefgunawanjamil Obie berkata...

wslm wbt, jika guna bread maker resepi asas bun manis boleh diguna, tapi toffe tidak boleh digunakan atau diletak sekali.

Tanpa Nama berkata...

Best..rse nk blajar laa pulok

Khidir Yusof berkata...

Wahh

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign